Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah istilah yang tepat bagi lembaran-lembaran kerja yang diberikan kepada murid untuk diselesaikan di rumah? Kerja sekolah ataupun kerja rumah?Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, homework ialah   <b>1.b> school work done at home, kerja /rumah, sekolah/;

Dalam data kami, padanan homework ialah kerja rumah yang digunakan dalam bidang pendidikan.
Tatabahasa26.08.2013
Saya ingin tahu jika ada makna lain utk perkataan "attachment" dalam BM selain drpd perapatan (atau yg blh didapati dlm kamus sedia ada). Saya ingin cuba dapatkan makna dalam bahasa klasik.Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, attachment bermaksud n <b>1.b> means of attaching, penyambung; <b>2.b> affectionate regard, <b>a.b> (to a person) rapat: he formed an ~ for a girl who worked in a travel agency, dia menjadi rapat dengan seorang gadis yang bekerja di sebuah agensi pelancongan; <b>b.b> (to an animal) sayang akan; <b>c.b> (to a country) rasa cinta: his ~ to the old country was obvious, rasa cintanya terhadap negara asalnya nyata sekali; <b>3.b> object (to be) attached, alat tambahan: a lathe with a drilling ~, mesin larik serta alat tambahan utk menggerudiMakna26.08.2013
Salam tuan di talian. Soalan saya ialah adakah istilah selain bergaduh/ bertengkar untuk menunjukkan pergaduhan secara fizikal dalam bahasa melayu? Soalan saya merujuk kepada perkataan bahasa Inggeris iaitu, fight yang bermaksud pergaduhan yang melibatkan fizikal. Terima kasih.Menurut takrifan Kamus Inggeris-Melayu Dewan, Fight ditakrifkan sebagai ; vt <b>1.b> do battle with, bertempur dengan: America fought Japan for three years, Amerika bertempur dengan Jepun selama tiga tahun; <b>2.b> contend with in physical combat, berlawan: my father fought the burglar with his bare hands, bapa saya berlawan dengan pencuri itu dengan tangan saja; <b>3.b> oppose, menentang: the senator fought the bill with determination, senator itu menentang rang undang-undang tersebut dengan penuh keazaman; we are going to ~ the action, kami akan menentang tindakan itu; <b>4.b> strive to overcome; <b>a.b> (disease, social evil) berusaha /menghapuskan, membasmi/, (berusaha) membanteras; <b>b.b> (fire) melawan; <b>c.b> (fear, pain) melawan; <b>5.b> (in boxing) berlawan (tinju) dgn: he fought the champion until the third round, dia berlawan dengan jaguh itu sehingga pusingan ketiga;.

Berdasarkan takrifan tersebut, berlawan dan bertempur boleh digunakan selain bertengkar dan bergaduh.
Tatabahasa23.04.2013
Tuan/Puan, Antara berikut yang manakah betul? a) mendapat rawatan b) mendapatkan rawatan Jika carian kata dalam prpm dirujuk kedua-dua frasa digunakan? Apakah perbezaan tersebut? Tolong jelaskan. Ribuan terima kasih didahulukan.

 

  • mendapat

    <b>1.b> beroleh, memperoleh: ~ keuntungan yg besar; ~ faedah drpd membaca buku-buku ilmu pengetahuan; <b>2.b> memperoleh, menerima, diberi: mereka masing-masing ~ hadiah; pekerja-pekerja itu ~ berbagai-bagai elaun selain gaji pokok; <b>3.b> menikmati (kemewahan, kesenangan, kebahagiaan, dll), mengalami (kesusahan, kecelakaan, dll), memperoleh: ~ rahmat drpd Allah; ~ kesenangan hidup; ~ penyakit; ~ nama buruk; <b>4.b> menerima (surat, berita, dll): dia kelihatan bermenung setelah ~ telegram drpd ayahnya; <b>5.b> menemui, menjumpai, memperoleh: ~ barang yg dicari; ~ penyelesaian yg sebaik-baiknya; ~ hati ki menerima atau memperoleh cinta (drpd seseorang); ~ khabar menerima (mendengar) khabar; ~ malu menanggung malu, diaibkan (oleh sesuatu kejadian dsb); ~ tempat diberikan perhatian (layanan, pengiktirafan, dsb), diterima (sbg berhak dsb); ~ sama berlaba, kehilangan sama merugi prb hidup yg seia sekata;

     

  • mendapatkan

  • <b>1.b> pergi bertemu atau berjumpa dgn, pergi atau datang kpd (seseorang): Wan Intan berlari ~ suaminya; <b>2.b> mendapat, memperoleh (menerusi usaha): kepentingan Pulau Pinang baru diinsafi manakala tidak berhasil percubaan Inggeris hendak ~ satu pangkalan lain; <b>3.b> sl mengunjungi, menziarahi: maka Sultan Malikul-Mansor pun singgah di darat ~ kubur Sidi Ali Hisamud-Din; <b>4.b> mengunjungi (sbg permulaan dlm surat), menjelang, menemui: ~ kekanda yg diingati;

    mendapat rawatan - tepat

  • Tatabahasa03.10.2012
    salam perpaduan ada 2 soalan 1. ejaan sebenar bagi guru besar, huruf besar atau huruf kecil untuk "g" dan "b" 1. mana lebih betul " mengenai " atau " tentang " contoh ayat..... Mereka berbincang tentang salah laku murid di sekolah../ Mereka berbincang mengenai salah laku murid di sekolah.

    Saudara,

    Perkataan guru besar dieja dengan huruf kecil apabila digunakan dalam konteks umum. Walau bagaimanapun, perkataan ini boleh dieja dengan huruf besar dalam konteks khusus apabila merujuk  kepada guru besar tertentu.

    Dalam hal ini kedua-duanya diterima dan boleh digunakan.  

    Tatabahasa10.08.2010
    Yang manakah jawapan yang paling tepat? a) 1 Mina bersamaan dengan 1, 500 Dolar b) 1 mina bersamaan dengan 1, 500 dolarJawapan yang betul ialah "1 mina bersamaan dengan 1,500 dolar".Tatabahasa29.05.2013
    Maaf, jawapan yang PALING SESUAI ialah... A atau B? 1. Para pelabur dalam negara digalakkan untuk A. meneroka B. mencari peluang pelaburan di luar negara bagi memajukan perniagaan mereka. 2. Pelajar cemerlang itu tidak dapat meneruskan ucapannya dalam majlis anugerah tersebut kerana perasaannya A. bergelora B. bercelaru melihat tetamu yang ramai.

    1. Meneroka dan dan mencari, kedua-duanya boleh melengkapkan ayat tersebut. Meneroka bermaksud menyelidiki untuk mengetahui sesuatu, biasanya yang belum diketahui lagi dan mencari bermaksud berusaha untuk mendapat (memperoleh) sesuatu.

    2. Kedua-duanya betul kerana menggambarkan perasaan yang dialami. Bergelora bermaksud sangat gelisah (perasaan) dan bercelaru bermaksud tidak tentu arah.

    Tatabahasa07.07.2011
    Ingin tahu ayat kumpulan beriku mana yang betul atau tepat: Kumpulan A 1) Dia belajar bahasa Mandarin. 2) Kami berbahasa kantonis. 3) Orang Cina Pulau Pinang petah bertutur dalam bahasa Hokkein. Kumpulan B 1) Dia belajar Mandarin 2) Kami bertutr dalam kantonis. 3) Orang Cina Pulau Piang petah bertutur dalam Hokkein. Mandarin, Hokkein, Kantonis semuanya adalah loghat Cina, sesuaikah perkataan bahasa digunakan/diletak di hadapan loghat? Terima kasih.

    Encik Tan,

    Perkataan bahasa hanya digunakan bagi bahasa Mandarin sahaja. Manakala bagi Hokien,Kantonis tidak diletakkan perkataan bahasa di depannya. Tetapi bagi ayat kami berbahasa/bertutur bahasa Cina dalam loghat Kantonis, Hokien dan sebagainya adalah betul.

    Tatabahasa24.06.2010
    salam. pertanyaan saya yg lepas telah dijawab. terima kasih daun keladi. soalan : kata sendi : A. 1. ...menulis di atas kertas ..... 2. ....menulis pada kertas... B 1. tertarik oleh.... 2. ...tertarik dengan..... terima kasih.Jawapan yang betul ialah 1. menulis pada kertas. 2. tertarik denganTatabahasa10.02.2010
    bagaimana cara menyebut sistem nombor 1.2.3 a. 1 titik 2 titik 3 b. 1 perpuluhan 2 perpuluhan 3 c. 1 2 3 (tanpa menyebut titik) kerana 1 2 3 berbeza dengan 1 ratus 2 puluh 3Jika 1.2.3 disebut 1 perpuluhan 2 perpuluhan 3, jika 1 2 3 disebut satu dua tiga dan jika 123 disebut seratus dua puluh tiga.Ejaan15.11.2011
    12345678910...

    Kembali ke atas