Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. bahagian drpd suatu lakonan (sandiwara): lakonan ini dimainkan dlm tiga ~; 2. adegan: ~ sedih; 3. = babakan bahagian tertentu drpd musyawarah (pertandingan dll); ~ pertama (dlm perlawanan bola sepak dll) separuh masa pertama;membabakkan membahagi-bahagikan sesuatu cerita (drama dsb) kpd beberapa babak, mengisahkan (mempersembahkan dsb) dlm bentuk babak: peristiwa-peristiwa dlm novel itu dibabakkan; peristiwa inilah yg kita babakkan;pembabakan perihal (perbuatan dsb) membabakkan (kisah, peristiwa, dsb dlm drama dll): apabila disebut konsep ~, dgn sendirinya juga minta dibincangkan konsep adegan dan drama. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; membabak menahan darah drpd mengalir keluar: ~ luka pd dahinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Jw kulit kayu (yg dikobak dr pokoknya). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bahagian dlm sesuatu cerita lakonan atau sandiwara: Cerita ini akan dilakonkan dlm tiga ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata babak


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bertanya apakah padanan bagi perkataan "cut" yang biasa digunakan oleh pengarah dalam penggambaran setelah mendapat potongan babak yang diinginkan? Terima kasih.Tiada data berkaitan’cut’ khusus untuk bidang perfileman dalam data DBP.  Mengikut konteks penggambaran filem, istilah ‘cut’ merujuk pada arahan daripada pengarah untuk memberhentikan penggambaran babak. Kami mencadangkan ‘cut’ diberikan padanan ‘berhenti’ atau ‘potong’.Istilah14.12.2018
Kata kasmat dipadankan dengan kata gadget dalam PRPM, tetapi, tiada takrif diberi. Apakah takrif kasmat?Alat-alat pentas yang dicipta atau direka khas untuk sesebuah pementasan khususnya untuk persembahan bangsawan. Peralatan pentas ini disediakan mengikut babak dan keadaannya. Antara contoh kasmat ialah alat yang berbentuk binatang atau seumpamanya, dan pelakon akan duduk di atasnya sesuai dengan babak atau cerita.  (Rujukan: Glosari Istilah Kesusasteraan, DBP 2017)Istilah05.04.2018
SAYA INGIN TAHU TENTANG BILA MASA KITA PERLU MENGGUNAKAN TANDA-TANDA SEPERTI /,:,;,",',.,&,! DLL. PERLU ATAU TIDAK PERKATAAN SELEPAS ITU DIJARAKKAN ATAU MENGGUNAKAN HURUF BESAR ATAU KECILMenurut buku Gaya Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka, terdapat beberapa fungsi bagi tanda-tanda yang dinyatakan.
1. Tanda Titik Bertindih ( : )
a) Memperkenalkan atau menambah keterangan.
contoh : Prinsip hidup saya senang sahaja: Tekun dan ikhlas. (selepas 'sahaja' terus tanda titik bertindih dan barulah ada jarak dan huruf besar)
b) Memisahkan:
i) subjudul daripada judul utama buku dalam penulisan.
ii) Nombor adegan daripada nombor babak drama, lakonan atau filem.
iii) Nombor surah daripada nombor ayat dalam al-Quran.
iv) Nombor jilid dan nombor halaman rujukan bagi buku berjilid.
v) Nombor jilid, bilangan, dan halaman rujukan majalah.
vi) tahun dan halaman rujukanĀ  bagi penerbitan.
vii) Tempat terbit dan nama penerbit dalam penulisan biblografi.
c) Menunjukkan nisbah.

tanda seru ( ! )
- Digunakan dalam ayat seperti berikut Amboi, cantiknya pakaian dalam almari itu!
-Huruf besar selepas tanda seru.

Sila rujuk Buku Gaya Dewan untuk keterangan dengan lebih lanjut beserta contoh penggunaan simbol yang terdapat dalam bahasa Melayu.
Tatabahasa11.09.2012

Kembali ke atas