Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.ca.an] | باچاءن

Definisi : 1. bahan utk dibaca: di kapal itu, disediakan juga ~; ~ ringan bahan bacaan yg kandungannya bukan tentang hal-hal (perkara-perkara) yg serius atau yg (agak) sukar difahami; 2. cara membaca: ~ al-Quran akan diadili oleh pengadil antarabangsa; 3. hasil yg dibaca: jika alat menyukat perjalanan minyak menunjukkan ~ yg rendah, enjin hendaklah dihentikan; 4. yg digunakan utk membaca: bilik ~; bahan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ca.an] | باچاءن

Definisi : 1 bahan utk dibaca (spt buku); apa-apa yg dibaca: Di perpustakaan, banyak terdapat buku ~. 2 cara membaca; hasil membaca: ~nya lancar sekali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bacaan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin merujuk kepada istilah iaitu antara "awal bacaan" , "bacaan awal" dan "awal membaca". Istilah mana yang betul untuk penulisan dalam teks?Istilah yang terdapat dalam pangkalan data kami ialah bacaan awal yang merupakan padanan daripada istilah bahasa Inggeris "initial reading". Istilah "awal bacaan" dan "awal membaca" tidak terdapat dalam pangkalan data kami.Istilah05.05.2012
mengimamkan bacaan doa atau mengimami bacaan doa...Frasa yang betul ialah "mengimami bacaan doa", mengimami bermaksud memimpin.Tatabahasa05.07.2011
Salam, boleh nyatakan apakah ciri-ciri bahan bacaan umum?Tidak ada definisi bahan bacaan umum dalam sumber rujukan kami. Umum bermaksud tidak khas. Apa yang boleh dikaitkan dengan bahan bacaan umum ialah bahan bacaan yang bukan dalam genre tertentu seperti Perubatan, Ekonomi dan Tenologi Maklumat.Lain-lain29.08.2012
Cara bacaan perkataan yang berakhir dengan 'me', contohnya 'fatalisme' adakah dibaca mi ataupun ma. Terima kasih.Perkataan yang berakhir dengan -me dibaca me (e - pepet).Tatabahasa17.11.2015
Definas bahan bacaan ilmiah/bahan ilmiah

ilmiah Ar bersifat (secara) ilmu pengetahuan, keilmuan, akademik: penerbitan majalah-majalah ~ boleh dikatakan sangat kurang; keilmiahan perihal atau sifat ilmiah.

Untuk makluman sdr. pihak DBP ada menyediakan perkhidmatan Kamus Dalam Talian dalam Laman web : www.dbp.gov.my

Lain-lain01.09.2008
Apakah perbezaan antara buku bacaan dengan buku lima?Perbezaanya ialah buku bacaan - buku yang dibaca, manakala buku lima ialah simpulan bahasa- penumpuk. Terima kasih.Tatabahasa05.04.2007
1. Adik belajar dengan bersungguh-sungguh di bilik bacaan Atau 2. Adik belajar di bilik bacaan dengan besungguh-ssungguh.Kedua-dua ayat tersebut betul.Tatabahasa18.02.2010
as salam. mohon penjelasan lanjut tentang penggunaan tanda bacaan '/' adakah ia membawa maksud 'atau' @ 'dan' ? atau tanda bacaan '/' boleh disesuaikan mengikut konteks?Salam sejahtera, "/" dipanggil tanda miring. Tanda miring digunakan dalam: 1. Nombor rujukan surat. Contoh: DBP/173/14/4 K. 6 (17) 2. Sebagai pengganti kata DAN, ATAU dan PER ataupun dipakai semasa menulis NOMBOR ALAMAT. Contoh: Tun/Tan Sri/Datuk/Tuan/Puan Kos cetak RM3.00/naskhah 22, Jalan AU 1A/3H, Taman Keramat Permai Sila rujuk Gaya Dewan Edisi Ketiga untuk maklumat lanjut. Sekian, terima kasih.Tatabahasa20.11.2017
perpustakaan terdapat banyak bahan bacaan yang terkandung ilmu yang tidak dapat ternilai. Betulkah ayat ni?Di perpustakaan terdapat banyak bahan bacaan yang terkandung ilmu yang tidak ternilai. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan untuk melihat binaan ayat yang gramatis.Tatabahasa01.08.2013
Sila nyatakan cara penggunaan tanda bacaan yang betul pada ayat di bawah: Fahmi Karim dan Bala membersihkan makmal komputer Sila terangkan berkenaan penggunaan tanda bacaan koma. Saya diajar bahawa tiada tanda koma sebelum kata hubung dan. Adakah apa yang kami pelajari itu betul? Bilakah tanda koma digunakan sebelum kata hubung dan? Bilakah ianya tidak digunakan? Sejak bila ada perubahan pada penggunaan tanda baca tersebut?

Penggunaan tanda koma (,) dalam ayat tersebut adalah seperti yang berikut Fahmi, Karim dan Bala membersihkan makmal komputer.

Fungsi utama tanda koma (,) ialah sebagai unsur pemisah termasuklah memisahkan unsur-unsur kata dan frasa yang berurutan, seperti ayat: Emak telah membeli ikan, sotong, ketam dan udang di pasar. Tanda koma (,) tidak perlu diletakkan sebelum "dan".

Penggunaan koma (,) sebelum "dan" biasanya untuk unsur-unsur kata dan frasa yang berurutan bukan dari jenis yang sama atau kategori yang berbeza, seperti ayat: Emak telah membeli ikan, sayur, dan buah-buahan di pasar.

Tatabahasa24.03.2011
12345678910...

Kembali ke atas