MAKSUB BADAN BERKANUN DALAM BAHASA MALAYSIA DAN BAGAIMANA HENDAK TULIS BADAN BERKANUN DALAM BAHASA INGGERIS | Badan Berkanun ialah badan yg ditubuhkan, dibenarkan dsb mengikut statut atau undang-undang tertentu. Dalam bahasa Inggeris Badan Berkanun ditulis sebagai Statutory Body. T.kasih. | Lain-lain | 11.09.2008 |
Urusan surat menyurat didalam sektor awam haruslah dibuat di dalam bahasa melayu. Bagaimana pula dengan badan-badan berkanun, Suruhanjaya dan syarikat-syarikat kerajaan. Adakah semua urusan harus dibuat di dalam bahasa melayu juga. | Surat-menyurat dalam sektor awam dan badan berkanun, suruhanjaya dan syarikat-syarikat kerajaan hendaklah menggunakan bahasa Melayu. Ini bersesuaian dengan Pekeliling Bilngan 1/2006 - Penggunaan bahasa kebangsaan Dalam Urusan Rasmi. | Lain-lain | 11.05.2007 |
apakah yang dimaksudkan dengan badan berkanun. adakah maksud secara literal ataupun konseptual mengikut persepsi masa kini? | Berdasarkan Kamus Pelajar Edisi Kedua, badan berkanun ialah jabatan kerajaan yang dibentuk mengikut akta tertentu dan mempunyai kuasa tersendiri. Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan salah satu contoh badan berkanun. | Makna | 26.12.2009 |
Badan berkanun apa yang tidak diwajibkan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi ? | Semua agensi kerajaan termasuk badan berkanun wajib menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, tiada yang terkecuali dalam hal melaksanakan peruntukan Perkara 52, Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi yang digunakan dalam situasi rasmi, yakni dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran, sistem pendidikan negara, urusan perdagangan dan perusahaan, dan sebagainya. | Lain-lain | 25.09.2014 |
Salam, Saya cuba untuk mendapatkan beberapa definasi dalam konteks malaysia bertujuan untuk tujuan pembelajaran antaranya : 1. Malaysian government agencies 2. Badan-badan berkanun kerajaan (federal / state) 3. Syarikat berkaitan Malaysia (GLC) 4. perbadanan kemajuan ekonomi negeri kerjasama dari pihak tuan didahului dengan ribuan terima kasih. | Saudara boleh merujuk buku Malaysia Kita dan Who is who bagi tujuan tersebut di samping menghubungi Jabatan Perdana Menteri (MAMPU) dan melayari laman sesawang Perbadanan Kemajuan setiap negeri. . | Lain-lain | 26.11.2008 |
Saya ingin memohon semakan kata nama am dan khas daripada pihak DBP merujuk kepada perkataan-perkataan yang dilampirkan di bawah; 1. Perbadanan Awam atau perbadanan awam? 2. Badan Berkanun atau badan berkanun? 3. kategori kata nama bagi 'Suruhanjaya', 'kerajaan', 'pihak berkuasa' 4. Bumiputera Sabah atau bumiputera Sabah? 5. agensi separuh kerajaan atau Agensi Separuh Kerajaan? 6. 'Terdapat 2 jenis jabatan...' atau 'Terdapat dua jenis jabatan...' Terima Kasih. | Ejaan yang betul ialah perbadanan awam, badan berkanun, suruhanjaya, kerajaan, pihak berkuasa, bumiputera Sabah, agensi separuh kerajaan dan jabatan. | Tatabahasa | 01.12.2014 |
Apa maksud DBP | DBP. Dewan Bahasa dan Pustaka. Sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekiranya saudara memerlukan maklumat berkaitan DBP sila layari laman web kami di http://www.dbp.gov.my | Lain-lain | 26.01.2008 |
maksud perbadanan kerajaan | Perbadanan kerajaan ialah jabatan kerajaan yang ditubuhkan mengikut akta tertentu dan mempunyai kuasa tersendiri; badan berkanun. | Lain-lain | 21.04.2010 |
saya mau tanya,,apakah peranan dewan bahasa & pustaka??dan juga apa sumbangannya dan juga kejayaannya????..... | Dewan Bahasa dan Pustaka ialah sebuah badan berkanun yang dipertanggungjawabkan membina dan mangembangkan bahasa kebangsaan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk bahan-bahan berikut : : 1. Peranan DBP lebih tegas dan jelas oleh Awang Sariyan [diwawancara oleh Adnan Abd. Majid] Dewan Masyarakat 01/07/2004 . 2. Permasalahan dalam pembangunan bahasa Melayu sebagai asas pembangunan negara bangsa Malaysia oleh Ismail Dahaman Dewan Bahasa 01/07/2001 . 3. DBP akan terus mainkan peranan Utusan Malaysia 06/01/1988 4. DBP kembangkan peranannya oleh Nor Sedek Ismail Utusan Malaysia 11/11/1994 . 5. Peranan DBP sebagai penasihat bahasa AGHA Utusan Malaysia 01/03/1996 6. Citra : Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia = Citra : Institute of Language and Literature Malaysia Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2003 . 7. CITRA : Dewan Bahasa dan Pustaka Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2002 . 8. Citra DBP 40 tahun Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1996. | Lain-lain | 04.07.2008 |
Adakah Dewan Bahasa dan Pustaka di bawah Kementerian pendidikan? Adakah kursus yang dianjurkan oleh DBP boleh dimasukkan ke dalam 7 hari kursus yang perlu dihadiri oleh penjawat awam pada satu tahun? | Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai kursus anjuran DBP, sila hubungi Bahagian Akademi Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur atau e-mel kepada pegawainya Puan Faridah A. Rahman dbp.gov.my">faridah@dbp.gov.my. | Lain-lain | 14.03.2013 |