Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : vt 1. put into bag(s) memasukkan ke dlm + approp n [see BAG n senses 1. & 2. ]: to ~ flour, memasukkan tepung ke dlm buntil; 2. cause to swell, menggelembungkan, menggembungkan, mengembungkan, melembungkan; 3. (in hunting) mendapat, memperoleh: the hunters ~ged five deer, pemburu-pemburu itu mendapat lima ekor rusa; 4. (colloq) a. take without permission, mengambil: who has ~ged my ruler?, siapa yg telah mengambil kayu pembaris saya?; b. reserve the right to have, mengecup: she ~ed the front seats, dia mengecup kerusi barisan hadapan. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vi 1. swell out, menggelembung, menggembung, mengepuh, mengembung, melembung; 2. hang loosely, menggeleber; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ and baggage, dgn tikar bantal, dgn segala barang yg dimiliki(nya); a ~ of bones, (/orang yg, binatang yg/) kurus kering; a /~, bundle/ of nerves, (orang yg) berdarah gemuruh; an old ~, (sl), (derog), (perempuan) tua kerepot; in the ~, (colloq) sudah ada dlm tangan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. container with handle used for carrying etc, beg: all ~s are to be left at the counter, semua beg hendaklah ditinggalkan di kaunter; the car keys are in my ~, kunci kereta ada di dlm beg saya; 2. container without handle used for holding, storing things etc, a. (gen) beg: cement ~s, beg simen; b. (if small) bungkus; (plaited) sumpit, kampit; c. (if large, sack-like) karung; (slightly smaller in size) kampit; (made from jute) guni, karung; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : (made from cloth) buntil; 3. bagful or bag and its contents, [use equivalents given in senses 1. & 2.]: she came out of the shop with three ~s of groceries, dia keluar dr kedai membawa tiga beg barang-barang dapur; a 30 kg ~ of rice, sekarung beras seberat 30 kg; 4. puffiness under eyes, gelambir, gedabir, gelabir; 5. pouched, pendulous body part, kantung; 6. (in pl), (sl) banyak: he has ~s of money, dia ada banyak wang; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bag


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat Pagi! Kami mempunyai masalah dalam penterjemahan pada kata nama Inggeris di bawah:- DUFFLE BAG, SOFTCASE BAG, HARDCASE BAG, FOLDABLE BAG, TRENDY HANDBAG. Kesemua ini adalah jenis bagasi. Bolehkah DBP beri bantuan untuk translasi di atas? Terima Kasih.1. DUFFLE BAG - BEG GALAS
2. SOFTCASE BAG - tidak ada istilah khusus (Cadangan : BEG LEMBUT)
3. HARDCASE BAG -  tidak ada istilah khusus (Cadangan : BEG KERAS)
4. FOLDABLE BAG - BEG BOLEH LIPAT
5. TRENDY HANDBAG - tidak ada istilah khusus (Cadangan : BEG REKA BENTUK TERBARU)
Istilah24.09.2013
Adakah terjemahan ini boleh digunakan untuk 'drip bag'? drip bag - penapis kopiUntuk makluman tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus dalam pangkalan data kami untuk istilah yang tuan kemukakan. Walau bagaimanapun, cadangan istilah bahasa Melayu ialah penapis minuman.

Istilah28.02.2018
Saya juga ingin tahu jika ada sebarang terjemahan Bahasa Melayu bagi perkataan 1) Eco Bag 2) Tote BagPadanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah:

1) Eco Bag - Beg Mesra Alam 
2) Tote Bag - Beg Jinjing
Istilah23.12.2016
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya, apakah terjemahan bahasa melayu yang sesuai bagi perkataan di bawah? 1) Canvas Bag 2) Goodie Bag 3) Document Holder 4) Ring File 5) Flat file 6) Report Card Holder Terima KasihPadanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

1) Canvas Bag - Beg Kanvas
2) Goodie Bag - Beg Cenderamata
3) Document Holder - Pemegang Dokumen/Bekas Dokumen/Fail Dokumen
4) Ring File - Fail Gelang
5) Flat File - Fail Rata
6) Report Card Holder - Pemegang Kad Laporan/Bekas Kad Laporan/Fail Kad Laporan
Istilah23.12.2016
evening bagBeg akan malamIstilah24.07.2018
Salam, apakah terjemahan bahasa Melayu untuk istilah inggeris berikut, "resealable plastic bag"? Terima kasih.Untuk makluman belum ada istilah khusus untuk resealable plastic bag. Walau bagaimanapun, istilah seal mempunyai beberapa padanan bahasa Melayu seperti tutup, kedap dan meterai. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk resealable plastic bag ialah beg plastic boleh tutup semula.Istilah20.09.2012
Salam sejahtera, apakah padanan kata bagi "bean bag"?Pihak kami mencadangkan padanan kata dalam bahasa Melayu bagi "bean bag" ialah beg kekacang.Makna22.10.2019
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan dapat memberikan terjemahan bagi istilah 'strap-on bag'. Sekian, terima kasih.Untuk makluman, belum ada padanan bahasa Melayu yang khusus untuk "strap-on bag" dalam pangkalan data istilah DBP. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah beg bertali pengikat atau beg berpengikat.Istilah29.03.2016
menyalahkan kuasa betulkah? boleh bag sikit pengetahuan tentang penggunaan men-...-kan dan lepas tu apa-apa yang kena ikuti di belakang?Pada dasarnya kata kerja yang terbentuk dengan apitan meN-..-kan ialah kata kerja transitif, iaitu yang digunakan sebagai unsur predikat yang memerlukan objek atau penyambut dalam ayat transitif aktif.  Ayat tarnsitif aktif dengan kata kerja berapitan men-...-kan terdiri daripada dua jenis iaitu yangmenerima satu objek dan yang menerima dua objek. 

Pada kelazimannya juga apitan meN...kan menunjukkan objek yang mengikutinya bergerak, contohnya; Ayah menaikkan tangga (tangga - objek bergerak). Apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek tidak bernyawa.
Tatabahasa01.04.2013
Selam DBP Apalah peribasa yang sesuai bag pernyataan di bawah? Pak Sahak akan memarahi dan memukul anak-anaknya walaupun mereka hanya melakukan kesalahan kecilMohon rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu untuk mendapatkan jawapan yang lebih tepat kerana buku tersebut lebih lengkap.Makna30.10.2015
123

Kembali ke atas