Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.gai.ma.na] | باݢايمان

Definisi : 1. kata tanya (menanyakan hal), betapa: ~ keadaan budak yg sakit itu sekarang? 2. dgn cara apa, dgn jalan apa: parlimen menjaga dan mengawal ~ wang orang ramai dipungut dan dibelanjakan; ~ juga bagaimanapun;sebagaimana seperti (yg dikehendaki dll), sama (halnya) dgn, seperti mana: sekolah itu dapat memberi pendidikan ~ yg dikehendaki;bagaimanapun biar apa pun yg terjadi;dibagaimanakan dipengapakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.gai.ma.na] | باݢايمان

Definisi : kata yg digunakan utk menanyakan keadaan atau cara: ~kah kamu membuat kira-kira ini? sebagaimana seperti (yg ada, yg dikehendaki, yg dirujuk dsb); sama halnya dgn: Dia melakukannya ~ yg dikehendaki. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bagaimana

Puisi
 

Bagaimana mencucuk manik,
     Manik dicucuk di pagi hari;
Abang adik silalah naik,
     Itu air membasuh kaki.


Lihat selanjutnya...(39)
Peribahasa

Bagaimana rupa begitulah bayangnya.

Bermaksud :

Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya, b. Bapa burik anaknya tentu rintik).

 

Lihat selanjutnya...(30)

6

The apple never falls far from the tree

Sifat atau perangai anak biasanya tidak jauh bezanya daripada sifat atau perangai orang tuanya.

Bagaimana acuan begitulah kuihnya

Although Tina seem very honest, remember that her mother is a scheming woman. People say that the apple never falls far from the tree. So, be careful.

Meskipun Tina nampak jujur benar orangnya tetapi kau harus ingat bahawa ibunya pandai memperdayakan orang. Kata orang, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Jadi berhati-hatilah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. "Hmm... bagaimana, ya?" atau "Hmm... bagaimana ya?" 2. "Kamu mahu ke mana, Rahim?" atau "Kamu mahu ke mana Rahim?

1. "Hmm... bagaimana ya?"

2. "Kamu mahu ke mana, Rahim?" dan "Kamu mahu ke mana Rahim?

Kami cadangkan puan dapatkan buku Gaya Dewan, terbitan DBP sebagai panduan untuk menulis tanda baca yang betul dalam penulisan.

Ejaan13.10.2011
Bagaimana kita hendak menterjemahkan "spirit of the law" dalam Bahasa Melayu?"Spirit of the law" dalam bahasa Melayu boleh diterjemahkan kepada "maksud yang tersirat dalam undang-undang".Makna27.07.2020
Bagaimana saya nak terjemahkan perkataan ini, GRAB BAR yang merujukm kepada batang besi yang di pasangkan pada dinding untuk membantu orang yang sakit atau lemah berjalan sambil berpaut atau berpegang padanya.Kami mencadangkan "grab bar" diterjemahkan sebagai "bar cekau", "bar genggam" atau "bar cengkam", bergantung kepada bentuk bar, batang besi atau palang tersebut serta konteks dan konsep penggunaannya.Istilah14.07.2020
bagaimana cara untuk mendapatkan pengesahan ejaan penggunaan bahasa pada visual iklan premis perniagaan.

 

Permohonan pengesahan bahasa dalam iklan boleh dikemukakan secara dalam talian melalui portal DBP Sah Bahasa (http://dbpsahbahasa.my)

Lain-lain11.07.2020
Bagaimana penggunaan terma fidusiari Dalam tadbir urus dan pengurusan kewangan. Apakah perkataan sinonim bagi fidusiari?
Tanggungjawab fidusiari wujud apabila seseorang mewakilkan kepada pihak yang lain untuk melaksanakan sesuatu seperti seorang pengarah, penasihat kewangan, akauntan dan lain-lain  yang mempunyai tanggungjawab untuk bertindak atau melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dengan sebaik-baiknya dengan mengutamakan kepentingan yang melantiknya. 

Sinonim yang hampir ialah pemegang amanah. 
Penyemakan dan penterjemahan04.06.2020
Bagaimana untuk terjemahkan "subject to availability"? Adakah "Tertakluk kepada kesediaadaan"?cadangan terjemahan ialah tertakluk pada kesediaadaanPenyemakan dan penterjemahan28.04.2020
Bagaimana hendak menggunakan perkataan diberi dan diberikan? Adakah contoh berikut betul penggunaannya: "Diberi dan dimeterai dengan meterai mahkamah".Diberi dan diberikan adalah bentuk pasif memberi dan memberikan.
Contoh: 

Ayah memberi saya dua helai baju baru. (ayat aktif)
Saya diberi dua helai baju baru oleh ayah. (ayat pasif)
Ayah memberikan dua helai baju baru kepada saya. (ayat aktif)
Dua helai baju baru diberikan kepada saya oleh ayah. (ayat pasif)

Untuk soalan tuan, ayat yang betul ialah:

Diberikan dan dimeteraikan dengan meterai mahkamah  (atau)
Meterai mahkamah diberi dan dimeterai
Tatabahasa25.02.2020
Bagaimana hendak tahu singkatan bahasa Melayu yang betul bagi perkataan Radhiallahu'anhu , Rahimahullah dan Hafidzullah ? Contohnya , singkatan bagi Sallallahualaihisalam adalah SAW .Singkatan  bagi perkataan Radhiallahu'anhu ialah r.a , Manakala Rahimahullah dan Hafidzullah tiada singkatan dan dieja penuh. Ejaan09.04.2020
bagaimana mahu mencari buku buku keluaran atau terbitan DBP terutama karya karya lama yang sukar didapati di umum carian masyarakat,maaf kalau sudah ada bahagian khas bagi soalan ini kerana saya tidak menjumpai sebarang petunjuk bagi carian saya.Maaf kerana meyusahkan. Saya dengan merendah hati memohon tunjuk ajar daripada tuan.Terima kasih.Salam sejahtera, Untuk makluman, buku terbitan DBP boleh di beli di kedai buku, wakil penjual ujana DBP dan melalui portal DBP. Maklumat lanjut, sila hubungi talian seperti berikut: •Anjung DBP – 03 2147 9597 / 03 2147 9598 •Kompleks DBP Hulu Kelang – 03 41010028 / 019 2141956 WhatsApp •DBP Cawangan Sarawak – 082 227000 / 019 8768358 •DBP Cawangan Sabah – 088 439317 / 010 9425569 •DBP Wilayah Timur – 09 7414918 / 014 9180092 atau klik pautan ini: https://dbpniaga.my// Atau melalui Katalog awam dalam talian (KAWAT) DBP atau melalui laman web pustakav2.dbp.gov.my Sekian, terima kasih.Lain-lain17.03.2020
Bagaimana cara penulisan darjah/pingat kebesaran selepas nama seseorang? Beliau menerima pingat kelakuan terpuji (p.k.t.).Penggunaan Darjah Kebesaran Persekutuan atau Darjah Kebesaran Negeri biasanya diletakkan di bawah nama penerima darjah kebesaran tersebut. Sekiranya diletakkan sebaris dengan nama penerima, darjah kebesaran tersebut perlu dimasukkan dalam tanda kurung () serta disusun mengikut darjah tertinggi. Contohnya,  Tn. Hj. Muhammad bin Daud (P.K.T.). Namun hal ini bergantung pada protokol khusus sesebuah negeri dan sebagainya.  Lain-lain28.02.2020
12345678910...

Kembali ke atas