Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bagaimanakah

Peribahasa

65

Make bricks without straw

Mustahil untuk menghasilkan sesuatu dengan sempurna jika tiada bahan atau sumber yang sepatutnya.

Seperti hendak menepung tiada berberas

We wanted to shoot the scene in a big mansion that depicted the colonial era, but we were not being given the right props such as old furniture to recreate the air of the past. How could we ever produce a good film? This is a case of make bricks without

Kita hendak merakamkan satu babak di dalam sebuah rumah agam yang menggambarkan zaman penjajah tetapi kami tidak dibekalkan alatan yang sesuai seperti perabot lama untuk menghidupkan kembali suasana zaman silam itu. Bagaimanakah dapat kami hasilkan filem yang baik? Inilah yang dikatakan seperti hendak menepung tiada berberas.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Soalan-soalan untuk Khidmat Nasihat DBP 1. Bagaimanakah pemenggalan suku kata ‘perarakan’? 2. Apakah sebutan ‘perarakan’? 3. Bagaimanakah pemenggalan suku kata ‘perempuan’? 4. Apakah sebutan ‘perempuan’? 5. Bagaimanakah pemenggalan suku kata ‘menguek’? 6. Apakah sebutan ‘menguek’? 7. Bagaimanakah pemenggalan suku kata ‘berada’? 8. Apakah sebutan ‘berada’? 9. Bagaimanakah pemenggalan suku kata ‘mengambil’? 10. Apakah sebutan ‘mengambil’? 11. Bagaimanakah pemenggalan suku kata ‘mengalir’? 12. Apakah sebutan ‘mengalir’? 13. Bagaimanakah pemenggalan suku kata ‘mengutip’? 14. Apakah sebutan ‘mengutip’? 15. Bagaimanakah pemenggalan suku kata ‘mengayuh’? 16. Apakah sebutan ‘mengayuh’? 17. Bagaimanakah pemenggalan suku kata ‘menyanyi’? 18. Apakah sebutan ‘menyanyi’? 19. Bagaimanakah cara menulis ‘mari oh ke mari/ kemari’? 20. Yang manakah betul: ‘boleh melihat’ atau ‘boleh lihat’? 21. Yang manakah betul: ‘dapat melihat’ atau ‘dapat lihat’? 22. Bolehkah ayat dimulakan dengan perkataan ‘di’? (Di desa ada sungai. Di dalam beg ada buku.)

1.    1.Sila rujuk cara pemenggalan dan sebutan suku kata bagi perkataan tersebut di lampiran.

2. Ejaan yang betul ialah "ke mari", dieja terpisah.

3. Perkataan "boleh melihat", "boleh lihat", "dapat melihat" dan "dapat lihat" betul dan boleh digunakan berdasarkan kesesuaian konteks penggunaan dalam ayat.

4. Kedua-dua ayat tersebut betul: "Di desa ada sungai." dan "Di dalam beg ada buku."

 

1.   


Ejaan17.04.2024
Bagaimanakah peranan DBP untuk memastikan Bahasa Melayu kekal relevan?

Soalan sdr ini berkaitan dengan tugasan yang diberikan oleh pensyarah/guru. Oleh hal yang demikian, soalan sdr tidak berkaitan dengan perkhidmatan KNDBP. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan supaya sdr melayari laman berikut bagi mendapatkan bahan rujukan tambahan.

Pusat Dokumentasi Melayu, DBP

https://pustakav2.dbp.gov.my/

Lain-lain20.08.2025
Bagaimanakah cara orang lama mempertahankan Bahasa Melayu ketika dijajah?

Soalan sdr ini berkaitan dengan tugasan yang diberikan oleh pensyarah/guru. Oleh hal yang demikian, soalan sdr tidak berkaitan dengan perkhidmatan KNDBP. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan supaya sdr melayari laman berikut bagi mendapatkan bahan rujukan tambahan.

Pusat Dokumentasi Melayu, DBP

https://pustakav2.dbp.gov.my/

Lain-lain19.08.2025
Bagaimanakah kita dapat memupuk murid-murid pada zaman kini menggunakan bahasa melayu yang betul ?

Soalan sdr ini berkaitan dengan tugasan yang diberikan oleh pensyarah/guru. Oleh hal yang demikian, soalan sdr tidak berkaitan dengan perkhidmatan KNDBP. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan supaya sdr melayari laman berikut bagi mendapatkan bahan rujukan tambahan.

Pusat Dokumentasi Melayu, DBP

https://pustakav2.dbp.gov.my/

Lain-lain18.08.2025
bagaimanakah cara untuk mengaplikasikan kosa kata yang menarik dengan betul ketika bertutur?Soalan yang diajukan tidak menjurus kepada skop khusus. Sehubungan dengan itu, tuan/puan boleh merujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) bagi mendapatkan kosa kata yang bersesuaian dengan konteks penggunaan. Tatabahasa18.08.2025
bagaimanakah hendak menggunakan perkataan mengenal dan mengenali dengan betul ?Kedua-dua perkataan tersebut dapat dibezakan berdasarkan makna dan ayat contoh yang berikut:

mengenal - dapat mengetahui atau mengecamkan (rupa seseorang atau sesuatu) yang sudah diketahui sebelumnya. Contoh: Semasa ia menyamar, tidak seorang pun yang mengenalnya.

mengenali - mengetahui (seseorang atau sesuatu) dari segi sifat, rupa, dan sebagainya dengan lebih mendalam. Contoh: Saya mendapat kesempatan mengenali sistem pendidikan di negara-negara yang dilawati. 

Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (2020).
Makna11.08.2025
Bagaimanakah cara menulis perkataan/ayat dalam Bahasa Inggeris yang di tulis di dalam braket? Adakah ianya perlu diitalic atau tidak? Mohon rujuk lampiran bagi contoh ayat.

Huruf italik atau huruf condong boleh digunakan bagi perkataan bahasa asing yang terdapat dalam teks bahasa Melayu. Jika perkataan dalam bahasa asing tersebut berada dalam tanda kurung, sama ada dalam bentuk ayat lengkap atau rangkai kata yang menjadi padanan maksud sebelumnya, perkataan tersebut tidak perlu diitalikkan. Contohnya, suai padan (copy fitting) dan kos sut (marginal cost).

Penulisan yang betul ialah (change impact analysis).

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Gaya Dewan Edisi Keempat (DBP, 2023) halaman 153.

Tatabahasa29.08.2025
Bagaimanakah cara untuk membezakan ayat aktif dan ayat pasif?

Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif.
Contoh ayat:

·         Ali menendang bola. (ayat aktif transitif)

·         Murid-murid sekolah itu sedang belajar. (ayat aktif tak transitif).

 

Ayat Pasif pula terbentuk asalnya daripada ayat aktif transitif, dan mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. 
Contoh ayat:

   Bola ditendang oleh Ali

Ayat transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif, iaitu diikuti frasa nama atau klausa komplemen sebagai objek atau unsur penyambutnya. 

Ayat tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu tidak diikuti objek sebagai penyambutnya.

Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan ayat aktif dan ayat pasif, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 483 - 492 atau pangkalan data prpm.dbp.gov.my dengan merujuk soal jawab pada pautan Juga Ditemukan dalam: dan pilih Khidmat Nasihat, pada lajur sebelah kanan.

Tatabahasa20.08.2025
Bagaimanakah proses penyerapan istilah asing ke dalam Bahasa Melayu dilakukan secara rasmi oleh DBP?Penerangan yang lebih lanjut telah diberikan melalui e-mel yang dihantar kepada pihak tuan/puan pada 12 Ogos 2025.Istilah20.04.2025
Bagaimanakah saya boleh menterjemahkan "cherry-picking" ke dalam bahasa Melayu?Cadangan padanan bahasa Melayu bagi cherry-picking ialah pemilihan terbaik. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah01.06.2025
12345678910...

Kembali ke atas