| TUAN MOHON SEMAKAN TUAN ADAKAH BETUL PENGGUNAAN AYAT BERIKUT:- Saya bagi pihak Pengurusan dan seluruh warga kerja RHSB merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Tuan di atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Pengarah XXX. | Ayat yang betul: Saya bagi pihak pengurusan dan seluruh warga kerja RHSB merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada tuan atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Pengarah XXX. | Tatabahasa | 24.07.2020 |
| Sekiranya pegawai menurunkan tandatangan bagi pihak pegawai atasan dalam surat rasmi, adakah perlu nyatakan jawatan pegawai tersebut selepas nama? | Untuk makluman tuan/puan, cara menulis nama orang yang menandatangani surat mengikut buku Gaya Dewan terbitan DBP adalah seperti yang berikut: Saya yang menjalankan amanah, (ROSZIANWATY BINTI xxx) Ketua Bahagian ... (jawatan) b.p. Ketua Pengarah Untuk makluman tuan/puan juga, format surat rasmi boleh dirujuk pada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007, halaman 43 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Semua jabatan dalam sektor awam, termasuk DBP merujuk pekeliling ini. | Lain-lain | 06.10.2020 |
| Soalan saya yang berikutnya. bagi pihak yang mentandatangan plak perasmian, sebagai contoh : Y.B Puan Elizabeth Wong Keat Ping. Pada plak / plat perasmian tersebut perlu dicetak sebagai Yang Berhormat Elizabeth Wong Keat Ping atau YB Elizabeth Wong Keat Ping atau pun Y.B Puan Elizabeth Wong Keat Ping Harap dapat membantu. Terima kasih | Yang Berhormat Elizabeth Wong Ket Ping dan YB Elizabeth Wong Keat Ping (singkatan) boleh digunakan. | Lain-lain | 03.04.2017 |
| Salam Sejahtera, Saya dalam proses untuk membuat penamaan bangunan bagi pihak majikan saya. Tetapi sudah tiga kali permohonan saya di tolak dan tidak lulus. No permohonan : 49367/2023 Boleh maklumkan saya maklumat yang perlu saya masukkan lagi untuk proses penamaan bangunan ini berjalan dengan lancar? Terima kasih. | Untuk pengesahan iklan, sila buat permohonan di https://pb.dbpsahbahasa.my/. Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan: Papan premis kedai/pejabat/syarikat (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Masuk PBT”, muat naik semula visual iklan mengikut format, klik SIMPAN. Buat bayaran setelah permohonan Berjaya didaftarkan supaya iklan dapat diproses. | Lain-lain | 14.06.2023 |
| Kami ingin hantar visual (artwork) untuk papan tanda di luar pintu utama untuk kelulusan pihak DBP bagi pihak client kita. Berapakah caj perkhidmatan DBP? Terima Kasih | Kadar bayaran yang dikenakan ialah antara RM10 sehingga RM30. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web DBP Sah Bahasa melalui www.dbpsahbahasa.my | Lain-lain | 07.08.2024 |
| salam, saya ingin bertanya. yang manakah ayat yang betul? Justeru itu, pihak kerajaan perlu menyatakan prosedur-prosedur untuk diikuti bagi mendaftarkan kewarganegaraan bagi pihak wanita yang berkahwin dengan warga asing, setelah itu pihak Jawatankuasa Antarabangsa akan menghormati peruntukan tersebut maka reservasi boleh ditarik balik atau Justeru itu, pihak kerajaan perlulah menyatakan prosedur-prosedur untuk diikuti bagi mendaftarkan kewarganegaraan bagi pihak wanita yang berkahwin dengan warga asing, kemudian pihak Jawatankuasa Antarabangsa akan menghormati peruntukan tersebut maka reservasi boleh ditarik balik | Justeru, pihak kerajaan perlu menyatakan prosedur-prosedur yang harus diikuti untuk pendaftaran kewarganegaraan bagi wanita yang mahu berkahwin dengan warga asing. Jika/sekiranya pihak Jawatankuasa Antarabangsa tidak menghormati peruntukan tersebut maka reservasi boleh ditarik balik. | Ejaan | 03.04.2019 |
| Saya ingin membuat semakan penggunaan nama ‘Rice King’ pada Papan Iklan bagi pihak klien, jika betul dan dibenarkan boleh balas kepada email saya bagi urusan kelulusan di Majlis Subang. Terima kasih. | Untuk mendapatkan pengesahan visual pada papan tanda premis, sila daftar akaun melalui laman web dbpsahbahasa.my dan rujuk Panduan Pelanggan atau Video Penggunaan DBP Sah Bahasa yang tertera. | Lain-lain | 14.08.2023 |
| Assalam dan salam sejahtera, saya bagi pihak guru TABIKA KEMAS daerah Ranau, Saabah ingin memohon bantuan dari pihak DBP untuk mendapatkan artikel dan cerita berkenaan sirah Rasul bagi kegunaan pertandingan Hari Potensi KEMAS yang meletakkan syarat wajib menggunakan artikel dan cerita terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka dan Majalah Dewan Pelajar sahaja. Bagaimanapun kami menghadapi masalah untuk mencari tajuk-tajuk yang dikemukakan di dalam syarat-syarat tersebut. Saya memohon kepada pihak DBP untuk membantu kami dalam membuat carian atau menyatakan buku yang mempunyai tajuk-tajuk tersebut dan mencadangkan cara termudah untuk mendapatkannya memandangkan tarikh pertandingan semakin hampir. Dalam lampiran adalah tajuk yang kami perlukan. Terima kasih. | Salam sejahtera, Pertandingan Hari Potensi KEMAS Untuk makluman tuan/puan, syarat pada perkara 7.2 telah diubah suai untuk tidak terikat dengan buku-buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Oleh itu, sekiranya pertanyaan lanjut berhubung perkara ini, tuan/puan bolehlah menghubungi pegawai KEMAS Ibu Pejabat W.P Putrajaya (Puan Megawati melalui talian 012-329 4696). Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 06.08.2021 |
| Assalamualaikum WBT. Saya bagi pihak Jabatan Pelesenan, Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) ingin membuat semakan mengenai penggunaan perkataan antara BAHASA MELAYU atau BAHASA MALAYSIA, mana satu yang lebih sesuai untuk digunakan di dalam borang-borang permohonan lesen / permit? Ini adalah kerana pentadbiran kami telah menerima aduan berbentuk teguran daripada orang awam mengenai penggunaan BAHASA MALAYSIA di dalam borang-borang permohonan yang disediakan oleh MPSepang untuk orang awam. Bersama-sama ini di sertakan sedikit kandungan aduan yang dikemukakan oleh orang awam tersebut "Di dapati di laman borang lesen Majlis Perbandaran Sepang tertulis istilah Bahasa Malaysia. Istilah ini tidak betul. Menurut Perlembagaan Persekutuan Malaysia Perkara 152 yang tak pernah dipinda, nama bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu. Begitu juga Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967. Sehubungan itu, adalah dimohon agar pihak DBP dapat memberikan panduan dan cadangan sewajarnya kepada kami di MPSepang dalam memastikan pentadbiran kami menggunakan nahu bahasa yang tepat di dalam borang-borang permohonan lesen / permit rasmi kami. Bersama-sama ini dilampirkan sebahagian kandungan di dalam borang permohonan lesen MPSepang yang menggunakan perkataan BAHASA MALAYSIA untuk rujukan pihak tuan/puan. Segala kerjasama amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. | Untuk makluman, Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan telah menyatakan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu. Dalam sumber perundangan yang lain seperti Akta Bahasa Kebangsaan 1967, bahasa kebangsaan digunakan bersama-sama bahasa Melayu dan arahan pentadbiran melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2020: Pemerkasaan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam juga menggunakan istilah bahasa kebangsaan dan bahasa Melayu. Sehubungan dengan itu, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan akta yang sedang berkuat kuasa istilah bahasa Melayu atau bahasa kebangsaan yang sewajanya digunakan dalam konteks rasmi kerajaan. Maksud rasmi “ertinya apa-apa maksud Kerajaan, sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam”. | Lain-lain | 24.07.2025 |
| Pada 14 November 2017, sekitar jam 9.13 pagi saya telah masukkan RM30 untuk bayaran kelulusan pengiklanan DBP. Mesin CDM yang saya gunakan bertempat di SP Plaza Sungai Petani. Nombor akaun 14023010018002. Mesin tersebut tidak mengeluarkan resit. Oleh itu tiada bukti bagi pihak saya untuk dirujuk. Mohon pihak tun semak dan maklumkan kepada saya. Terima kasih. | Mohon tuan menelefon kami di Bahagian Penguatkuasaan, Dewan Bahasa dan Pustaka melalui talian 03-21472000/9400/9500 dan memaklumkan perkara ini serta memberikan nombor permohonan supaya kami berusaha mengesan bayaran yang telah diterima. Sekian. Terima kasih. | Lain-lain | 14.11.2017 |