Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tahu (kata kerja)
1. Bersinonim dengan maklum: faham, mengerti, mengetahui, sedar, mengakui, enga,
Berantonim dengan jahil

2. Bersinonim dengan kenal: cam, ingat, mengenal pasti,

3. Bersinonim dengan mengambil peduli: mempedulikan, mengendahkan, menghiraukan, mengambil hirau, mengacuhkan, mengambil berat, mengambil tahu, mengambil pusing,
Berantonim dengan membiarkan

Kata Terbitan : tahu-tahu, mengetahui, ketahuan, berketahuan, pengetahuan, berpengetahuan,

Puisi
 

Air pasang dayung sampan,
     Angin turun baik layarkan;
Tahu makan tahu simpan,
     Rahsia jangan tuan khabarkan.


Lihat selanjutnya...(173)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
selamat sejahtera. Bolehkah tuan bagi tahu saya apakah perkataan yang sesuai digunakan untuk 'flush the toilet' ? Bolehkah kita menggunakan 'mengumbah tandas" sekian, terima kasih.Flush the toilet lazimnya diterjemahkan kepada Sila pam tandas selepas digunakan.Sastera11.07.2012
Papan tanda iklan syarikat kami hendak mendapatkan pengesahan dari DBP. tolong bagi tahu cara untuk memohon. Terima kasih.Sila layari http://dbpsahbahasa.my/ untuk permohonan melalui dalam talian (online).Lain-lain07.07.2017
Sila bagi tahu apakah terjemahan bagi perkataan " breathable"? Perkataan ini tidak terkandung dalam Kamus Dewan. Terima kasih.Untuk makluman, perkataan ini tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Sila berikan konsep atau maksud perkataan ini supaya kami boleh memberikan cadangan padanan bahasa Melayu yang sesuai.Istilah18.06.2013
Ahoi dbp. Boleh tahu kenapa kata "aku", "bahan", dan "sumber' tidak didaftarkan pada "maklumat kata"? Boleh bagi tahu di mana nak cari maksud(2) perkataan2 ini? Ditemukan dalam Kamus Dewan Bahasa tapi ada 1000 daftar. Dahlah bermula dengan perkataan tak berkaitan. Ada pepijat ke? Atau saya yang tak tahu?Perkara yang berlaku ini merupakan masalah teknikal semasa pemindahan data daripada kamus kepada PRPM. Hal ini telah kami kemukakan kepada bahagian berkenaan untuk tindakan selanjutnya.Lain-lain11.11.2021
Saya nak bertanya, dekat DBP ada tak jual Kamus Dalam 3 bahasa iaitu CINA,MELAYU and BI? Dan Kamus untuk membuat ayat dalam tiga bahasa juga? Kalau ada tolong bagi tahu kat saya apa nama kamus tersebut? Kamus untuk sekolah rendah!!!!!!DBP tidak ada menerbitkan kamus dalam tiga bahasa. Sila berkunjung ke kedai buku lain untuk mendapatkannya sekiranya ada diterbitkan.Lain-lain06.07.2008
Tuan,saya cuma nak tanya di DBP ada tak tempat untuk kita buat terjemahan bahasa B.I ke B.M? kalau ada, saya nak hantar satu buku untuk di terjemahkan dan boleh bagi tahu saya bagaimana cara pembayarannya dan siapa yang saya sepatutnya hubungi. sekian

Dewan Bahasa dan Pustaka tidak menyediakan sebarang khidmat perterjemahan, walau bagaimanapun,   Walau bagaimanapun saudara boleh menghubungi Institut Terjemahan Negara, tel. 03-41497210, atau Persatuan Penterjemah Malaysia, tel. 03-21424381, e-mel terjemah@tm.net.my untuk mengetahui maklumat lanjut.

Lain-lain24.10.2009
Merujuk kepada No. Pendaftaran 6450/2012. Tajuk Permohonan Kilang Percetakan Dinamik Erajaya Sdn Bhd Co. No. 882076-H dari Syarikat Dinamik Erajaya Sdn Bhd. Bertarikh 10/05/2012 dan status tidak lulus. Boleh bagi tahu dengan lebih jelas bahagian mana yang perlu diperbetulkan. Kerjasama pihak tuan amat kami hargai. Terima kasih.Kami telah merujuk iklan yang dihantar. Sila tukar perkataan PERCETAKAN kepada PENCETAKANLain-lain10.05.2012
Seperti yang sudah diketahui, perkataan "bagitahu" adalah bahasa pasar. Walau bagaimanapun, saya ingin kepastian sama ada perkataan tersebut harus dicantumkan atau dipisahkan? Adakah maknanya akan berubah jika ianya dipisahkan? Terima kasih!Cara penulisan yang betul ialah "bagi tahu" kerana perkataan "bagi" dan "tahu" tidak boleh digabungkan menjadi satu perkataan.Ejaan12.03.2020
Salam bahagia. Kami akan membuka sebuah klinik pergigian di sebuah kompleks membeli-belah. Untuk memohon lesan iklan, pihak berkuasa Majlis Bandar Subang Jaya mahu kami melampirkan iklan/nama klinik kami kepada pihak tuan supaya pihak tuan mengesahkan ejaan perkataan "Klinik Pergigian Woo" adalah betul. Tolong bagi tahu cara untuk meminta pengesahan name klinik daripada pihak tuan. Sekian. Terima kasih. Dr. Woo Soey Geok/03-7806-1755Sila masuk ke ruangan Khidmat Pengesahan Iklan DBP untuk pengesahan iklan melalui laman web http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/Pelanggan/login.aspx
Sekian terima kasih
Lain-lain26.04.2017
salam sejahtera, saya ingin tahu bagi istilah yang mana lebih sesuai untk murid tingkatan empat. pelajar atau murid. Sekian, terima kasih.pelajar tingkatan empatIstilah01.08.2011
12345678910...

Kembali ke atas