Ada pendapat di internet mengatakan untuk disusuli oleh Kata Kerja dan bagi disisuli Kata Nama. Benarkah? | Kata sendi nama 'untuk' dan 'bagi' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama dengan fungsi tertentu seperti yang berikut: i. menunjukkan kegunaan untuk sesuatu. Dalam penggunaannya yang demikian,kata sendi nama 'untuk' dapat bervariasi dengan kata sendi nama 'bagi'. Contohnya: Asrama untuk/bagi penuntut Sabah sedang dibina; dan ii. menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. Dalam penggunaan yang demikian, 'untuk' tidak boleh bertukar dengan 'bagi'. Contohnya: Hadiah itu untukmu, bukan Hadiah itu bagimu. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 276. | Tatabahasa | 30.04.2012 |
Bukan mudah untuk / bagi saya belajar kemahiran ini. Kata sendi 'untuk' atau 'bagi' sesuai digunakan dalam ayat di atas? Setahu saya kedua-dua kata sendi tersebut tiada perbezaan dalam penggunaan. Betulkah? | Kata sendi nama untuk dan bagi sama penggunaannya dan fungsinya untuk menunjukkan kegunaan untuk semua, seperti dalam ayat; Bukan mudah untuk / bagi saya belajar kemahiran ini. Walau bagaimanapun untuk menyatakan maksud bahagian yang dikhususkan kata sendi nama "untuk" sahaja digunakan, seperti contoh ayat; Hadiah itu untukmu. Dalam penggunaan yang demikian, "untuk" tidak boleh bertukar ganti dengan "bagi". Contoh: Hadiah itu untukmu (bukan: Hadiah itu bagimu), ayah membeli kereta untuk ibu (bukan: ayah membeli kereta bagi ibu). | Tatabahasa | 14.08.2013 |
Assalammualaikum, tuan/puan mohon penjelesan tuan/puan mengenai perbezaan penggunaan kata hubung 'bagi' dan 'untuk' dan bagaimanakah untuk mengenalpasti penggunaan kata hubung tersebut dengan tepat. Terima kasih. | Kata sendi nama untuk dan bagi sama penggunaannya dan fungsinya untuk menunjukkan kegunaan untuk semua, seperti dalam ayat; Kereta itu untuk/bagi kegunaan pejabat sahaja. Walau bagaimanapun untuk menyatakan maksud bahagian yang dikhususkan kata sendi nama untuk sahaja digunakan, seperti contoh ayat; Hadiah itu untukmu. Dalam penggunaan yang demikian, untuk tidak boleh bertukar ganti dengan bagi. Contoh: Hadiah itu untukmu (bukan: Hadiah itu bagimu), ayah membeli kereta untuk ibu (bukan: ayah membeli kereta bagi ibu) | Tatabahasa | 06.03.2013 |
Jelaskan perbandingan kata sendi nama "bagi" dengan "untuk" dengan memberikan contoh ayat yang sesuai dan tepat | Saudara, kata sendi nama 'untuk' dan 'bagi' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama dengan fungsi tertentu seperti yang berikut: i. menunjukkan kegunaan untuk sesuatu. Dalam penggunaannya yang demikian,kata sendi nama 'untuk' dapat bervariasi dengan kata sendi nama 'bagi'. Contohnya : Asrama untuk/bagi penuntut Sabah sedang dibina. ii. menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. Dalam penggunaan yang demikian, 'untuk' tidak boleh bertukar dengan 'bagi'. Contohnya: hadiah itu untukmu bukan Hadiah itu bagimu. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 31.12.2009 |
yang mana satu ayat yang betul"majlis perpisahan bagi tiga orang staf" atau "majlis perpisahan untuk tiga orang staf" | yang mana satu ayat yang betul"majlis perpisahan bagi tiga orang staf" atau "majlis perpisahan untuk tiga orang staf" Ayat yang betul ialah "Majlis perpisahan untuk tiga orang staf". Kata sendi nama untuk dan bagi sama penggunaannya dan fungsinya untuk menunjukkan kegunaan untuk semua, seperti dalam ayat; "Asrama untuk/bagi penuntut-penuntut Sabah sahaja". Walau bagaimanapun untuk menyatakan maksud bahagian yang dikhususkan kata sendi nama "untuk" sahaja digunakan, seperti contoh ayat; Hadiah itu untukmu. Dalam penggunaan yang demikian, "untuk" tidak boleh bertukar ganti dengan "bagi". Contoh: Hadiah itu untukmu (bukan: Hadiah itu bagimu), ayah membeli kereta untuk ibu (bukan: ayah membeli kereta bagi ibu). | Tatabahasa | 23.01.2014 |
Apakah perbezaan untuk dan supaya? Apakah panduan penggunaannya | Kata sendi nama 'untuk' dan 'bagi' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama dengan fungsi tertentu seperti yang berikut: i. menunjukkan kegunaan untuk sesuatu. Dalam penggunaannya yang demikian,kata sendi nama 'untuk' dapat bervariasi dengan kata sendi nama 'bagi'. Contohnya : Asrama untuk/bagi penuntut Sabah sedang dibina. ii. menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. Dalam penggunaan yang demikian, 'untuk' tidak boleh bertukar dengan 'bagi'. Contohnya: hadiah itu untukmu bukan Hadiah itu bagimu. Supaya merupakan kata keterangan harapan. Kata keterangan harapan ialah unsur yang menerankan sesuatu perbuatan atau kejaidan yang dihajati. Contoh 1. Supaya suasana menjadi aman damai, mereka semua bersetuju dengan cadangan pemimpin muda itu. | Tatabahasa | 04.09.2013 |
"untuk" merupakan kata sendi nama atau kata hubung? Tolong jelaskan dan berikan contoh. Terima kasih tuan. | Selain berfungsi sebagai kata sendi nama, perkataan untuk juga berfungsi sebagai kata hubung pancangan komplemen. Kata komplemen ini berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa utama. Kata sendi nama untuk digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama dengan fungsi tertentu seperti yang berikut: a) menunjukkan kegunaan untuk sesuatu. Dalam penggunaanya yang demikian, kata sendi nama untuk dapat bervariasi dengan kata sendi nama bagi. Contoh: Asrama untuk/bagi penuntut Sabah sedang dibina, derma untuk/bagi anal-anak yatim akan dipungut. b) menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. Dalam penggunaan yang demikian, untuk tidak boleh bertukar ganti dengan bagi. Contoh: Hadiah itu untukmu (bukan: Hadiah itu bagimu), ayah membeli kereta untuk ibu (bukan: ayah membeli kereta bagi ibu) Perkataan "untuk" sebagai kata hubung pancangan komplemen seperti dalam ayat berikut; a. Untuk memaksa dia hadir adalah tidak wajar. b. Untuk banduan itu melepaskan diri sungguh mustahil. | Tatabahasa | 04.11.2013 |
I Pasukan Rumah Merah bertegang urat untuk mengalahkan pasukan Rumah Hijau dalam perlawanan itu. II Putus asa hatinya apabila permohonannya untuk berpindah ditolak oleh majikannya. III Baju-baju yang dijual di kedai itu cantik-cantik belaka. IV Ibu risau kerana abang belum balik-balik dari sekolah. JAWAPAN yang diberikan dalam BUKU ialah B iaitu IV sahaja. A I sahaja B IV sahaja C I, II, dan III D II, III, dan IV Mengapakah IV salah, bukankah maksud ayat ialah abang masih belum pulang dengan menggandakan balik-balik? Ada guru yang menjelaskan bahawa I dan II salah kerana penggunaan untuk sepatutnya guna "bagi". Sebenarnya saya tidak dapat terima penjelasan tersebut. | Ayat I betul kerana kata sendi nama untuk dan bagi dapat bervariasi (bertukar ganti) kecuali dalam keadaan menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan, seperti dalam ayat Hadiah ini untukmu (bukan Hadiah ini bagimu). Ayat IV salah kerana balik-balik ialah bahasa percakapan yang bermaksud kerap melakukan perkara yang sama dan bahasa percakapan tidak digunakan dalam situasi rasmi. | Tatabahasa | 11.08.2011 |
Tuan/Puan, Apakah terdapat sebarang perbezaan MAKNA ayat bagi 2 pernyataan di bawah: 1. BAGI TEMPOH tahun 2011 hingga 2013, sebanyak 23 projek pembangunan ..........; 2. PADA tahun 2011 hingga 2013, sebanyak 23 projek pembangunan ............ Pernyataan manakah yang tepat untuk digunakan? Terima kasih. | Penggunaan kata sendi nama yang betul ialah pada. Pada tahun 2011 hingga 2013, sebanyak 23 projek pembangunan... Kata sendi nama 'pada' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat. Kata sendi nama 'untuk' dan 'bagi' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama dengan fungsi tertentu seperti yang berikut: i. menunjukkan kegunaan untuk sesuatu. Dalam penggunaannya yang demikian,kata sendi nama 'untuk' dapat bervariasi dengan kata sendi nama 'bagi'. Contohnya : Asrama untuk/bagi penuntut Sabah sedang dibina. ii. menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. Dalam penggunaan yang demikian, 'untuk' tidak boleh bertukar dengan 'bagi'. Contohnya: hadiah itu untukmu bukan Hadiah itu bagimu. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 28.02.2014 |
apakah perbezaan dalam penggunaan 'bagi' dan 'untuk' dalam ayat? - "kitab ini amat berfaedah bagi pembaca" dan "kitab ini amat berfaedah untuk pembaca". | "kitab ini amat berfaedah bagi pembaca" "kitab ini amat berfaedah untuk pembaca". Kedua-dua ayat di atas betul penggunaan kata sendi nama. Kata sendi nama 'untuk' dan 'bagi' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama dengan fungsi tertentu seperti yang berikut: i. menunjukkan kegunaan untuk sesuatu. Dalam penggunaannya yang demikian,kata sendi nama 'untuk' dapat bervariasi dengan kata sendi nama 'bagi'. Contohnya : Asrama untuk/bagi penuntut Sabah sedang dibina. ii. menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. Dalam penggunaan yang demikian, 'untuk' tidak boleh bertukar dengan 'bagi'. Contohnya: hadiah itu untukmu bukan Hadiah itu bagimu. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 276. | Tatabahasa | 05.10.2012 |