Salam sejahtera. 1. Apakah ejaan yang betul untuk mengeja kerajaan Islam Mughal/Moghul di India? 2. Ganti nama "baginda" yang merujuk kepada Nabi Muhammad SAW ditulis dengan huruf kecil atau huruf besar (baginda/Baginda?? Terima kasih | Salam sejahtera, 1. Mughal http://mashajirismail.wordpress.com/2011/02/02/sejarah-peradaban-islam-pada-kerajaan-mughal-india/ 2. Nabi Muhammad SAW ialah kata nama khas dan jika ada perkataan lain yang merujuk kepada Baginda secara khusus juga ditulis dengan huruf besar. | Ejaan | 27.11.2012 |
Jika kita menulis ayat apakah kata sapaan `baginda’ kepada Rasulullah SAW itu seperti perlu `baginda’ (`b’ huruf kecil atau `Baginda’ (`B’ huruf besar) dalam konteks di tengah-tengah ayat. Contoh: Dalam perjalanan ke medan perang Badar itu, baginda mengarahkan tentera … Apakah peraturan ini juga terpakai kepada ganti nama sultan di Malaysia? Sultan Muhamad IV berangkat menemui keluarga baginda di…’ | "Baginda" merupakan kata ganti diri ketiga bagi raja, khalifah, atau rasul. Perkataan baginda apabila berada dalam ayat, ditulis dengan huruf kecil. | Ejaan | 07.09.2018 |
1. Yang mana lebih tepat: Dakwah Merentasi Etnik atau Dakwah Merentas Etnik? 2. Nabi Musa a.s. salah seorang rasul ululazmi. Sewaktu baginda mendakwahi Firaun...Soalan saya: baginda dalam ayat tersebut seharusnya ditulis sebagai Baginda atau baginda? Terima kasih | Merentas etnik lebih tepat. | Lain-lain | 17.07.2019 |
Apakah ganti nama bagi raja yang zalim. Contoh ayat: Para pengawal membawa Sarah kepada Raja Mesir. Apabila beliau mendekati Sarah, tiba-tiba tangan dan kakinya lumpuh. **Raja Mesir dalam cerita ini digambarkan sebagai seorang raja yang zalim dan suka merampas isteri orang** | Kata ganti nama yang tepat ialah baginda. Baginda merupakan kata ganti nama ketiga yang digunakan untuk raja, sultan atau kerabat diraja. Untuk keterangan lanjut atau contoh sila rujuk Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 12.04.2013 |
Baginda ________ di Istana Meranti itu semenjak ditabalkan sebagai Sultan di Kebayat Negara. Saya nak tahu apakah maksud kebayat negara? | Kebayat Negara atau Kembayat Negara merupakan nama lama bagi wilayah kerajaan Melayu Campa di Vietnam dan Kemboja. Kebayat Negara turut dinyatakan dalam “Syair Siti Zubaidah Perang Cina” atau “Syair Siti Zubaidah” yang mengisahkan cinta, keberanian dan ketaatan Siti Zubaidah untuk membebaskan suaminya, Sultan Zainal Abidin yang ditawan puteri dari China. | Sastera | 05.03.2020 |
Soalan Kata Baginda adalah kata ganti nama diri ketiga bagi Raja. Pertanyaan saya, adakah pangkal huruf ‘b’ perkataan baginda itu huruf besar atau kecil apabila berada di tengah ayat? Contoh : Hasrat baginda itu merupakan asas kepada penubuhan kerajaan sendiri bagi Negara Brunei Darussalam. | Perkataan baginda apabila berada dalam ayat, ditulis dengan huruf kecil. | Tatabahasa | 30.04.2014 |
Ayat yang mana lebih tepat? 1) Baginda berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat. atau 2) Baginda berkenan berangkat menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat. Terima kasih. | Ayat satu lebih tepat. Baginda berkenan menghadiri Majlid Ramah Mesra Bersama-sama Rakyat atau Baginda berangkat ke Majlis Ramah Mesra Bersama-sama Rakyat | Lain-lain | 30.04.2018 |
"Kesudian baginda/tuanku untuk mencemar duli di kampung ini membuatkan kita berasa bangga," kata ketua kampung kepada anak-anak buahnya. Adakah baginda atau tuanku? | Kata ganti nama yang tepat ialah baginda. Baginda merupakan kata ganti nama ketiga yang digunakan untuk raja, sultan atau kerabat diraja. | Tatabahasa | 22.08.2014 |
hai.. saya nak buat pencerahan... penggunaan perkataan tuanku, baginda, beta, datuk... adakah perlu kena huruf besar pada pangkal sekiranya berada di tengah ayat? contoh ayat ; "tetapi sampai bila beta akan berdoa kalau beta tidak berusaha untuk mendapatkan cahaya mata" "ampun tuanku" Apa guna kekayaan buat baginda senadainya baginda tidak memiliki pewaris adakah perlu hurug besar pada pangkal kata ganti nama pada ayat tersebut? | Tidak perlu menggunakan huruf besar jika perkataan tersebut berada di tengah ayat. | Ejaan | 29.03.2017 |
Hang Jebat: Baginda menitahkan tuan hamba untuk menyediakan persalinan untuk baginda. Jawapan: Bendahara Tun Ali: Baiklah, tuan hamba. Hamba akan menyediakan persalinan untuk baginda dengan segera. 1. Adakah jawapan tersebut gramatis? 2. Bolehkah "Baiklah" digunakan dalam bahasa istana? Terima kasih | Ayat tersebut betul dan boleh digunakan. | Tatabahasa | 02.07.2019 |