Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bagitahu


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
mana satu yang betul bagitahu atau beritahu?Bagitahu merupakan bahasa pasar ataupun bahasa percakapan manakala beritahu merupakan bahasa rasmi.Tatabahasa30.03.2013
Seperti yang sudah diketahui, perkataan "bagitahu" adalah bahasa pasar. Walau bagaimanapun, saya ingin kepastian sama ada perkataan tersebut harus dicantumkan atau dipisahkan? Adakah maknanya akan berubah jika ianya dipisahkan? Terima kasih!Cara penulisan yang betul ialah "bagi tahu" kerana perkataan "bagi" dan "tahu" tidak boleh digabungkan menjadi satu perkataan.Ejaan12.03.2020
apakah maksud seligi nibung? yang manakah betul antara bagitahu/bagitau?Seligi nibung ialah sejenis senjata tajam daripada nibong. Kedua-dua kata 'bagitau' dan bagitau' adalah bahasa pasar/ bahasa percakapan. Perkataan yang betul ialah beritahu.Tatabahasa28.08.2008
Salam, saya nak tanya mengenai papan nama kedai. Pihak Majlis Perbandaran Kemaman bagitahu saya untuk rujuk kepada Dewan Bahasa Dan Pustaka mengenai perkataan dan bahasa untuk Papan nama Kedai saya. Mohon pihak jasa tuan untuk tolong saya menyelesaikan masalah saya ini.Untuk pengesahan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama tuan perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya. Sila hubungi 03-21479500 untuk keterangan lanjut.Lain-lain21.01.2014
salamun alaikum saya abdullah dari Turki (saya tadi hantar mail ini ke PRPM tapi tidak sampai jadi tolong forward mail ini kepada PRPM) saya belajar bahasa melayu, saya banyak pakai web site PRPM ini. saya banyak berterima kasih atas khidmat kamus DBP. saya sejak 4 tahun pakai kamus online dbp, tetapi saya rasa dulu aturan kamus online lagi bagus daripada kamus online sekarang. saya cadangkan mengaturkan kamus cara begini: contohnya saya cari perkataan MAKAN pertama bagilah MAKAN di kamus dewan ke 4 (tetapi bagilah bahagian makan sahaja) lepas itu bagilah perkataan MAKAN di kamus pelajar ; lepas itu kamus inggiris melayu dan seterusnya. dan apabila habis semua kamus baru letakkan perkataan MAKAN yang ada di mana-mana bahagian kamus. minta maaf susahnya bagitahu sistem tersebut kerana saya masih tidak pandai bahasa malaysia. maklumat tentang saya boleh ditanya kepada puan Rosilawati Syarif (pegawai dbp) sekian, terima kasih

Terima kasih atas perhatian yang diberikan. Cadangan saudara kami ambil maklum dan akan dikemukakan kepada pihak yang bertanggungjawab menangani hal sistem ini. Kami sentiasa membuat penambahbaikan (jika difikirkan kewajarannya) bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan kami.

Lain-lain13.01.2011

Kembali ke atas