Ayat yang manakah betul? 1. Saya mempunyai keluarga yang bahagia. 2. Saya mempunyai sebuah keluarga yang bahagia. | Ayat :(1) Saya mempunyai keluarga yang bahagia' dan ayat (2) Saya mempunyai sebuah keluarga yang bahagia. Kedua-dua ayat betul. Untuk makluman, kata 'sebuah' dalam ayat (2) merupakan penjodoh bilangan yang bukan merupakan unsur wajib dalam ayat. | Tatabahasa | 21.02.2011 |
Salam bahagia. Adakah meraikan hari jadi setiap tahun dianggap sebagai suatu perayaan. Contoh soalan : Tuliskan karangan tentang perayaan yang kamu raikan pada setiap tahun. Boleh pelajar menulis pengalamannya meraikan hari jadinya setiap tahun. Sekian dan selamat berpuasa. | Kamus Dewan, edisi keempat, mentakrifkan perayaan sebagai pesta untuk merayakan sesuatu peristiwa, keramaian, perjamuan dan lain-lain. Contoh yang diberikan ialah maulud Nabi SAW dan hari kemerdekaan. Daripada takrif dan contoh tersebut, dapatlah dikatakan bahawa perayaan ialah sambutan yang diadakan secara besar-besaran. | Makna | 24.07.2012 |
Salam bahagia, Sila jelaskan ayat manakah yang menggunakan tanda koma dengan betul. (A) Ibu Ali membeli sayur, ikan dan ayam di pasar. (B) Ibu Ali membeli sayur, ikan, dan ayam di pasar. Sama ada A betul atau B betul, atau kedua-dua boleh diterima. Sekian, terima kasih. | Ayat dengan ejaan dan tanda baca yang betul ialah Ibu Ali membeli sayur, ikan dan ayam di pasar. | Ejaan | 23.05.2012 |
Salam bahagia dan salam satu Malaysia. 1. Saya ingin mengetahui cara-cara untuk menghantar karya-karya yang dihasilkan oleh sendiri secara online? | Hantarkan sahaja karya itu kepada editor majalah, Abd. Razak Abu Bakar melalui emel razak3@dbp.gov.my | Lain-lain | 02.04.2010 |
SALAM BAHAGIA, SAYA PN ARUNA INGIN TAHU SAMADA TERDAPAT SEBARANG PEKERJAAN SECARA FREELANCE DALAM BIDANG PENTERJEMAHAN. SAYA ADALAH SEORANG SURIRUMAH DAN PERNAH BEKERJA SEBAGAI SEORANG PENYUNTING DI BERNAMA SELAMA 5 TAHUN. SAYA AMAT ALU-ALUKAN FEEDBACK TUAN. TERIMA KASIH | Sekiranya sdr. berminat untuk menjadi penterjemah, sila hubungi Institut Terjemahan Negara, no. tel. 03-41497210 atau Persatuan Penterjemah Malaysia, no. tel. 03-21424381. | Lain-lain | 27.06.2009 |
salam bahagia. saya ingin membuat pertanyaan menggenai pengunaan perkataan PLAZA utk satu skim perniagaan. contohnya alamatnya seperti berikut: No. 10 - 4, Blok A, Plaza Prima, Jalan Tasik Prima 5/2, Taman Tasik Prima,’ 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan. dan mengenai penggunaan perkataan NOVA, contoh alamat spt berikut: No. 24A-1, Blok C, Pusat Perdagangan Nova, Jalan Tasik Prima 5/2, Taman Tasik Prima,’ 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan. sekian terima kasih. | Dalam konteks yang saudara maksudkan plaza merujuk kompleks membeli-belah, "plaza prima" merujuk kompleks beli-belah yang mengandungi juga ruang perniagaan yang lain. Oleh itu, "plaza prima" ialah kata nama khas untuk tempat. Begitu juga dengan "Pusat Perdagangan Nova", untuk makluman saudara nova bermaksud bintang yang secara tiba-tiba saja bersinar terang tetapi kemudiannya beransur-ansur pudar semula, walau bagaimnapun kata ini boleh digunakan untuk penamaan tempat. | Makna | 04.03.2009 |
Tuan, Salam bahagia. Saya berminat mengikuti kursus Diploma Penterjemahan Profesional. Apakah kursus ini akan dijalankan di Melaka? Bilakah tarikhnya kursus ini akan berlangsung? Adakah Diploma ini mendapat pengiktirafan MQA? Sekian, terima kasih. KRISHNAN Sekian, terima kasih. | Pertanyaan saudara di luar skop perkhidmatan kami. Untuk mendapatkan maklumat berkaitan kursus terjemahan, sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia di talian 03-21424381 (Suzana) atau e-mel terjemah1@gmail.com. | Lain-lain | 26.01.2012 |
1. menyimpan banyak kenangan atau banyak menyimpan kenangan? 2. dua suku jam atau dua jam suku? 3. bahagia hingga ke anak cucu atau bahagia hingga kepada anak cucu? 4. tanggapannya terhadap lelaki itu atau tanggapannya tentang lelaki itu? | Yang betul ialah banyak menyimpan kenangan. Dua jam suku. Bahagia hingga ke anak cucu. Tanggapan terhadap lelaki itu. | Tatabahasa | 05.04.2007 |
1. Ali meminta maaf ( daripada , kepada ) cikgu . 2. John berasal ( dari , daripada ) keluarga yang bahagia . 3. pendingin hawa @ penghawa dingin ? TQ | Jawapan yang betul ialah 1. Ali meminta maaf daripada cikgu. 2. John berasal daripada keluarga yang bahagia . 3. pendingin hawa atau penyaman udara. | Lain-lain | 22.07.2010 |
apakah maksud bertunjangkan keharmonian? | Salam sejahtera, Bertunjangkan merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud berasaskan, berdasarkan, bersandarkan manakala keharmonian berasal dari kata dasar harmoni bersinonim dengan bahagia">bahagia, rukun, sejahtera, mesra, tenang, damai, tenteram, aman, sepakat. Keharmonian menurut Kamus Dewan pula bermaksud, keadaan harmoni (selaras, sesuai, sepadan), keselarasan, kesesuaian, kemesraan. Oleh itu, bertunjangkan keharmonian boleh disamaertikan dengan berasaskan kemesraan, berdasarkan kesejahteraan dan berasandarkan kebahagiaan. | Makna | 01.11.2012 |