apa itu maksud kolofon,otograf,kodikologi | Kolofon bermaksud lambang penerbit pada buku; petunjuk pada bahagian akhir buku tentang nama penerbit, waktu terbit,dsb. Otograf atau autograf? Autograf bermaksud tandatangan sesorang, baiasanya orang terkenal; naskhah asal yang ditulis tangan oleh pengarangnya sendiri. Kodikologi bermaksud kajian tentang manuskrip. | Makna | 05.04.2008 |
Ingin tahu perlukah minit mesyuarat itu ditandatangani oleh pencatat atau tulis nama pencatat sahaja . | Pada bahagian akhir/penutup minit mesyuarat dicadangkan untuk diletakkan nama penuh pencatat, jawatan dan tarikh diikuti dengan penyemak dan pengesah minit mesyuarat. Contoh: Disediakan oleh: tandatangan ....................... (NAMA PENUH PENCATAT) Jawatan Tarikh | Lain-lain | 22.02.2024 |
salam antara tugas-tugas malaikat adalah seperti berikut: (Che________, 2009) berdasarkan petikan di atas, betulkan cara penulisan rujukan di atas? perlukah rujukan ditulis selepas tan da ':' ataupun sebelum? | Contoh penulisan rujukan yang betul: Tulisan-tulisannya, khususnya pada bahagian akhir dari buku Hikayat Abdullah (Abdullah, 1966:62) jelas telah mengobarkan rasa sakit hati siapa pun juga .... | Tatabahasa | 07.09.2012 |
(1) Bilakah perkataan 'kami' dan 'kita' digunakan? ( (2) Bolehkah kedua-duanya digunakan dalam sesebuah cerita? Contoh di bahagian depan cerita: "Berhenti! kata Ayah. "Kita berhenti di sini." (Ayah dan dua orang anaknya berada di dalam bas. Mereka mahu turun di pantai.) Di bahagian akhir cerita pula: "Ini perhentian kami," kata Ayah. "Kami turun di sini." (3) Bolehkah 'kami' digunakan di dalam satu ayat dan 'kita' digunakan di dalam ayat yang terletak di bawah ayat yang pertama dalam sesebuah cerita seperti berikut: "Lihat, kami bermain air," kata Paul. "Mari kita bermain dengan air dan baldi ini," kata Paul. (Di dalam kedua-dua ayat di atas, Paul sedang bercakap dengan adiknya.) Harap tuan/puan boleh menjawab hari ini. Terima kasih | (1) Kami - kata ganti nama diri pertama dalam bentuk jamak, manakala kita bermaksud saya dan kamu semua. (2) Penggunaan kedua-dua kata ganti nama diri kami dan kita mestilahmerujuk makna bagi kedua-dua perkataan tersebut seperti di atas. "Berhenti! kata Ayah. "Kita berhenti di sini". "Ini perhentian kita, kata Ayah". "Kita turun di sini". (3) "Lihat, kami bermain air, kata Paul". "Mari kita bermain dengan air dan baldi ini, kata Paul". | Tatabahasa | 20.05.2011 |
1. Mohon penjelasan penggunaan tiga tanda noktah di sebelah satu-satu ayat di dalam surat. Cth: ...5. Bersama-sama ini dilampirkan kronologi etc etc. 2. Adakah ini wajib? Terima kasih | Tiga titik dikenali sebagai elipsis, iaitu yang menunjukkan pengguguran bahagian teks, khususnya petikan, sama ada di bahagian awal, bahagian tengah, atau bahagian akhir sesuatu ayat atau teks, contohnya: a) . . . bahawa kita menemui perbezaan asas antara semangat kapitalis dengan prakapitalis.b) Bahasa Melayu menghadapi masa depan yang amat cerah . . . menghasilkan murid-murid yang mendapat pendidikan seluruhnya dalam bahasa Melayu. | Lain-lain | 10.06.2013 |
Saya keliru ayat untuk soalan ujian Di bawah betul atau salah. Sejak akhir-akhir ini ramai pemuda gemarkan kerja-kerja bercucuk tanam kerana mendatangkan hasil yang lumayan. Dalam ayat ini,Ada kata bilangan jamak Dan menggunakan kata Ganda kerja-kerja. Harap dapat membantu dengan penjelasan. | Ayat yang betul ialah “Sejak akhir-akhir ini ramai pemuda menggemari kerja bercucuk tanam kerana mendatangkan hasil yang lumayan.”. Kata jamak ramai pemuda betul kerana ramai telah merujuk bilangan lebih daripada seorang pemuda. Untuk maklumat lanjut sila rujuk bahagian kata bilangan Tatabahasa Dewan (DBP, 2015) halaman 287. Kerja-kerja bercucuk tanam digantikan dengan kerja bercucuk tanam sahaja kerana perkataan “kerja” merujuk kepada perbuatan bercucuk tanam. | Tatabahasa | 18.01.2024 |
( tuan,inilah penerangan tuan sebelum ini.) 1. Ayah memberi wang sakukepada saya. 2. Ayah membeli sepasang sepatu untuk saya. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 194 - 196. apabila objek sipi asal (wang saku dansepasang sepatu) berubah kedudukannya selepas kata kerja dan menjadi objek yang baharu manakala objek tepat yang asal (saya) berpindah ke bahagian akhir ayat dan menerima kata sendi namakepada atau untuk, kata kerjanya tidak mengandungi -kan. ( tuan, bagaimana pula dengan soalan sejumlah RM50000 diberi kepada pesakit jantung yang akan menjalani pembedahan secepat mungkin.) diberi atau diberikan digunakan. | 1. Lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 392 di bawah tajuk 13.4.2 Frasa Kerja dengan Dua Objek. Perhatikan contoh ayat yang diberi: 74. Ahmad menghadiahkan buku kepada Ali. 75. Wanita itu membeli baju untuk anaknya. Kedua-dua contoh ayat tersebut mempunyai dua objek (objek tepat dan objek sisi) dan kata sendi nama. Tidak timbul isu perubahan kedudukan objek tepat dan objek sisi. 2. Perkataan memberi dan memberikan merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan memberi hendaklah diikuti oleh kata nama objek bernyawa, manakala memberikan hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa. Diberi dan diberikan adalah bentuk pasif memberi dan memberikan. Oleh itu ayat "Sejumlah RM50000 diberi kepada pesakit jantung yang akan menjalani pembedahan secepat mungkin" adalah betul. | Tatabahasa | 20.07.2011 |
Tuan, apakah perbezaan penggunaan tiga titik "..." dengan empat titik "...." seperti dalam ayat di bawah ini? "Remuk hatinya apabila..." dengan "Remuk hatinya apabila ...."?. Bilakah kita perlu menggunakan tiga titik dengan empat titik tersebut?. Terima kasih. | Tiga titik dikenali sebagai elipsis, iaitu yang menunjukkan pengguguran bahagian teks, khususnya petikan, sama ada di bahagian awal, bahagian tengah, atau bahagian akhir sesuatu ayat atau teks, contohnya: a) . . . bahawa kita menemui perbezaan asas antara semangat kapitalis dengan prakapitalis. b) Bahasa Melayu menghadapi masa depan yang amat cerah . . . menghasilkan murid-murid yang mendapat pendidikan seluruhnya dalam bahasa Melayu. 3c) . . . dan memberinya rezeki dengan tidak disangka-sangkanya . . . Selain itu, elipsis menunjukkan sesuatu yang bersambung, contohnya: 1,2,3, . . . Hal ini bermakna tiada empat titik, yang ada ialah elipsis iaitu tiga titik. | Lain-lain | 01.12.2011 |
Leong Yun Kui Jul 2nd, 6:09pm Saya seorang guru bahasa. Akhir-akhir ini kami berasa keliru dengan beberapa contoh ayat songsang yang diterangkan dalam Buku Tatabahasa dewan Jilid terbaharu. Ayat Biasa: Saya pernah mendiami perkampungan orang asli itu pada masa dahulu. AYat Songsang: Pada masa dahulu, saya pernah mendiami perkampungan orang asli itu. (Adakah ini ayat songsang? Saya berpendapat ayat ini hanya mengalami pendepanan salah satu daripada frasa keterangan dalam bahagian predikat. Namun, struktur ayatnya masih jelas bersusunan subjek di depan dan predikat masih berada di belakang. Saya berpendapat sepatutnya..ayat songsangnya sepatutnya ..Pernah mendiami perkampungan orang asli itu saya pada masa dahulu. Harap balas.. | 1. Pernah mendiami perkampungan orang asli itu, pada masa dahulu, saya. Ayat songsang seluruh. 2. Pernah mendiami perkampungan orang asli itu, saya, pada masa dahulu. Ayat songsang sebahagian (mendahulukan kata kerja). 3. Pada masa dahulu, saya pernah mendiami perkampungan orang asli itu. Ayat songsang sebahagian (mendahulukan keterangan). | Tatabahasa | 02.08.2015 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin bertanya penggunaan tanda petik dalam petikan hadis. Adakah penggunaan seperti berikut betul? Daripada Abdullah Ibn Mas’ud r.a. berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah SAW, ‘Amalan apakah yang paling Allah sukai?’ Baginda menjawab, 'Solat pada waktunya.' ‘Kemudian apa?’ kataku. Baginda menjawab, 'Berbuat baik kepada ibu bapa.' Aku bertanya lagi, ‘Kemudian apa?’ Baginda menjawab, 'Jihad di jalan Allah.'"(Riwayat al-Bukhari). Untuk bahagian akhir ayat, di manakah kedudukan tanda petik tunggal? Adakah selepas tanda noktah atau sebelum tanda noktah? Terima kasih. | Teks hadis perlu merujuk kitab-kitab muktabar dalam bahasa Arab, contohnya Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Nasa’i dan sebagainya. Rujukan hadis yang mengandungi nama perawi hadis hendaklah disertakan, manakala sumber rujukan hadis hendaklah mengikut kaedah penulisan takhrij hadith. Contoh rujukan hadis yang mengandungi nama perawi boleh ditulis dalam dua keadaan, iaitu: 1. 1. Daripada Abdullah Ibn Mas’ud r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Sesungguhnya xxx.” (Riwayat al-Bukhari) 2. Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, daripada Abdullah Ibn Mas’ud r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Sesungguhnya xxx.” Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Gaya Dewan (DBP, 2023) halaman 278 – 291. | Tatabahasa | 09.12.2024 |