Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakah betul untuk penggunaan "di atau pada" dan "ke/kepada" dalam ayat berikut: 1. Pesakit mendakwa beliau telah ditumbuk *di/pada bahagian kepala sebanyak 4 kali. 2. Pesakit mengadu sakit *di/pada bahagian bawah belakang badannya. 3. Kesakitan minimum *di/pada bahagian bawah belakang badan. 4. Rujukan (referral of patient) *ke/kepada Jabatan Psikiatri telah dibuat. Mohon huraian penjelasan bagi setiap soalan. Terima kasih.Jawapan yang betul seperti berikut,

1. Pesakit mendakwa beliau telah ditumbuk pada bahagian kepala sebanyak empat kali.
2. Pesakit mengadu sakit pada bahagian bawah belakang badannya.
3. Kesakitan minimum pada bahagian bawah belakang badan.
4. Rujukan kepada Jabatan Psikiatri telah dibuat.
Tatabahasa08.01.2022
Terjemahan untuk: 1. Lower Ground Floor 2. Ground Floor Terima kasih.1. ground floor- tingkat bawah  2. lower ground floor- tingkat bawah bahagian bawahPenyemakan dan penterjemahan25.04.2008
Salam sejahtera, apakah maksud garis repang di bahagian bawah halaman? Terima Kasih
Selamat pagi
Repang  ialah proses meratakan. Oleh itu, dalam penerbitan sesebuah buku, garis repang di bawah halaman bermaksud mesin pemotong buku akan memotong buku mengikut saiz buku berkenaan selepas buku tersebut dicetak. Garis repang terdapat disekeliling sesebuah buku. Sekian, terima kasih.
Istilah01.06.2016
Mohon jasa baik untuk menterjemahkan penyataan tersebut dalam bahasa Melayu. "Energy Sector, Oil & Gas- Subsea Division"Terjemahan yang dicadangkan ialah Sektor Tenaga, Minyak dan Gas - Bahagian Bawah Laut Istilah28.08.2012
Assalamualaikum. Penomboran untuk tanda arah bilik. Mana satu yang sesuai? Atas atau bawah? Wassalam. mysofar@gmail.com Terima kasih.Penomboran tanda arah bilik adalah seperti di bahagian bawah.Lain-lain07.10.2010
Salam sejahtera, Mohon perhatian pihak tuan terhadap perkara berikut bagi penambahbaikan. Senarai maksud kata tidak dipaparkan dengan lengkap di bahagian tab pilihan maksud (maksud ke-4) tetapi ia tersenarai di bahagian bawah. Sila rujuk tangkap layar yang saya sertakan. Saya sangat berbesar hati sekiranya penambahbaikan dapat dibuat dengan segera bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pengguna lawang sesawang PRPM. Komitmen masa dan tenaga pihak tuan dalam menyelesaikan hal ini saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. Salam hormat.Kami ambil maklum berkaitan aduan tuan. Kami akan terus mempertingkatkan perkhidmatan kami. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Dewan Bahasa dan Pustaka.Lain-lain07.06.2024
Saya pernah lihat perkataan 'rerayap' dalam kamus. Namun saya tidak jumpa dalam carian DBP. Wujud atau tidak perkataan ini? Bolehkah digunakan dalam urusan rasmiPerkataan "rerayap" ada dalam Kamus Dewan Perdana (halaman 1869) yang bermaksud paparan elektronik tajuk berita yang bergerak perlahan pada bangunan atau bahagian bawah skrin televisyen atau komputer. Perkataan "rerayap" boleh digunakan secara rasmi jika bersesuaian dengan konteks maksud tersebut.  Tatabahasa09.11.2020
Selamat pagi Tuan/Puan, Saya ingin mengetahui mengapakah iklan yang saya ingin terbitkan tidak diluluskan oleh Dbp? No rujukan permohonan.. 32168/2016 & 32169/2016. Harap saya dapat penjelasan yang boleh faham. Sekian Terima kasih.Sila layari portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" dan lihat komen/ulasan di bahagian bawah. Pembetulan hendaklah dibuat berdasarkan ulasan tersebut. E-mel hanya memberi notifikasi status permohonan.Lain-lain03.07.2016
Apakah maksud “bebayang”, adakah perkataan ini wujud dalam kamus terkini?Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) bebayang bermaksud:

bebayang 

1. rupa seseorang atau sesuatu yang tidak jelas yang biasanya muncul atau kelihatan sepintas lalu sahaja;

sinonim: bayang
contoh penggunaan: Aku terpaku apabila melihat bebayang hitam yang pantas memasuki stor.

2. bahagian gelap pada bahagian bawah mata:

contoh penggunaan: Gel itu dioles pada bahagian bawah mata untuk memudarkan bebayang yang ada.

3. puitis 

sinonim: bayang-bayang

contoh penggunaan: Apabila matahari menumpahkan sinarnya, terbentuklah bebayang pohon nyiur di pasir pantai putih itu.
Makna25.12.2024
Terima Kasih. Saya ingin menggunakan perkataan Asia Care atas signboard. Boleh tak saya menggunakan Bahasa Inggeris, Asia Care Cafe? Adakah pengesahan tersebut wajib untuk memohon lesen perniagaan dari MPSJ/DBKL? Sekian Sahaja, terima kasih.Untuk mendapat pengesahan DBP, perkataan "KAFE" perlu diletakkan di bahagian atas dan "Asia Care Cafe" di bahagian bawah. Bahasa Melayu wajib diletakkan untuk memohon lesen perniagaan daripada DBKL. Untuk pengesahan papan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama tuan perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya.Lain-lain10.04.2014
12345678910...

Kembali ke atas