Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
utama (adjektif)
1. Bersinonim dengan penting sekali: terpenting, kanan, mustahak, amat perlu,

2. Bersinonim dengan yang paling baik: amat baik, terbaik,

Kata Terbitan : mengutamakan, terutama, keutamaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
MOHON BERI PENERANGAN BERKAITAN DENGAN PEMBENTUKAN FRASA ADJEKTIF. JIKA BOLEH BERIKAN PENJELASAN ATAU PERBANDINGAN PANDANGAN TOKOH ZA'BA, ASMAH HAJI OMAR DAN NIK SAFIAH KARIM et.al. terima kasihDalam ruang dan had masa yang terhad ini, kami hanya dapat memberikan sedikit maklumat yang berkaitan. Yang selebihnya perlu menelaah pelbagai buku rujukan khususnya Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga (antara penyusunnya Nik Safiah Karim),Nahu Melayu Mutakhir (Asmah haji Omar) dan Pelita Bahasa Melayu (Pendeta Za'ba) dan pelbagai buku yang berkaitan dengan pertanyaan puan. Buku Tatabahasa Dewan, menjelaskan bahawa Frasa Adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif sebagai kata intinya. Kata inti merupakan bahagian utama dalam susunan frasa tersebut. Frasa Adjektif yang dibincangkan ialah yang berfungsi sebagai predikat dan juga sebagai unsur keterangan dalam predikat. Sebagai unsur keterangan, kata adjektif hadir sesudah frasa kerja dan frasa sendi nama. Lihat Tatabahasa Dewan, halaman 405 - 419. Prof. Emeritus Asmah Haji Omar pula membei penjelasan yang hampir sama tentang Frasa Adjektif. Dengan mengekalkan istilah asal kata Melayu, Frasa Sifat ialah frasa yang intinya merupakan kata sifat dan berfungsi pada predikat ayat. Asmah membahagiakn Frasa Sifat kepada Frasa Sifat Selapis dan Frasa Sifat Kompleks. Lihat Nahu Mutakhir, halaman 338 - 357. Pendeta Za’ba pula membahagi sifat kepada sifat nama dan sifat kata. Yang pertama merujuk kepada golongan kata yang dikenal sebagai adjektif, sementara yang kedua merujuk kepada adverba. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Pelita Bahasa Melayu.Tatabahasa31.03.2014
Assalamualaikum..tolong bantu saya bagaimana yang dikatakan sebagai asas penamaan Frasa. Terimakasih
Frasa ialah kumpulan kata yang membentuk unit sintaksis sesuatu klausa. Klausa ialah unit yang merupakan rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat yg menjadi konstituen atau bahagian
Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, frasa ialah kumpulan kata yang membentuk unit sintaksis sesuatu klausa yang dapat bertugas sebagai subjek atau predikat atau objek dalam sesuatu ayat. Dalam bahasa Melayu, frasa terdiri daripada frasa nama,frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi.

Frasa nama (FN) ialah frasa yang perkataan utamanya terdiri daripada kata nama, kata nama terbitan atau kata ganti nama. Frasa nama boleh menjadi subjek atau predikat. Contoh frasa nama subjek: Pemenang hadiah itu , Contoh frasa nama predikat: pelajar universiti tempatan. Ayat lengkap (FN + FN): Pemenang hadiah itu pelajar universiti tempatan.  
Frasa sendi nama terdiri daripada kata sendi nama diikuti oleh frasa nama. Contoh: kata sendi ke , diikuti frasa nama sawah setiap pagi, ayat (FN + FS): Ibu  ke sawah setiap pagi.

Frasa kerja terdiri daripada kata kerja yang boleh disertai beberapa unsur lain seperti kata bantu, objek, pelengkap, ayat komplemen, dan keterangan. Frasa adjektif ialah susunan perkataan atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif atau sifat sebagai kata intinya. Kata inti merupakan bahagian utama dalam susunan frasa tersebut.
Tatabahasa25.02.2014
Apakah maksud cabang? Terdapat pelbagai maksud bukan? Apakah maksud cerah?Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, cabang bermaksud 1. bahagian yg tumbuh dr batang atau dahan pokok: daun tumbuh di ~; 2. bahagian hujung yg berpecah spt dua jari terbuka (bkn galah, lembing, tongkat); besi ~ tiga trisula; 3. bahagian atau bahagian kecil pd tanduk rusa dsb; 4. bahagian atau bahagian kecil sesuatu jalan (sungai, jalan kereta api, dsb) yg berpecah dr bahagian yg utama: ~ jalan; sungai itu banyak ~nya; 5. cawangan: Malayan Banking Berhad mempunyai banyak ~nya di seluruh Malaysia; 6. bahagian atau bahagian kecil drpd sesuatu lapangan pengetahuan (rumpun bahasa, bangsa, dsb): botani ialah ~ biologi; bahasa Melayu ialah ~ rumpun bahasa Melayu-Polinesia; 7. golongan masyarakat: ia dilahirkan dlm kalangan kaum menak, kaum bangsawan ~ atas; ~ buaya = ~ perahu kayu bercabang pd rangka badan perahu; ~ guling cabang pd haluan atau belakang perahu; ~ tenggorok bahagian kecil dr batang tenggorok, bronkiol; Manakala cerah pula bermaksud 1. terang (bkn hari, bulan, lampu, langit, dll): hari sudah ~; 2. jernih (bkn kaca dll); 3. tidak hitam, agak putih (bkn kulit): kulitnya ~; 4. berseri, tidak muram (bkn rupa muka): wajah Cikgu Seman belum ~ betul; 5. ki baik, bahagia, elok: kehidupan mereka menjadi bertambah-tambah ~; 6. ki berakal, cerdik: mujurlah Abang Mat tu ~ sikit; ~ ceria terang lagi bersih (bkn udara, cuaca, dll); ~ kulit tidak hitam (dan tidak putih benar);Lain-lain04.09.2010
CONTOH FORMAT SURAT RASMI TERKINI.Untuk makluman tuan, format surat rasmi mesti mempunyai bahagian kepala surat, badan (isi), dan penutup surat. Bahagian kepaala surat mengandungi nama, logo dan alamat penuh instutusi, diikuti nama penerima, nombor fail, tarikh dan sapaan. bahagian badan bermula dengan perkara, para pertama (penanda wacana), para dua (isi utama), para tiga (isi tambahan), para empat (penutup). bahagian penutup mengandungi slogan, saya yang menjalankan tugas, tandatangan, nama, jawatan (b.p. jika perlu), dan parap. Format surat rasmi boleh dirujuk pada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007, halaman 43 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam . Semua jabatan dalam sektor awam, termasuk DBP  merujuk pekeliling ini.Lain-lain04.04.2015
Saya tidak faham berkaitan dengan ayat ini-Sila masukkan keterangan aktiviti perniagaan di bahagian atas sebelah kiri iklan. Contohnya PEJABAT URUSAN (perlu ada keterangan aktiviti perniagaan)Berdasarkan lampiran dan sejarah penyemakan iklan yang dilampirkan, kami memerlukan pihak pengiklan untuk meletakkan keterangan utama syarikat pada bahagian atas sebelah kiri papan iklan.

(Sebelum ini terdapat teks PEJABAT OPERASI di penghujung nama syarikat, kemudian telah dibetulkan kepada PEJABAT URUSAN, juga terletak di hujung nama syarikat).

Sila letakkan teks PEJABAT URUSAN (pada penghujung nama syarikat tersebut) ke bahagian penjuru atas, sebelah kiri iklan.
Lain-lain13.07.2020
Salam, Di mana boleh saya muat turun "Panduan Penyediaan Manuskrip" untuk penerbitan dalam DBP? Terima kasih

 Salam, Di mana boleh saya muat turun "Panduan Penyediaan Manuskrip" untuk penerbitan dalam DBP? Terima kasih

MAAF SAYA TIDAK DAPAT MEMBERI SECARA LENGKAP CUMA PANDUAN PENYEDIAAN MANUSKRIP SEPERTI DIBAWAH.

Setiap manuskrip mestilah mempunya tiga bahagian iaitu seperti yang diperturunkan dibawah.

PANDUAN PENYEDIAAN MANUSKRIP LENGKAP        Bahan Awalan            Bahan yang dicetak sebelum bahagian teks seperti judul separa, judul penuh, halaman hak cipta, prakata, pendahuluan, dedikasi, halaman kandungan dsb.         Bahan teks/isi            Bahagian utama dalam sesebuah buku yang mengandungi teks(isi),rajah, jadual, nota kaki, nota hujung, petikan.          Bahan akhiran            Bahan yang dicetak selepas bahagian teks termasuk lampiran, glosari dan senarai istilah, bibliografi, dan indeks.
Lain-lain15.12.2008
Bagaimana menulis aplikasi pada software. Perlukan menggunakan huruf besar atau sebaliknya. Contohnya: 1)Pelbagai aplikasi menarik seperti Google Docs, Calendar, dan Google Reader. (2) Akaun CPanel ada dua bahagian, iaitu Menu Kawalan Utama dan Maklumat Akaun Hosting.Aplikasi dalam perisian dianggap sebagai kata nama khas dan ditulis dengan huruf besar seperti Google Docs, Calendar, dan Google Reader.Ejaan25.10.2011
Tuan, Terjemahan mana yang betul bagi "Last Treatment Visit", adakah "Lawatan Akhir Rawatan" atau "Lawatan Rawatan Akhir". Ayat penuh bagi penggunaan istilah ini adalah seperti berikut: "Jika penyertaan anda dalam Bahagian B kajian utama, TRCA-303, bersambung selama lebih daripada 36 bulan (3 tahun), imbasan keempat dan terakhir akan dijalankan pada Lawatan Akhir Rawatan jika ia belum dibuat dalam tempoh 2 bulan sebelumnya."

Dalam data rujukan kami, belum terdapat padanan bahasa Melayu bagi ayat Last Treatment Visit. Walau bagaimanapun, sekiranya bersesuaian dengan konsep, kami mencadangkan Janji Temu Rawatan Terakhir sebagai padanan untuk ayat tersebut.

Penyemakan dan penterjemahan01.10.2019
Salam, bilakah tanda baca koma bertindih ( ; ) dalam ayat digunakan. Tolong beri contoh. terima kasih.

Tanda koma bertindih (;) digunakan seperti yang berikut:

1. Memisahkan dua atau beberapa klausa utama yang biasanya disambung dengan kata hubung dan, tetapi, atau, namun dan lalu. Contohnya - Membaca menambahkan ilmu; berfikir mempertajam akal;...

2. Memisahkan klausa yang dimulai dengan kata hubung juga, walau bagaimanapun, malah, di samping itu, oleh yang demikian, sesungguhnya dan sebaliknya.

3. Memisahkan klausa-klausa yang terdapat dalam sesuatu ayat. Contohnya, Karya ini menggunakan berbagai-bagai pendekatan; ada yang...

4. Memisahkan klausa yang bersiri, berlainan kategori, terutama jika bahagian-bahagian keterangannya dipisahkan oleh koma. Contohnya, Kepada mereka yang selamat, diucapkan syukur; kepada mereka yang cedera; diucapkan....

Lain-lain30.10.2010
bagaimana binaan format surat rasmi terbaharu?

Sdr. Awan, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

 Untuk makluman tuan, format surat rasmi mesti mempunyai bahagian kepala surat, badan (isi), dan penutup surat. Bahagian kepaala surat mengandungi nama, logo dan alamat penuh instutusi, diikuti nama penerima, nombor fail, tarikh dan sapaan. bahagian badan bermula dengan perkara, para pertama (penanda wacaPenulisan surat rasmi hendaklah mengikuti garis panduan yang ditetapkan dalam Pekeling Perkhidmatan Bil.5. Sila rujuk laman Jabatan Perkhidmatan Awam.na), para dua (isi utama), para tiga (isi tambahan), para empat (penutup). bahagian penutup mengandungi slogan, saya yang menjalankan tugas, tandatangan, nama, jawatan (b.p. jika perlu), dan parap.

Penulisan surat rasmi hendaklah mengikuti garis panduan yang ditetapkan dalam Pekeling Perkhidmatan Bil.5. Sila rujuk laman Jabatan Perkhidmatan Awam.

Lain-lain06.04.2009
1234567

Kembali ke atas