Salam Ramadan, 1. Bahan-bahan yang terdapat di pameran itu antaranya ialah buku, majalah dan akhbar. 2. Bahan-bahan yang terdapat di pameran itu antaranya buku, majalah dan akhbar. 3. Antara bahan-bahan yang terdapat di pameran itu ialah buku, majalah dan akhbar. | Ayat yang gramatis ialah "antara bahan yang terdapat di pameran itu ialah buku, majalah dan akhbar". | Tatabahasa | 02.08.2013 |
1.bolehkah sekiranya saya ingin meminjam bahan-bahan rujukan dan bagaimanakah caranya untuk saya berbuat demikian? 2..bolehkah saya mendapatkan maklumat dan bahan-bahan berkaitan ( Zainal Abidin Safarwan) ? | Saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP dan mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan dengan kadar bayaran sebanyak RM20.00 selama setahun. Dan saudara boleh menggunakan kemudahan KAWAT DBP untuk mencari bahan yang diperlukan. Waktu operasi Pusat Dokumentasi Melayu ialah dari hari Isnin hingga Jumaat mulai pukul 8.45 - 4.45 petang. Kecuali hari Jumaat ditutup pada waktu tengahari mulai pukul 12.15 hingga 2.45 petang. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 07.02.2009 |
Berdasarkan sedikit kajian,nyatakan keperluan penterjemahan dalam konteks masyarakat di Malaysia? | Dalam konteks masyarakat Malaysia, penterjemahan masih diperlukan bagi tujuan pemindahan ilmu. Bahan-bahan rujukan masih terdapat dalam bahasa asing, khususnya bahasa Inggeris. Oleh itu untuk memastikan sesuatu bidang ilmu itu dapat disampaikan dengan baik dan berkesan maka usaha penterjemahan bahan-bahan tersebut masih terus dilaksanakan. | Lain-lain | 27.06.2007 |
Saya berminat untuk menjadi editor/penyunting bahan-bahan keluaran DBP. Bagaimana caranya? | Sdr. boleh mengemukakan permohonan bertulis kepada: Pengarah, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 KUALA LUMPUR. Sila sertakan juga maklumat mengenai diri Sdr. untuk penelitian pihak kami. | Lain-lain | 28.04.2010 |
Adakah bahasa istana melambangkan budaya penuturnya? Apakah bahan-bahan rujukan yang bersesuaian yang boleh di rujuk berkaitan soalan di atas? | Ya, kerana penutur bahasa istana berasimilasi dengan budaya istana. laras dan ungkapan khusus dalam bahasa tersebut. Untuk maklumat lanjut Sdr. bolehlah membaca buku tentang bahasa istana yang ditulis oleh Asmah Haji Omar yang diterbitkan oleh DBp dan makalah lain tentang perkara ini. | Lain-lain | 19.08.2006 |
Tuan/ Puan, Saya seorang penulis sewasta yang ingin mengembangkan bahan-bahan belajar bahasa Cina yang sesuai digunakan oleh penutur asli Melayu. Saya ingin bertanya bolehkah saya mendapatkan perkhidmatan ini secara percuma di Perpustakaan Negara? Kalau tidak, bagaimana individu di publik boleh memohon perkhidmatan ini dan berapakah yuran tersebut? Sekian terima kasih. -- Yang benar, Kong SK | Sila berhubung dengan pihak Perpustakaan Negara Malaysia untuk tujuan tersebut. | Lain-lain | 05.04.2010 |
maksud warisan tradisional? faktor yang menyebabkan warisan tradisional semakin merosot? | Warisan tradisional ialah bahan-bahan sama ada benda atau bukan benda seperti rumah Melayu lama (benda) dan pantun (bukan benda) yang menjadi lambang atau identiti sesebuah bangsa atau suku kaum. Untuk menyatakan bahawa warisan tradisional semakin merosot pada hari ini adalah sesuatu yang subjektif. | Lain-lain | 12.02.2008 |
prasasti perakam bahasa melayu bertulis.benar atau tidak?apakah bukti-buktinya? | Saudara boleh rujuk bahan-bahan berkaitan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau pusat bahasa di IPTA/IPTS. | Lain-lain | 22.10.2009 |
Apakah terma bahasa melayu yang sesuai untuk perkataan 'advance organizer' yang biasa digunakan dalam bidang pendidikan. Ia membawa maksud bahan-bahan yang diperkenalkan kepada murid apabila mahu memulakan proses pengajaran dan pembelajaran. | Padanan yang sesuai untuk frasa ini ialah penyusun awal atau penyusun lanjutan. Penggunaannya bergantung pada konteks ayat. | Istilah | 29.06.2009 |
APAKAH YANG DIMAKSUKAN DENGAN 1. KAJIAN SEPARUH PENGAL 2. PAKEJ RANSANGAN EKONOMI HIGH IMPACT PROJECT | Saudara perlu merujuk bahan-bahan yang berkaitan dalam bidang ekonomi di IPTA atau IPTS atau ahli/pakar ekonomi untuk mendapat maklumat yang lebih lengkap. | Lain-lain | 11.08.2009 |