Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baharulah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
(1) Dia baharu mendapat cahaya mata. (2) Kemudian baharulah beliau mendapat ilham baharu dan memulakan kajian linguistik struktur. Adakah perkataan (1) baharu dan (2) baharulah dalam ayat (1) dan (2) perlu ditukar menjadi (1) baru dan (2) barulah?Yang betul ialah: Dia baru mendapat cahaya mata. Kemudian barulah beliau mendapat ilham baharu dan memulakan kajian linguistik struktur. Baru merujuk kepada tempoh masa, manakala baharu membawa maksud new dalam bahasa Melayu.Tatabahasa02.07.2007
"Ke mana kamu mahu pergi?" Tanya Ali. Huruf selepas tanda soal dan tanda seru biasanya huruf besar. Adakah penggunaan huruf besar ini betul?Tanda soal atau tanda seru mengakhiri ayat yang dibina, maka ayat baharulah selepasnya hendaklah bermula dengan huruf besar.Ejaan25.10.2019
Mohon penjelasan manakah yang betul: klinik kesihatan atau Klinik Kesihatan. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah "klinik kesihatan" kerana ia merupakan kata nama am, kecuali apabila menjadi kata nama khas seperti "Klinik Kesihatan Gombak" baharulah ditulis dengan huruf besar.Tatabahasa29.01.2013
Sila perbetul ayat ini jika ada kesalahan tatabahasa. 1. Penduduk kampung beratur dengan tertib ketika mengambil makanan dan minuman agar tidak berlaku kekelamkabutan.Ayat yang diberikan kurang tepat dari sudut tatabahasa atau tidak gramatis.  Jika perkataan kekelamkabutan itu ditukar kepada kekecohan baharulah tepat.  Sekiranya ingin menggunakan perkataan kelam-kabut ayatnya akan berbunyi "Penduduk kampung beratur dengan tertib ketika mengambil makanan dan minuman agar majlis itu tidak kelam- kabut.Tatabahasa08.09.2014
kedai pakaian kanak-kanakPerkataan itu sudah betul jika digunakan untuk papan iklan. Akan tetapi, untuk pengesahan iklan, tuan/puan hendaklah menggunakan Khidmat Pengesahan Bahasa DBP. Tuan/Puan perlu mendaftar terlebih dahulu. Selepas itu, barulah boleh mengirimkan visual iklan ke DBP. Kemudian baharulah visual tersebut disahkan lulus atau perlu dibuat penambahbaikan sebelum dibawa ke PBT untuk tujuan permohonan papan iklan. Berikut laman web yang boleh puan gunakan:

http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/pelanggan/login.aspx
Lain-lain01.08.2015
saya ingin menayakan tentang bagaimana mahu memulakan sesuatu drama?? dan apakah perlu saya buat apabila drama sekolah tersebut gagal??Untuk memulakan pengarahan sesuatu drama atau pementasan, amat perlu terlebih dahulu mengenalpasti skrip yang sesuai dan bermutu. Berdasarkan kepada skrip tersebut (setelah dianalisis), baharulah boleh mencari pelakon. Walaupun demikian, teks (skrip) dengan pengarahan adalah dua perkara yang berbeza. Andai skrip memerlukan 10 orang pelakon, seseorang pengarah yang bijak dan kreatif  boleh menjadikan hanya empat (4) orang pelakon sahaja. Dalam hal ini, kegagalan sesuatu pementasan sering dikaitkan dengan kegagalan pengarah memindahkan inti cerita teks kepada bentuk gerak dan lakonan yang bermutu. Sekian.Lain-lain16.02.2009
ulang-alik dan bolak-balik kedua-dua perkataan ini ada perbezaan ?Sila berikan maksud dan penggunaannya. Terima kasih.

Makna ulang-alik ialah kerap kali (berkali-kali) pergi dan balik, bolak-balik, mundar-mandir: empat kali Pak Pandir dgn Mak Andeh berangkut ~, baharulah habis semuanya. Olak-alik pula ialah

  • berulang-ulang, bolak-balik, tidak tetap, (berubah-ubah pendirian, pegangan, percakapan, dll);
  • Makna21.10.2009
    Perkataan terbitan: 1. Pelantikan 2. Perlantikan Wujudkan kedua-dua kata terbitan tersebut?1. Kata terbitan yang betul ialah "pelantikan" , iaitu perihal melantik. Dari kata dasar lantik, terbit kata melantik dan perihal melantik ialah pelantikan. Lazimnya apabila awalan ber- diimbuhkan kepada kata dasar seperti  jalan menerbitkan kata berjalan, dan baharulah wujud perjalanan, iaitu perihal berjalan. Tidak ada kata berlantik, maka tidak ada wujud kata perlantikan.Tatabahasa28.06.2013
    Selamat petang, sekiranya saya ingin membuat pengesahan pengunaan bahasa melayu pada papan tanda , bagaimanakah caranya? ada alamat email untuk saya hubungi untuk mendapat kelulusan ?
    Untuk pengesahan iklan, puan hendaklah menggunakan Khidmat Pengesahan Bahasa DBP. Puan perlu mendaftar terlebih dahulu. Selepas itu, barulah boleh mengirimkan visual iklan ke DBP. Kemudian baharulah visual tersebut disahkan lulus atau perlu dibuat penambahbaikan sebelum dibawa ke PBT untuk tujuan permohonan papan iklan. Berikut laman web yang boleh puan gunakan:

    http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/pelanggan/login.aspx
    Lain-lain14.07.2015
    Apakah penjodoh bilangan bagi baju dan seluar.Adakah boleh digunakan sepasang jika baju sahaja atau pun jika terdapat seluar dan baju baru boleh digunakan sepasang.Bagaimana pula dengan baju T. Sekian, terima kasihJika seluar atau baju sahaja penjodoh bilangan yang digunakan ialah sehelai dan jika berpasangan/ melengkapi satu sama lain baharulah digunakan sepasang seperti sepasang baju Melayu dan sepasang stoking.Tatabahasa28.05.2012
    123

    Kembali ke atas