Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bahasa yg mampu menjadi perantaraan bagi penyampaian ilmu pengetahuan sehingga ke peringkat tinggi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
ilmu (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan pengetahuan, kepandaian, kepakaran, keahlian, kemahiran, kebijakan, kebijaksanaan, kepintaran, pelajaran, pendidikan, seni, sains;,
Kata Terbitan : berilmu, keilmuan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bahasa ilmu ialah bahasa yang mampu menjadi perantara untuk menyampaikan ilmu pengetahuan hingga ke peringkat lebih tinggi. Berdasarkan pernyataan tersebut, sejauh manakah bahasa Melayu boleh mencapai tahap bahasa ilmu?

Puan,

Jawapan untuk soalan begini memerlukan pembacaan dan kajian kepustakaan. Sila rujuk buku, kertas kerja  atau makalah di perpustakaan atau di pusat sumber di tempat puan.

Lain-lain11.08.2010
Huraian bagi bahasa ilmu, bahasa perpaduan, bahasa komunikasi, dan bahasa rasmi.Bahasa ilmu ialah bahasa yang berperanan sebagai wahana untuk menyebarluaskan ilmu, pengetahuan dan maklumat kepada pengguna. Bahasa perpaduan ialah bahasa yang digunakan dalam komunikasi antara masyarakat pelbagai kaum dan berperanan sebagai alat perpaduan dalam usaha menyatukan rakyat pelbagai kaum. Bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan dalam semua bentuk urusan rasmi dan menjadi bahasa kebangsaan kita seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan negara ini. Dalam hal ini bahasa Melayu ialah bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan kita.Makna08.07.2007
salam..terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih diatas jawapan yang telah di berikan..saya ingin bertanya apakah pendapat tentang bahasa melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa perpaduan?

Puan Norshila terima kasih kerana menghubungi KNBDBP

Bahasa Melayu sudah terbukti menjadi bahasa ilmu melalui penggubalan pelbagai istilah dalam pelbagai bidang cabang ilmu. Bahasa Melayu juga terbukti sebagai bahasa ilmu apabila kebanyakan penerbitan baik dalam bentuk buku, makalah dan banyak lagi penerbitan telah menterjemahkan ilmu dalam pelbagai bidang- pemindahan ilmu - ke dalam bahasa Melayu.

Melalui perpaduan kaum pula tidak perlu diperjelaskan kerana perkara ini telahpun termaktub dalam  Perlembagaan Malaysia Perkara 152 yang menjelakan bahawa bahasa Melayu adalah bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara ini. Terima kasih

Makna03.09.2009
apakah fungsi bahasa melayu dan komunikasi interpersonal..

Saudara Ismah,

Fungsi bahasa Melayu adalah sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa ilmu, bahasa perpaduan. Komunikasi ialah "satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea dan fikiran seseorang individu kepada individu/sekumpulan individu yang lain". Komunikasi interpersonal merujuk proses komunikasi antara individu (lebih daripada seorang individu), atau antara manusia. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku/makalah yang berkaitan di perpustakaan atau di pusat sumber di tempat saudara.

Lain-lain14.04.2010
1.apakah peranan bahasa-bahasa di malaysia setelah malaysia menjangkau usia kemerdekaan 50 tahun? 2.apakah kepentingan bahasa dalam mempelajari sesuatu ilmu?Peranan bahasa kebangsaan dalam menjangkau usia 50 tahun adalah sebagai bahasa perpaduan, bahasa ilmu, bahasa ekonomi, bahasa undang-undang dan bahasa teknologi maklumat (TMK). Jawapan 2: Menerusi penguasaan bahasa yang baik dan tinggi, seseorang itu akan dapat menimba pelbagai ilmu dalam pelbagai bidang. Sekiranya penguasaan bahasa seseorang itu lemah, maka mereka akan menghadapi masalah atau kesukaran untuk memperoleh ilmu daripada pelbagai sumber.Lain-lain06.09.2007
Maklumat tentang : fungsi bahasa malaysia?Bahasa Malaysia ialah bahasa kebangsaan/bahasa rasmi, bahasa pengantar sistem persekolahan, bahasa komunikasi sosial, bahasa ilmu, bahasa teknologi maklumat, dan bahasa perpaduan.Lain-lain24.01.2008
Cabaran Bahasa Melayu sebagai bahasa Ilmu: dan rujukan-rujukan terperinci yang boleh didapati pembaca bagi tujuan tesis Kolej dan Universiti.Saudara boleh membuat rujukan melalui Pustaka Digital dalam  Laman DBP, atau merujuk makalah tentang perkara ini dalam majalah dan akhbar tempatan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau di perpustakaan di institusi pengajian tinggi, awam dan swasta. Lain-lain16.05.2008
terangkan dengan lebih jelas BM sebagai bahasa ilmuBM dapat mengunggapkan pelbagai ilmu, dan seterusnya mengembangkan ilmu pengetahuan jika dibandingkan bahasa perbualan yang digunakan untuk berbual sahaja.Lain-lain29.08.2006
Apakah fungsi-fungsi Bahasa Melayu di Malaysia?Fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa pengantar di peringkat sekolah rendah, menengah dan universiti, bahasa ilmu, bahasa perpaduan, bahasa komunikasi sosial, dan bahasa dalam urusan rasmi kerajaan.Lain-lain03.01.2007
Assalamualaikum. Says ingin tahu tentang Bahasa Melayu Dalam perniagaan? Terima kasihBahasa Melayu juga menjadi bahasa pentadbiran, bahasa ilmu, bahasa teknologi maklumat, bahasa dalam bidang ekonomi, undang-undang dan perniagaan. Dalam usaha memperkasakan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan rakyat Malaysia, pihak kerajaan terus melaksanakan program pemerkasaan bahasa Melayu dalam semua aspek kehidupan agar wujud sikap megah bahasa dan jati diri. Untuk maklumat lanjut, sila dapatkan maklumat di perpustakaan, ruang yang terhad ini tidak dapat memberikan maklumat yang rinci tentang tajuk tugasan.Lain-lain27.11.2015
12345678910...

Kembali ke atas