contoh-contoh bahasa kasar | Bahasa kasar digunakan apabila berhubung dengan teman-teman yang karib dan setaraf, serta dalam suasana yang sangat tidak formal. Biasanya dakam suasana yang bersifat peribadi atau ketidakhadiran orang ketiga. Sila buat kajian/penyelidikan dengan mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana perpustakaan/pusat sumber. | Istilah | 26.10.2009 |
apakah yang dimaksudkan dengan bahasa halus dan bahasa kasar?contoh-contoh bahasa halus dan bahasa kasar?apakah ciri-ciri bahasa halus dan bahasa kasar?dan apakah kesan dalam kehidupan masyarakat kita.memandangkan negara kita semakin maju dan moden dan berada pada alaf baru,agak berbeza penggunaannya dalam kehidupan pada masyarakat sekarang.dan bagaimana ianya dikategorikan memandangkan negara kita ini merupakan negara yang berbilang kaum, berbilang agama dan juga bangsa. | Bahasa halus yang saya fahami lebih ditumpukan kepada kesantunan berbahasa, bahasa halus juga kadang-kala merujuk kepada bahasa istana. Bahasa kasar pula lazimnya digunakan apabila berhubung dengan teman-teman yang karib dan setaraf, serta dalam suasana yang sangat tidak formal. Biasanya dakam suasana yang bersifat peribadi atau ketidakhadiran orang ketiga. Untuk mendapatkan penerangan yang lebih sila dapatkan buku Prof. Dr. Asmah Hj. Omar yang telah mengupas agak panjang tentang kesantunan berbahsa dan sila buat kajian/penyelidikan dengan mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana perpustakaan/pusat sumber. | Lain-lain | 20.07.2010 |
bahasa kasar dan bahasa halus | Bahasa kasar bermaksud bahasa yang tidak sopan atau tidak manis dituturkan atau ditulis, manakala bahasa halus ialah bahasa atau perkataan yang lebih lembut yang digunakan untuk menggantikan perkataan yang dirasakan kasar atau menyentuh perasaan orang lain, misalnya bahasa dalam kalangan raja-raja. | Makna | 21.08.2010 |
Soalan 1. Apakah yang dimaksudkan bahasa tidak sopan atau kasar? 2. Apakah jenis-jenis bahasa tidak sopan atau kasar? 3. Apakah sebab-sebab timbulnya bahasa tidak sopan atau kasar ini? Terima kasih. | Bahasa kasar ialah bahasa yang digunakan apabila berhubung dengan teman-teman karib dan setaraf, serta dalam suasana yang sangat tidak formal. Biasanya dalam suasana yang bersifat peribadi atau ketidakhadiran orang ketiga. Untuk lebih memahami tentang tajuk tersebut, rujuk buku yang berkaitan dengan santun bahasa, artikel atau kertas kerja yang berkaitan dengan tajuk berkenaan. | Lain-lain | 25.09.2011 |
apakah jenis bahasa tidak sopan | Bahasa tidak sopan atau bahasa kasar antaranya digunakan apabila berhubung dengan teman-teman yang karib dan setaraf, serta dalam suasana yang sangat tidak formal. Biasanya dalam suasana yang bersifat peribadi atau ketidakhadiran orang ketiga. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berserta contoh sila rujuk buku, makalah dan kertas kerja yang berkaitan dengan mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau mana-mana perpustakaan yang berhampiran. | Makna | 21.10.2011 |
Saya ingin mengetahui tentang apakah yang dimaksudkan dengan taboo dalam bahasa melayu?Adakah ia mempunyai kaitan dengan penggunaan bahasa kasar dan bahasa halus dalam bahasa melayu?Adakah ia juga berkaitan dengan kesantunan berbahasa dalam kalangan masyarakat?Apakah yang dimaksudkan dengan sosiolinguistik? | Taboo dalam bahasa Melayu bermaksud pantang larang (kepercayaan) dan tiada kaitan ddn bahasa halus atau kasar. Sosiolinguistik ialah kajian bahasa dlm hubungannya dgn struktur dan sikap masyarakat. | Makna | 19.07.2007 |
Mengapakah masih ada papan tanda atau iklan yang dipaparkan tidak menggunakan perkataan yang mempunyai ayat yang lengkap dan formal dan bukannya bahasa kasar@rojak?Oleh sebab itu para pelajar pada masa kini lebih banyak didedahkan kepada penggunaan bahasa yang tidak sistematik..mengapa tidak ada pantauan?sila jelaskan? | Sdr. Naruto, usaha pemantauan memang kerap kami lakukan ini termasuklah surat-surat teguran yang dihantar kepada syarikat atau agensi kerajaan yang melakukan kesalahan dalam apa juga jenis paparan yang ditujukan untuk umum. Selain iklan pihak DBP juga turut membuat pemantauan tulisan yang diterbitkan melalui majalah, surat khabar dan sebagainya. Untuk pengetahuan Sdr. juga DBP sering membantu pihak berkuasa tempatan untuk meluluskan sesuatu iklan yang ingin disiarkan atau yang hendak dinaikkan.Pendeknya setiap iklan yang menggunakan bahasa Melayu sebelum disiarkan hendaklah penggunaan bahasanya diluluskan oleh DBP sebelum lesen kebenaran iklan itu dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan Terima kasih. | Lain-lain | 14.09.2007 |
Salam tuan. 1.Tolong berikan definisi bahasa tidak sopan dan jenis-jenisnya. 2. Faktor yang menyebabkan berlaku bahasa tidak sopan dalam kalangan masyarakat. 3. Cadangan untuk membendung fenomena ini berlaku. | Bahasa tidak sopan atau bahasa kasar lazimnya digunakan apabila berhubung dengan teman-teman yang karib dan setaraf, serta dalam suasana yang sangat tidak formal. Biasanya dakam suasana yang bersifat peribadi atau ketidakhadiran orang ketiga. Untuk maklumat lanjut, sila buat kajian/penyelidikan dengan mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana perpustakaan/pusat sumber. | Lain-lain | 02.11.2011 |
apakah jenis-jenis bahasa tidak sopan | Bahasa tidak sopan atau bahasa kasar antaranya digunakan apabila berhubung dengan teman-teman yang karib dan setaraf, serta dalam suasana yang sangat tidak formal. Biasanya dalam suasana yang bersifat peribadi atau ketidakhadiran orang ketiga. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berserta contoh sila rujuk buku, makalah dan kertas kerja yang berkaitan dengan mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau mana-mana perpustakaan yang berhampiran. | Makna | 21.10.2011 |
Apa beza bahasa dalam, bahasa halus, bahasa istana dan, bahasa bangsawan ? | Bahasa dalam ialah bahasa kehormatan (bahasa yg dipakai di istana); bahasa halus ialah bahasa atau perkataan lain yg lebih lembut yg digunakan utk menggantikan perkataan yg dirasakan kasar atau menyentuh perasaan orang lain (mis meninggal dunia utk menggantikan perkataan mati dsb); bahasa istana ialah bahasa yang digunakan di istana dan digunakan oleh kerabat diraja/golongan istana dalam sistem komunikasi antara mereka seperti panggilan gelaran-gelaran, dan sebagainya, manakala bahasa bangsawan pula ialah bahasa yang digunakan bagi kelas-kelas masyarakat yang berbudi halus. | Istilah | 31.08.2009 |