1) Apakah bahasa kuno , bahasa klasik dan bahasa moden ? 2) Apakah perbezaan antara bahasa kuno , bahasa klasik , dan moden ? | Bahasa kuno ialah bahasa Melayu yg digunakan pd zaman dahulu; bahasa moden ialah bahasa yg masih hidup dan berkembang serta digunakan sehingga hari ini, mis bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Inggeris; bahasa klasik boleh disandarkan maknanya kepada muzik klasik yg bersifat serius dan abadi nilainya; tertinggi mutunya dan menjadi standard kpd yg lain. Mencari perbezaan antara ketiga-tiga bahasa tersebut adalah dgn melihat kepada makna-makna bahasa tersebut. | Makna | 18.08.2007 |
slm... saya x jumpa 'KHIDMAT PENGESAHAN BAHASA'. hanya jumpe Khidmat nasihat bahasa... saya ingin memohon lesen perniagaan... dan ingin sertakan visual papantanda syarikat untuk pengesahan bahasa sebelum attach sekali kepada Majlis perbandaran tempat saya... Urgenttt.... | Sila lihat domain ketiga selepas Khidmat Nasihat Bahasa, Pantau Tegur Bahasa dan ketiga Khidmat Pengesahan Bahasa DBP. | Lain-lain | 06.04.2012 |
apa perbezaan bahasa Sanskrit dan bahasa melayu | Bahasa Sanskrit ialah bahasa agama Hindu dan bahasa kelas atasan yang digunakan dengan meluas. Dalam Kamus Dewan Perdana, bahasa Sanskrit ialah bahasa yang direkodkan sebagai bahasa tertua dalam keluarga Indo-Eropah, digunakan dalam agama, falsafah dan kesusateraan Hindu di India, dituturkan pada sekitar 1500 – 600 Sebelum Masihi. Bahasa Melayu ialah bahasa Melayu yang tergolong dalam cabang Nusantara daripada rumpun bahasa Austronesia. Dibahagikan kepada tiga tahap, iaitu bahasa Melayu kuno, klasik dan moden. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 3 – 40 berkaitan dengan sejarah dan variasi bahasa. | Lain-lain | 24.08.2023 |
Penggunaan Johan, Naib Johan, Ketiga dan Juara, Naib Juara & Juara Ketiga yang mana sesuai dan betul untuk pertandingan melukis/menulis? Terima kasih | Penganjuran pertandingan bakat seperti melukis atau menulis tidak terikat pada peraturan penamaan kategori kedudukan pemenang, dan dalam konteks anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, lazimnya penganjur menamakan kedudukan sebagai Tempat Pertama, Tempat Kedua dan seterusnya. Pun begitu, menurut pandangan Pentadbir, perkara ini tertakluk pada amalan sedia ada atau yang mungkin diperincikan dalam buku panduan tertentu pihak penganjur. Atas pertimbangan kesesuaian konteks umum, disyorkan menggunakan sama ada Johan/Naib Johan/Tempat Ketiga (pada skala kebangsaan atau antarabangsa) atau Juara/Naib Juara/ Tempat Ketiga (pada skala sederhana/kecil). | Tatabahasa | 08.05.2025 |
apakah yang dimaksudkan dengan bahasa halus dan bahasa kasar?contoh-contoh bahasa halus dan bahasa kasar?apakah ciri-ciri bahasa halus dan bahasa kasar?dan apakah kesan dalam kehidupan masyarakat kita.memandangkan negara kita semakin maju dan moden dan berada pada alaf baru,agak berbeza penggunaannya dalam kehidupan pada masyarakat sekarang.dan bagaimana ianya dikategorikan memandangkan negara kita ini merupakan negara yang berbilang kaum, berbilang agama dan juga bangsa. | Bahasa halus yang saya fahami lebih ditumpukan kepada kesantunan berbahasa, bahasa halus juga kadang-kala merujuk kepada bahasa istana. Bahasa kasar pula lazimnya digunakan apabila berhubung dengan teman-teman yang karib dan setaraf, serta dalam suasana yang sangat tidak formal. Biasanya dakam suasana yang bersifat peribadi atau ketidakhadiran orang ketiga. Untuk mendapatkan penerangan yang lebih sila dapatkan buku Prof. Dr. Asmah Hj. Omar yang telah mengupas agak panjang tentang kesantunan berbahsa dan sila buat kajian/penyelidikan dengan mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana perpustakaan/pusat sumber. | Lain-lain | 20.07.2010 |
1- Adakah bahasa melayu dan bahasa indonesia disifatkan merupakan bahasa yang sama di peringkat antarabangsa? 2- Bagaimanakah cara terselamat untuk bertutur bahasa melayu/indonesia tanpa menyisihkan warga asing yang hanya belajar antara bahasa melayu atau bahasa indonesia sahaja? 3-Bolehkah kita bertukar-tukar istilah antara bahasa melayu dan bahasa indonesia selagi istilah tersebut mempunyai rekod didalam kamu dbp? Kerana, industri yang menekankan pasaran seperti muzik telah menerima pakai perkataan indonesia seperti coba, meski, ujung, dll. Terima kasih. | 1. Bahasa Melayu dan bahasa Indonesia termasuk dalam kumpulan bahasa Nusantara. 2. Tidak timbul isu menyisihkan warga asing yang hanya belajar dalam bahasa Melayu atau bahasa Indonesia kerana kedua-duanya serumpun. 3. Dalam pembentukan istilah, telah ditubuhkan Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) menjadi tapak langsung kerjasama kebahasaan pada peringkat ASEAN, khasnya dalam bidang penyelarasan peristilahan antara ketiga-tiga negara. Tidak ada konsep ‘bertukar-tukar istilah’ sebaliknya penyelarasan istilah diputuskan oleh MABBIM ini.
| Penyelidikan | 26.02.2017 |
apakah bahasa antara, pemindahan bahasa dan pengaruh bahasa? sekiranya mengkaji penulisan bagi ketiga-tiga aspek tersebut, apakah perbezaan kaedah menganalisis? | Dicadangkan soalan ini dikemukakan kepada pakar bidang Linguistik di IPTA bagi mendapatkan jawapan tepat. | Lain-lain | 13.01.2007 |
Indonesia termasuk dalam kepulauan melayu Yang menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa pertuturan namun sekarang Indonesia menekankan bahawa negara Indonesia menggunakan bahasa indonesia.adakah bahasa melayu dan bahasa Indonesia berasal dari salah silah yang sama dan sekiranya bahasa Indonesia dari Salah silah bahasa melayu, mengapa Indonesia tidak mengiktirah bahasa melayu di Indonesia | Bahasa Melayu dan bahasa Melayu Indonesia dikatakan berasal daripada rumpun bahasa yang sama, iaitu Austronesia. Rumpun bahasa Austronesia ini pula terbahagi kepada empat, iaitu Polinesia, Melanesia, Mikronesia dan Nusantara. Walau bagaimanapun, persoalan berkaitan dengan Indonesia tidak mengiktiraf bahasa Melayu di Indonesia bukanlah persoalan tentang bahasa dan pihak kami tidak dapat memberikan maklum balas berkaitan dengan perkara tersebut. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 3 – 40 berkaitan dengan sejarah dan variasi bahasa.
| Lain-lain | 24.08.2023 |
Definasi tatabahasa? Definasi ayat? Apakah binaan ayat? Apakah ayat majmuk? Ertinya -gabungan? pancangan? keterangan? | 1. Definasi tatabahasa - Tatabahasa merupakan peraturan atau sistem sesuatu bahasa, iaitu cara sesuatu bahasa itu digunakan sama ada dalam bentuk tulisan ataupun lisan. 2. Definasi ayat? - Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap, yang pengucapannya dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang sempurna. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 432. 3. Apakah binaan ayat tunggal? - Ayat tunggal ialah ayat yang terbina daripada dua bahagian, iaitu subjek dan predikat. subjek ialah bahagian ayat yang diterangkan, dan predikat ialah ayat yang menerangkan subjek. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 463. 4. Apakah ayat majmuk? - Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 497. 5. Ayat majmuk gabungan? - Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti dan, atau, tetapi, dan sebagainya. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 498. 6. Ayat majmuk pancangan? - Ada ayat majmuk terdiri daripada beberapa ayat yang kedudukan antara ayat itu tidak sama. Dalam ayat majmuk gabungan terdapat dua ayat atau lebih yang bersifat sama taraf, yakni masing-masing dapat berdiri sendiri. Sebaliknya, dalam ayat majmuk pancangan terdapat satu ayat utama atau ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan di dalam ayat induk dan menjadi sebahagian daripada ayat induk.Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 504. 7. Ayat majmuk keterangan? - Ayat majmuk keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat induk dan satu ayat kecil atau lebih yang berfungsi sebagai keterangan kepada predikat. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 514. | Tatabahasa | 28.05.2008 |
Jenis bahasa yang diguna pakai masyarakat melayu | Jenis bahasa yang diguna pakai ialah rumpun bahasa Austronesia yang terdiri daripada empat cabang, iaitu kumpulan bahasa Nusantara, kumpulan bahasa Polinesia, kumpulan bahasa Melanesia dan kumpulan bahasa Mikronesia. Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 3-5. | Lain-lain | 30.04.2008 |