Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bahasa spt yg digunakan sewaktu bercakap; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ragam bahasa yg digunakan dlm pertuturan, iaitu sewaktu bercakap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lisan
Kata Terbitan : melisankan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah ciri atau sifat bahasa lisan?Bahasa lisan atau bahasa percakapan merupakan bahasa yang digunakan dalam percakapan semasa berkomunikasi. Bahasa lisan lebih bersifat tidak formal. Lisan bermaksud sesuatu yang diucapkan(tidak ditulis).Tatabahasa19.07.2007
Apakah ciri atau fungsi bahasa lisan?Bahasa lisan atau bahasa percakapan merupakan bahasa yang digunakan dalam percakapan dan lebih bersifat tidak formal. Lisan bermaksud sesuatu yang diucapkan (tidak bertulis).Tatabahasa19.07.2007
Assalamualaikum, adakah menjadi kesalahan sekiranya kita menggunakan bahasa lisan dan bahasa pasar/basahan untuk penulisan tidak formal seperti novel/cerpen dan artikel bukan ilmiah? adakah istilah lisan/pasar ini perlu dibezakan daripada istilah penulisan yang skema? jika perlu dibezakan, bagaimanakah cara yang betul untuk membezakannya? contohnya, kebiasaan penulis membezakan bahasa bukan melayu dengan menjadikannya Italic. adakah bahasa pasar ini perlu di-Italic juga atau ada cara lain? Terima kasih.Dalam penulisan kreatif bahasa lisan ialah dialog yang digunakan dalam penceritaan tersebut. Dialog lazimnya dibubuh tanda petik (" ").Tatabahasa04.03.2015
apakah kepelbagaian bentuk bahasa?Bentuk Bahasa yang dimaksudkan ilah ragam bahasa, iaitu bahasa tulisan, bahasa lisan,bahasa daerah dan bahasa moden. Tatabahasa01.03.2008
mengapakah sebuah ayat tidak boleh dimulakan dengan 'Amnya'?Penggunaan "amnya" dalam di pangkal ayat tidak digalakkan kerana kurang gramatis dalam penulisan kecuali bahasa lisan atau percakapan. Perkataan seperti "amnya", "umumnya" dan lain-lain  perlu didahului oleh kata hubung seperti pada keseluruhannya, secara amnya, secara umumnya dan lain-lain. Frasa "secara amnya" digunakan sebagai penanda wacana yang menjelaskan idea utama yang dinyatakan.Tatabahasa26.10.2013
Saya nak tanya tentang perbezaan antara "Akhir sekali" dengan "Akhirnya". Adakah kedua-duanya boleh digunakan dalam petikan berikut? Akhir sekali / Akhirnya, kita juga perlu menghormati ibu bapa kita.Ungkapan 'akhir sekali' sering dikaitkan dengan perkara yang paling akhir dilaksanakan dan hanya digunakan dalam bahasa lisan. Manakala 'akhirnya' boleh digunakan sebagai penanda wacana. Namun, penggunaannya dalam ayat 'Akhirnya kita juga perlu menghormati ibu bapa kita' tidak tepat. Lebih baik sekiranya diubah menjadi 'Kita mesti menghormati ibu bapa kita'.Tatabahasa22.02.2007
Berikan jenis-jenis kesantunan secara luas dan juga definisi kesantunan secara am.

Assalamualaikum Encik Saipudin,

Kesantunan ialah perihal (sifat dsb) santun, kesopanan, kehalusan (budi bahasa atau budi pekerti): baik dlm bahasa lisan ataupun tulisan, ~ itu sama pentingnya;

Dalam kalangan orang Melayu, kesantunan dapat dilihat melalui pelbagai perkara. Malahan sejak kita kecil lagi kita telah diajar bagaimana untuk bersopan santun apabila bercakap dengan orang yang lebiah tua, bagaimana hendak membahasakan diri dan juga bagaimana hendak menegur sapa mengikut peringkat umur seseorang.

Encik juga boleh mendapatkan maklumat ini melalui laman web dan juga buku-buku yang banyak dijual di kedai-kedai buku.

Makna19.02.2010
Rangkai kata 'tidak kisah' tidak betul kerana 'kisah' tidak bererti peduli atau endah. Setuju?Mengikut Kamus Dewan Edisi 4, makna kisah ialah hal, cerita,riwayat, kejadian. Tidak ada keterangan yang menunjukkan kata ini membawa makna peduli atau endah. Walau bagaimanapun dari segi penggunaan harian dan dalam konteks bahasa lisan rangkai kata tidak kisah digunakan secara meluas dalam percakapan.Makna23.07.2007
Salam sejahtera. Saya ingin tahu :Adakah frasa"akhir sekali" atau "akhirnya" dapat digunakan sebagai penanda wacana untuk penutup perenggan seperti penanda wacana lain "kesimpulannya" ,"Tuntasnya" dan "Konklusinya"? ribuan terima kasih kepada tuan/puanUngkapan 'akhir sekali' sering dikaitkan dengan perkara yang paling akhir dilaksanakan dan hanya digunakan dalam bahasa lisan. Manakala 'akhirnya' boleh digunakan sebagai penanda wacana iaitu penanda penghubung tempoh. Penghubung tempoh ialah penanda penghubung yang menunjukkan urutan masa atau siri berlakunya sesuatu.Tatabahasa23.02.2013
Saya ingin bertanya mengenai penggunaan perkataan "ke" yang seringkali menjadi pengganti perkataan "kah" seperti contoh: "Ada ke awak pasti" / "Adakah awak pasti". Bolekah ini diterima? Sekian, terima kasih!Untuk makluman, ayat tanya yang betul ialah "Adakah awak pasti?". Manakala, ayat tanya "Ada ke awak pasti?" lazimnya hanya digunakan dalam bahasa lisan.Tatabahasa21.04.2020
123456789

Kembali ke atas