| Bagaimanakah ejaan yang betul, Bahasa Melayu atau bahasa Melayu? Contoh ayat: Raju mahir bertutur dalam Bahasa/bahasa Melayu. | Jawapan yang betul ialah "Raju mahir bertutur dalam bahasa Melayu." | Ejaan | 30.08.2023 |
| Terima kasih atas jawapan kepada soalan saya: Bagaimanakah ejaan yang betul, Bahasa Melayu atau bahasa Melayu? Contoh ayat: Raju mahir bertutur dalam Bahasa/bahasa Melayu. Mengapakah perkataan bahasa dalam ayat itu tidak dieja dengan huruf besar (Bahasa Melayu) ? | Ejaan dan ayat yang betul ialah “Raju mahir bertutur dalam bahasa Melayu”. Frasa “Bahasa Melayu” yang dieja dengan huruf B dan M besar bagi merujuk mata pelajaran di sekolah. | Ejaan | 05.09.2023 |
| 1. buku teks Bahasa Melayu atau buku teks bahasa Melayu? Dalam situasi apakah bahasa Melayu digunakan sebagai kata nama khas? 2. buku teks Matematik atau buku teks matematik? | - Frasa yang tepat ialah ‘buku teks Bahasa Melayu’. Frasa ‘Bahasa Melayu’ yang dieja dengan huruf B dan M besar bagi merujuk mata pelajaran di sekolah.
- Frasa yang tepat ialah ‘buku teks Matematik’. Perkataan ‘Matematik’ yang dieja dengan huruf M besar bagi merujuk mata pelajaran di sekolah.
| Tatabahasa | 28.05.2024 |
| Apakah maksud bahasa melayu klasik? | Bahasa Melayu Klasik merujuk kepada bentuk bahasa Melayu yang digunakan pada zaman silam, terutamanya dari abad ke-13 hingga abad ke-19. Bahasa Melayu Klasik merupakan bahasa yang dipakai dalam penulisan dan percakapan di wilayah Nusantara, seperti Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera, dan kawasan sekitarnya, sebelum bahasa Melayu moden berkembang. Berikut merupakan beberapa buku rujukan yang berkaitan dengan bahasa Melayu Klasik, sesuai untuk memahami sejarah, perkembangan, dan ciri-ciri bahasa tersebut: - "Sejarah Bahasa Melayu" oleh Asmah Haji Omar
- Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
- Buku ini memberikan gambaran menyeluruh tentang perkembangan bahasa Melayu, termasuk tempoh Bahasa Melayu Klasik.
-
- "Bahasa Melayu Klasik" oleh Abdullah Hassan
- Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
- Buku ini secara khusus membincangkan tentang ciri-ciri bahasa Melayu Klasik dan evolusinya hingga ke bahasa Melayu moden.
-
- "Kesenian Bahasa Melayu Klasik" oleh Abdul Hadi W.M.
- Penerbit: Penerbit Universiti Malaya
- Fokus kepada penggunaan seni bahasa dalam kesusasteraan Melayu Klasik seperti hikayat dan pantun.
| Penyelidikan | 09.09.2024 |
| apakah perbezaan di antara bahasa melayu klasik dan bahasa melayu standard | Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2010) halaman 177 dan 178, bahasa Melayu klasik ialah bahasa Melayu yang digunakan pada sekitar abad ke-13 hingga abad ke-19, iaitu semasa zaman Kerajaan Melaka, Aceh dan Johor-Riau dalam sastera lisan dan tulisan, seperti yang terdapat dalam karya-karya Melayu lama, misalnya Tuhfat al-Nafis dan Sejarah Melayu. Bahasa Melayu klasik ini mengandungi banyak kosa kata klasik seperti pawana, arakian, sahaya, masyghul dan syahadan. Bahasa Melayu standard ialah bahasa Melayu baku yang teratur dan mantap pelbagai aspeknya seperti ejaan, bentuk kata dan tatabahasa yang diterima oleh masyarakat sebagai norma penggunaan yang betul atau sahih, dan digunakan dalam perhubungan rasmi, tulisan ilmiah atau perbicaraan umum. | Makna | 03.09.2024 |
| Terdahulu, saya mengajukan pertanyaan berhubung penulisan nama negara dalam Bahasa Melayu. Jawapan DBP seperti berikut: Nama negara dalam penulisan bahasa Melayu hendaklah dieja dalam bahasa Melayu atau diterjemahkan jika perlu. Nama yang digunakan hendaklah berdasarkan senarai nama negara dalam bahasa Inggeris yang diterbitkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Senarai nama dalam bahasa Melayu hendaklah mengikut senarai yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Contoh: Negara Italy ditulis sebagai Itali. Untuk mendapatkan senarai nama yang lebih tepat untuk penggunaan nama negara dalam bahasa Melayu, sila rujuk Garis Panduan Penentuan Nama Geografi oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Justeru, soalan selanjutnya adalah berdasarkan ayat berikut: "Senarai nama dalam bahasa Melayu hendaklah mengikut senarai yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Contoh: Negara Italy ditulis sebagai Itali." Apakah penerbitan yang diterbitkan oleh DBP yang menyenaraikan nama negara berdaulat dalam Bahasa Melayu. Rujukan telah dibuat kepada Garis Panduan Penentuan Nama Geografi oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Maklumat terjemahan dari nama asal kepada Bahasa Melayu tidak dilampirkan. | Untuk makluman puan, tidak semua nama tempat/negara terakam dalam data terbitan kami. Begitu juga dengan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) yang tidak menyenaraikan semua nama tempat dan hanya beberapa tempat/negara sebagai contoh dalam penamaan. Sebagai alternatif, puan bolehlah merujuk buku terbitan DBP, iaitu Gaya Dewan (hlm. 414 - 423) dan Kamus Dewan Perdana untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Selain itu, puan juga boleh merujuk Wisma Putra, Kementerian Luar Negeri untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai ejaan yang betul untuk nama-nama negara. | Ejaan | 31.01.2025 |
| Mengapa Bahasa melayu mendapat pinjaman kata dari Bahasa lain Dan adakah bahasa Melayu merupakan bahasa Yang mundur | Bahasa Melayu menerima pinjaman daripada pelbagai bahasa disebabkan penjajahan Inggeris dan Belanda. Walau bagaimanapun, bahasa Melayu tidak boleh dianggap mundur kerana bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan menjadi bahasa rasmi negara, bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan awam dan bahasa pengantar serta bahasa ilmiah di sekolah dan istitusi-institusi pengajian tinggi. | Lain-lain | 24.08.2023 |
| Ejaan mana satu adalah betul? Bahasa Melayu? Atau bahasa Melayu? | Yang betul ialah, bahasa Melayu. | Lain-lain | 16.10.2023 |
| Asal usul bahasa Melayu | Asal usul bahasa Melayu boleh ditelusuri melalui sejarah panjang perkembangan bahasa dan budaya di rantau Nusantara. Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa dalam rumpun Austronesia, iaitu keluarga bahasa yang digunakan di kawasan Asia Tenggara, Pasifik, dan sebahagian Madagascar. Berikut merupakan beberapa buku yang membincangkan asal usul bahasa Melayu, termasuk sejarah dan perkembangan awal bahasa tersebut: - "Sejarah Bahasa Melayu" oleh Asmah Haji Omar
- Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
- Buku ini memberikan gambaran komprehensif mengenai perkembangan bahasa Melayu dari zaman purba hingga moden.
- "The Malay Language: Its Origin and Development" oleh Dato’ Dr. Hassan Ahmad
- Penerbit: Penerbit Universiti Malaya
- Buku ini mengkaji asal usul bahasa Melayu dan perkembangannya dalam konteks sejarah dan budaya.
- "Language and Society in the Malay World" oleh Peter G. Schmid
- Penerbit: NUS Press
- Buku ini membincangkan tentang bahasa Melayu dalam konteks masyarakat dan sejarah di kawasan Nusantara.
- "Prehistory of the Indo-Malaysian Archipelago" oleh Peter Bellwood
- Penerbit: ANU Press (Australian National University Press)
- Buku ini meneliti migrasi awal manusia ke kawasan Asia Tenggara, termasuk perkembangan awal bahasa Melayu.
| Lain-lain | 09.09.2024 |
| Soalan sy.. Adakah perkataan kulkas dlm kamus dewan adalah perkataan bahasa melayu atau pinjaman? Adakah bahasa melayu juga mnyerap perkataan belanda? | 1. Menurut Kamus Dewan Perdana (2020) kata kulkas digunakan dalam bahasa Melayu di Indonesia. Semua bahasa di dunia menerima kata pinjaman, termasuklah bahasa Melayu. 2. Ya. Terdapat kosa kata bahasa Melayu yang menerima kata daripada bahasa Belanda. | Makna | 23.04.2024 |