bahasa kebangsaan yang digunapakai sekarang disebut /digelar Bahasa Malaysia @ Bahasa Melayu? | Di dalam Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Oleh yang demikian, perkataan bahasa Melayu lebih tepat digunakan. | Lain-lain | 04.05.2012 |
pertanyaan tentang penggunaan perkataan dalam bahasa Melayu; Adakah perkataan "enfocement" digunapakai dalam bahasa Melayu? Sekiranya tidak, apakah perkataan yang sesuai digunakan bagi menggantikan perkataan "penguatkuasaan"? Ada sebarang nasihat daripada pihak tuan berhubung penggunaan perkataan tersbeut? Terima kasih. | Merujuk pangkalan data DBP dalam semua bidang, perkataan “enforcement” hanya diberikan satu sahaja padanan dalam bahasa Melayu, iaitu “penguatkuasaan”. | Makna | 24.02.2014 |
Adakah perkataan REGALIA boleh digunapakai dalam bahasa Melayu? | Regalia ialah bahasa Inggeris. Istilah bahasa Melayu untuk regalia ialah jata atau juga dikenali dengan alat kebesaran. | Istilah | 03.01.2009 |
Bagaimanakah pembentukan bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu?? Mengapakah terdapat perkataan yang diserapkan ke dalam bahasa Melayu mempunyai perkataan dalam bahasa Melayu yang tidak digunakan tetapi penggunaan bahasa Inggeris yang diserapkan digunapakai dalam penulisan serta komunikasi? | Pihak DBP menerima bentuk kata pinjaman bertujuan untuk memperkaya perbendaharaan kata dalam bahasa Melayu. Pada dasarnya kata yang tiada padanannya dalam bahasa Melayu, khususnya kata dalam bidang sains dan teknologi dibentuk melalui penyerapan kata tersebut ke dalam bahasa Melayu. Penggunaan kata pinjaman ini bergantung pada konteks penggunaan kata tersebut terutamanya penggunaan dalam bidang-bidang khusus. Walau bagaimanapun terdapat kecenderungan pengguna untuk menggunakan kata pinjaman dalam semua konteks penggunaan. Pengguna bahasa sepatutnya dapat membezakan keperluan menggunakan kata asli dalam bahasa Melayu dan penggunaan kata pinjaman dalam urusan harian mereka. | Tatabahasa | 27.03.2013 |
Bahasa Melayu atau bahasa Melayu? adakah kedua-dua jenis ejaan ini boleh digunapakai? | Kedua-dua ejaan tersebut boleh digunakan. Jika merujuk pada nama bahasa, contohnya bahasa Melayu, huruf kecil digunakan pada huruf pertama perkataan bahasa. Namun, huruf besar digunakan pada huruf pertama perkataan Bahasa, sekiranya merujuk pada mata pelajaran, contohnya Bahasa Melayu. | Ejaan | 15.05.2025 |
Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu yang betul dan rasmi digunapakai oleh Kementerian Pelajaran Malaysia serta DBP? | Tiada perbezaan antara bahasa Melayu dengan Bahasa Malaysia. Kedua-duanya perkara yang sama. Bahasa Melayu termaktub dalam Perlembagaan Malaysia manakala Bahasa Malaysia digunakan dalam subjek di sekolah dan mengikut konteks sosial untuk tujuan perpaduan. | Lain-lain | 05.05.2009 |
ADAKAH PERKATAAN 'TIM' DALAM BAHASA INGGERIS 'TEAM' DIDAFTARKAN SEBAGAI BAHASA MELAYU DAN BOLEH DIGUNAPAKAI DALAM PENGGUNAAN SEHARIAN | Padanan team dalam bahasa Melayu ialah pasukan atau kumpulan. | Istilah | 08.11.2009 |
Assalamualaikum, bolehkah perkataan "fogging" seperti aktiviti fogging nyamuk digunapakai dalam bahasa Malaysia? Mungkin hanya italik perkataan tersebut. Terima kasih. | Assalamualaikum, bolehkah perkataan "fogging" seperti aktiviti fogging nyamuk digunapakai dalam bahasa Malaysia? Mungkin hanya italik perkataan tersebut. Terima kasih. Puan tidak perlu meminjam dan menulis italik istilah "fogging" kerana telah ada istilah padanan dalam bahasa Melayu iaitu "pengabutan", yang merujuk "penggunaan pestisid dengan cara memanaskan bahan kimia, lalu membentuk bintik-bintik halus yang kelihatan seperti kabut, biasanya untuk membunuh nyamuk dan serangga perosak lain". | Istilah | 03.01.2014 |
Apakah istilah "refund" di dalam Bahasa Melayu? Menurut Istilah Wang DBP, refund adalah bayar balik. Adakah istilah itu boleh digunapakai atau terdapat istilah yang lebih sesuai untuk digunakan seperti pemulangan wang? | Padanan bagi istilah refund dalam bahasa Melayu ialah bayar balik, kembalian atau pemulangan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 24.06.2024 |
Perkataan bareng merupakan bahasa jawa, benar? Bagaimana perkataan pinjaman dari bahasa jawa, dll boleh digunapakai dalam sastera bahasa melayu malaysia? Apakah penggunaan pinjaman sebegini menjatuhkan martabat sastera bahasa melayu? Terima kasih. | Sebaiknya penggunaan bahasa pinjaman dielakkan sekiranya terdapat padanan dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, dalam konteks Sastera, kadangkala penggunaan bahasa pinjaman ini bertujuan mengindahkan dan mempelbagaikan variasi bahasa atau merujuk konteks sosial dan tempat. Tetapi, dalam penulisan rasmi, penggunaan bahasa Melayu standard satu kemestian. | Sastera | 25.11.2015 |