Salam sejahtera! Seperti yang difahamkan, istilah "Indon" dianggap kurang elok di kalangan rakyat Indonesia. Walau bagaimanapun, adakah perkataan tersebut dikategorikan sebagain kata nama khas, atau tidak? Sekian, terima kasih! | Perkataan "indon" digunakan dalam bahasa percakapan. Bahasa percakapan tidak mengkategorikan perkataan kepada khas atau am seperti dalam penggunaan standard. | Lain-lain | 13.08.2020 |
Salam sejahtera, Bolehkah bp (bahasa percakapan) digunakan dalam dialog? Adakah bahasa percakapan juga merujuk kepada bahasa pasar atau slanga? Terima kasih. | Bahasa lisan atau bahasa percakapan merupakan bahasa yang digunakan dalam percakapan dan lebih bersifat tidak formal. Lisan bermaksud sesuatu yang diucapkan (tidak bertulis). Menurut kamus Dewan, bahasa kolokial ialah bahasa bersifat bahasa percakapan atau bahasa basahan (bukan bahasa baku). Dialog rasmi ialah perbincangan atau perundingan rasmi antara dua pihak yang berkisar hal-hal rasmi. Dialog tidak rasmi ialah perbincangan atau perundingan tidak rasmi yang berkisar pada perkara-perkara tidak rasmi seperti perbualan di warung, kedai kopi dll. Dialog baku pula merupakan perbualan atau percakapan yang menggunakan sebutan yang betul mengikut sistem tatabahasa yang betul. Dialog kolokial ialah perbualan/percakapan yang menggunakan laras bahasa basahan/bahasa pasar/slanga/bahasa daerah. | Tatabahasa | 07.12.2017 |
Soalan: Bolehkan perkataan "tau" sebagai ganti "tahu" digunakan sebagai tagline/tajuk untuk pengiklanan. Contohnya: Rasa dulu baru tau! | Tau dan dahulu ialah bahasa percakapan, dalam Kamus Dewan dilabelkan sebagai bp. Bahasa percakapan tidak digunakan dalam konteks rasmi termasuklah iklan. Maka, penggunaan yang betul ialah "Rasa dahulu baru tahu". | Tatabahasa | 09.01.2015 |
Jika istilah 'kapcai' digunakan dalam bahasa percakapan sahaja, istilah apakah yang harus dipakai jika ingin menulis tentang motosikal yang ditakrifkan sebagai kapcai (berkuasa rendah dan murah)? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud kapcai ialah motosikal berkuasa rendah yg murah harganya (bahasa percakapan). Jika untuk digunakan dalam urusan rasmi perkataan motosikal berkuasa rendah boleh digunakan. | Makna | 04.09.2018 |
apakah perbezaan antara perkataan laman dengan halaman?Adakah kedua-dua perkataan itu terdiri daripada kata dasar yang sama iaitu halaman? | Laman ialah bahasa percakapan kepada perkataan halaman. Bahasa percakapan tidak diterima dalam penulisan formal. Bagaimanapun, dalam istilah bahasa Melayu, laman diterima. Contohnya laman web. | Makna | 15.10.2008 |
1. Adakah perkataan 'syabas' tergolong dalam kata seru? 2. Bolehkah perkataan yang dikategorikan sebagai bp (bahasa percakapan) digunakan dalam penulisan karangan pelajar? Contoh perkataan bajet, kompelin, glokal. | 1. Ya, kata yang menyatakan bagus, baik dan lain-lain. 2. Dalam urusan rasmi dan termasuk dalam penulisan rasmi penggunaan bahasa percakapan tidak digalakkan. | Tokoh | 17.08.2015 |
Salam sejahtera, Di dalam ayat dialog yang berikut "kulitnya hitam-hitam ah"; adakah perkataan "hitam-hitam" ini diterima sebagai kata ganda? Sekian, terima kasih! | Untuk makluman, dialog merupakan bahasa percakapan dan bahasa percakapan tidak ada kawalan kerana manusia berkecenderungan bercakap apa-apa sahaja yang diinginkan. Walau bagaimanapun, kata ganda hitam-hitam boleh diterima sebagai kata ganda. Contoh dalam ayat, Hitam-hitam si tampuk manggis, putih-putih melati, merah-merah delima. | Tatabahasa | 06.07.2020 |
maksud simpulan bahasa 'bahasa mulut' | Bahasa percakapan. | Lain-lain | 20.10.2009 |
Adakah kita boleh menggunakan perkataan "skil" dalam Bahasa Malaysia yang maksudnya kemahiran. Mohon maklumbalas. Terima kasih. | Perkataan skil merupakan bahasa percakapan. Bahasa yang lebih baik dan betul digunakan ialah kemahiran. | Makna | 21.06.2020 |
apakah penggunaan perkataan yang betul, Masuk TV atau Keluar TV? | apakah penggunaan perkataan yang betul, Masuk TV atau Keluar TV? Jawapan: Penggunaan perkataan "masuk TV" dan "keluar TV" ialah bahasa percakapan atau dialog. Oleh itu, kedua-dua perkataan ini boleh digunakan dalam bahasa percakapan. | Tatabahasa | 21.08.2014 |