Apakah perbezaan penggunaan perkataan di antara "perdagangan" dengan "pemerdagangan"? | Perdagangan berasal daripada apitan peN-...-an dengan kata akar dagang dan perdagangan bermaksud perihal berdagang. Manakala kata pemerdagangan berasal daripada awalan peN- + kata dasar (perdagangan), terbentuklah pemerdagangan. Pemerdagangan bermaksud perihal perdagangan. Walau bagaimanapun kata terbitan yang sedemikian bentuknya tidak produktif dalam bahasa Melayu, contoh yang lain seperti pemerolehan, pemerbadanan dan pemersatuan. | Makna | 10.04.2014 |
Mohon untuk menyemak terjemahan ( Bahasa Inggeris- Bahasa Melayu) yang dilampirkan untuk penerbitan Jabatan | Penambahbaikan yang dicadangakan adalah seperti yang berikut: Penerbitan Perangkaan Muktamad Perdagangan Luar Negeri, Malaysia bagi tahun 2015 dikeluarkan dalam satu jilid. Ia mengandungi maklumat perdagangan bagi tahun rujukan 2014. Penerbitan ini memaparkan nilai eksport, import dan eksport semula berdasarkan Standard International Trade Classification, Revision 4, (S.I.T.C. Rev. 4), mengikut Seksyen, Bahagian dan Kumpulan Barangan negara asal dan destinasi barangan utama/terpilih, Klasifikasi Kategori Ekonomi Umum (BEC) dan penggunaan akhir. Maklumat terperinci pada peringkat 9/10 – butiran tarif digit [Sistem Berharmoni (SB)/ASEAN Harmonised Tariff Nomenclature (ATHN)/SITC yang setara] boleh juga dibekalkan kepada pengguna atas permintaan. | Penyemakan dan penterjemahan | 21.09.2016 |
Penjelasan tuan tentang "perdagangan" dan "pemerdaganan" bermaksud tidak ada bezanya penggunaan kedua-dua perkataan tersebut? Ia hanya kata terbitan yang redundant(tambahan ulangan)? Adakah ini bermakna perdagangan manusia atau pemerdagangan manusia sama sahaja maksudnya? | Pemerdagangan ialah terjemahan bahasa Melayu bagi padanan bahasa Inggeris commercialization yang bermaksud perihal memperdagangkan atau menjadikan sesuatu barang, manusia dan lain-lain untuk dijual beli. Perdagangan ialah terjemahan bahasa Melayu perkataan bahasa Inggeris 'trade' yang bermaksud perihal berdagang, urusan berniaga, perniagaan (biasanya antara negara). Walau bagaimanapun frasa pemerdagangan manusia atau perdagangan manusia, kedua-duanya adalah betul. | Lain-lain | 10.04.2014 |
Apa beza di antara perkataan "perdagangan" dengan "pemerdagangan"? | Perdagangan berasal daripada apitan peN-...-an dengan kata akar dagang dan perdagangan bermaksud perihal berdagang. Manakala kata pemerdagangan berasal daripada awalan peN- + kata dasar (perdagangan), terbentuklah pemerdagangan. Pemerdagangan bermaksud perihal perdagangan. Walau bagaimanapun kata terbitan yang sedemikian bentuknya tidak produktif dalam bahasa Melayu, contoh yang lain seperti pemerolehan, pemerbadanan dan pemersatuan. | Tatabahasa | 24.12.2013 |
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya tentang penggunaan istilah penyerapan bahasa asing seperti Matematik, Geografi, Psikologi dan sebagainya. Jika kita lihat pengunaan istilah ini sangat meluas dalam bidang pendidikan,sedangkan istilah-istilah seperti yang dinyatakan mempunyai makna yang tersendiri dalam bahasa Melayu seperti Matematik sebagai ilmu hisab, Geografi sebagai ilmu alam dan Psikologi sebagai ilmu jiwa. Persoalannya mengapakah istilah-istilah seperti ilmu hisab ini tidak digunakan dan diketepikan, sebalikknya kita menggunakan istilah serapan bahasa asing seperti matematik sebagai satu perkataan yang digunakan pakai secara meluas? Diharap pihak tuan dapat memberikan sedikit ulasan berkaitan perkara di atas.Sekitan terima kasih | Semua bangsa pasti berinteraksi dengan bangsa-bangsa yang lain dalam dunia sejagat. Proses ini menggunakan bahasa sebagai alat dan wahana penyampaian fikiran dan hasrat. Dalam proses komunikasi ini, pelbagai konsep ilmu akan dipindahkan menerusi peminjaman kata dan istilah antara satu bahasa ke satu bahasa yang lain sesuai dengan ungkapan istilah jambatan ilmu. Dalam interaksi bangsa Inggeris dengan bangsa Arab, terutama dalam bidang sains, banyaklah ilmu yang ditimba mereka, dan banyaklah konsep yang dipinjam melalui istilah seperti ‘alchemy’, ‘alcohol’, dan ‘algorithm’. Semakin kuat pengaruh ilmu yang dimiliki oleh sesuatu bahasa, semakin banyaklah kosa katanya dipinjam oleh bahasa yang lain. Kerana itulah istilah perubatan Inggeris sebahagian besarnya dipinjam daripada kata Yunani dan Latin. Tiada sesiapa pun pernah mempersoalkan istilah bahasa Inggeris yang bersifat kelatinan. Tiada seorang pun sekarang yang mempertikaikan kemampuan bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu. Sejarah telah merakamkan bahawa bahasa Melayu sudah pun berperanan sebagai bahasa perdagangan. Semenjak zaman kesultanan Melaka lagi, bahasa Melayu digunakan untuk urusan perniagaan dan perdagangan di pelabuhan di seluruh kepulauan Melayu, dari Sumatera ke Papua, di seluruh pelosok Nusantara ini. Pada masa sekarang pun bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa perdagangan oleh institusi kewangan, sektor insurans dan sektor peniagaan lain. Proses peminjaman kata dan istilah juga terus-menerus berlaku baik daripada bahasa Inggeris mahupun bahasa-bahasa lain. Apabila perbankan Islam semakin banyak dilaksanakan maka banyaklah pula istilah Arab yang kita pinjam lalu timbullah nanti tanggapan bahawa istilah Melayu sudah kearaban. Dalam persaingan dan percampuran bahasa yang semula jadi sifatnya, peranan Dewan Bahasa dan Pustaka adalah untuk memastikan proses peminjaman ini berlaku mengikut peraturan dan petua bahasa Melayu agar istilah yang dipinjam itu dapat dieja, disebut dan digunakan mengikut kelaziman berbahasa Melayu yang baik, santun dan indah. Peranan ilmuwan Melayu juga harus lebih rancak menghasilkan tulisan ilmiah dalam pelbagai bidang dan genre agar bahasa Melayu juga menjadi bahasa ilmu yang mempunyai pengaruh dan dipinjam pula oleh bangsa lain sehingga suatu hari nanti bahasa Inggeris juga bersifat kemelayuan. | Lain-lain | 12.03.2013 |
salam tuan, kenapa dalam iklan tv selalu guna perkataan "pemerdagangan orang bukan perdagangan.Apakah beza antara kedua-dua perkataan tersebut .Mohon penjelasan. | Pemerdagangan ialah terjemahan dalam bahasa Melayu bagi perkataan Commercialization. Perdagangan ialah terjemahan bahasa Melayu perkataan Trade yang bermaksud perihal berdagang, urusan berniaga, atau perniagaan. Walau bagaimanapun frasa pemerdagangan manusia atau perdagangan manusia, kedua-duanya adalah betul. | Tatabahasa | 07.11.2010 |
Salam. Terma "Pemerdagangan Manusia" sedikit mengelirukan saya. Apa beza perdagangan dan pemerdagangan? Saya juga ada masalah dari segi letakan imbuhan pemer itu sendiri. Kerana belum pernah saya lihat penggunaan imbuhan pemer ini. Minta rujukan dan penerangan pihak tuan/puan. Terima kasih. | Perdagangan berasal daripada apitan peN-...-an dengan kata akar dagang dan perdagangan bermaksud perihal berdagang. Manakala kata pemerdagangan berasal daripada awalan peN- + kata dasar (perdagangan), terbentuklah pemerdagangan. Pemerdagangan bermaksud perihal perdagangan. Walau bagaimanapun kata terbitan yang sedemikian bentuknya tidak produktif dalam bahasa Melayu, contoh yang lain seperti pemerolehan, pemerbadanan dan pemersatuan. | Tatabahasa | 13.12.2010 |
Menterjemah Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu: -"Large Commercial" -"Retail Commercial" | Dalam data kamai, tiada padanan khusus bagi perkataan large commercial dan retail commercial dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, cadangan kami bahasa Melayu bagi perkataan large commercial ialah perniagaan/perdagangan berskala besar dan retail commercial pula dipadankan sebagai perniagaan/perdagangan runcit. | Penyemakan dan penterjemahan | 14.06.2016 |
1.kenapa bahasa melayu dipilih sebagai bahasa bahasa kebangsaan? 2.apakah fungsi bahasa kebangsaan? 3.konsep bahasa baku? | 1. bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa kebangsaan kerana sejak dari sejarah awal penubuhan kerajaan-kerajaan Melayu di Semenanjung Tanah Melayu seperti Kerajaan Bruas, Kesultanan Melayu Melaka, Johor Riau - Lingga dan lain-lain merupakan kerajaan Melayu yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pentadbiran, perdagangan, istitusi pendidikan dan hubungan luar. Pada zaman penjajahan British, Belanda dan Jepun, bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa komunikasi masyarakat, termasuklah juga orang bukan Melayu. Perjuangan politik penduduk Tanah Melayu pada masa penjajahan adalah berlandaskan bahasa Melayu sehinggalah tercapainya kemerdekaan daripada British. Selepas merdeka, Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu menyebut bahawa bahasa kebangsaan negara ini adalah bahasa Melayu. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi, bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan umum dan bahasa pengantar serta bahasa ilmiah. 1. bahasa baku ialah variasi bahasa yang dipilih dan diterima oleh anggota masayarakat untuk digunakan dalam suasana rasmi. Bahasa ini telah mengalami proses pengekodan. | Makna | 27.03.2008 |
apa "Commercial Financial Sector" dalam BM? Sektor Kewangan Perdagangan atau Sektor Kewangan Komersil | Puan Noryeen, Padanan bahasa Melayu bagi istilah tersebut ialah sektor kewangan perdagangan. | Istilah | 13.01.2010 |