Badan berkanun apa yang tidak diwajibkan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi ? | Semua agensi kerajaan termasuk badan berkanun wajib menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, tiada yang terkecuali dalam hal melaksanakan peruntukan Perkara 52, Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi yang digunakan dalam situasi rasmi, yakni dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran, sistem pendidikan negara, urusan perdagangan dan perusahaan, dan sebagainya. | Lain-lain | 25.09.2014 |
APAKAH YANG DI MAKSUDKAN DENGAN DASAR BAHASA RASMI NEGARA? | Bahasa rasmi adalah bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi, yakni dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran, sistem pendidikan negara, urusan perdagangan dan perusahaan, dan sebagainya. Dalam konteks negara kita bahasa rasmi ialah bahasa Melayu. Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa. | Lain-lain | 21.07.2006 |
Apa yang di katakan Bahasa Rasmi? | Bahasa rasmi ialah bahasa yang diisytiharkan dan disahkan oleh kerajaan. | Makna | 25.07.2007 |
Assalamualaikum. Adakah penggunaan kata hubung 'dan' boleh digantikan dengan '&' dalam bahasa rasmi? | Dalam bahasa rasmi, simbol "&" tidak boleh digunakan untuk menggantikan perkataan "dan". | Tatabahasa | 05.08.2013 |
langkah langkah mengekalkan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi. | Langkah-langkah untuk mengekalkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi/bahasa kebangsaan i. Telah diwartakan dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 152. ii. dijadikan sebagai bahasapengantar sekolah aliran kebangsaan menginut Penyata Razak dan Penyata Rahman Talib. iii. Penubuhan DBP sebagai badan yang bertanggungjawab dalam membina dan mengembangkan bahasa Melayu. Untuk maklumat lanjut, saudara digalakan mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau mana-mana perpustakaan/pusat sumber yang banyak menyediakan bahan/buku berkaitan dengan perkara ini. | Lain-lain | 15.02.2009 |
fungsi bahasa melayu sebagai bahasa rasmi | Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi yang digunakan dalam situasi rasmi, yakni dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran, sistem pendidikan negara, urusan perdagangan dan perusahaan, dan sebagainya. Dalam konteks negara kita, bahasa rasmi ialah bahasa Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan. Bahasa Melayu sebagai lambang identiti masyarakat, wahana perpaduan masyarakat, bahasa perhubungan sesama masyarakat, alat pemikiran dan pergaulan masyarakat, dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP untuk membuat rujukan/penyelidikan bagi menyelesaikan tugasan saudara ini. | Tatabahasa | 22.05.2010 |
BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA RASMI | Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi digunakan dalam semua urusan rasmi seperti dalam mesyuarat, perbincangan, dialog,forum, surat-menyurat,urus niaga,ceramah dsb. | Lain-lain | 14.02.2008 |
tolong berikan apa itu bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. serta perbezaan di antara kedua-dua bahasa itu. terima kasih | Sdr. Meisa, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Bahasa rasmi adalah bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi, yakni dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran, sistem pendidikan negara, urusan perdagangan dan perusahaan, dan sebagainya. Dalam konteks negara kita bahasa rasmi ialah bahasa Melayu. Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa. | Lain-lain | 25.02.2009 |
apakah maksud definisi bahasa kebangsaan dan penggunaannya | Bahasa kebangsaan ialah bahasa rasmi negara. Bahasa kebangsaan negara ialah bahasa Melayu. Penggunaan Bahasa kebangsaan ialah sebagai bahasa rasmi, bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan umum serta bahasa pengantar dan bahasa ilmiah di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi. | Makna | 02.10.2006 |
Huraian bagi bahasa ilmu, bahasa perpaduan, bahasa komunikasi, dan bahasa rasmi. | Bahasa ilmu ialah bahasa yang berperanan sebagai wahana untuk menyebarluaskan ilmu, pengetahuan dan maklumat kepada pengguna. Bahasa perpaduan ialah bahasa yang digunakan dalam komunikasi antara masyarakat pelbagai kaum dan berperanan sebagai alat perpaduan dalam usaha menyatukan rakyat pelbagai kaum. Bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan dalam semua bentuk urusan rasmi dan menjadi bahasa kebangsaan kita seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan negara ini. Dalam hal ini bahasa Melayu ialah bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan kita. | Makna | 08.07.2007 |