maklumat tentang bahasa sapaan | Bahasa sapaan ialah bahasa yang digunakan untuk mengajak orang lain bercakap atau berkomunikasi dengan kita sama ada melalui lisan dan tulisan. Bahasa sapaan ini terdapat dalam pelbagai jenis seperti bahasa sapaan istana, ahli politik, orang bergelar, dan orang yang lebih tua. Sila rujuk buku Protokol dan Kesantunan Bahasa oleh Dr Awang Sariyan. Kedua-dua buku ini diterbitkan oleh DBP. | Lain-lain | 10.02.2008 |
saya seringkali menghadapi kekeliruan menentukan bahasa sapaan dalam ucapan-ucapan rasmi, mohon pihak DBP menghantar panduan untuk bahasa sapaan dalam ucapan-ucapan rasmi. Sekian, terima kasih. | Untuk rujukan berkaitan kata sapaan, sila rujuk buku Protokol di Malaysia: Tradis & Amalan (tulisan Moktar Haji Mohd. Tohar dan Ahmad Fawzi M. Basri, terbitan DBP). | Tatabahasa | 25.03.2010 |
maksud kata ganti diri dan bahasa sapaan | Kata Ganti nama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama seseorang (nama am) .Terbahagi kepada tiga iaitu pertama ,kedua, ketiga cthnya saya, awak dan mereka. Sapaan pula untuk menyapa seseorang. Biasanya digunakan berdasarkan status seseorang seperti tuan, puan, YB dll. | Tatabahasa | 05.09.2007 |
saya sedang membuat kajiselidik mengenai bahasa sapaan dalam komunikasi masyarakat kita. tetapi saya kurang maklumat mengenai aturan sapaan yang masayarakat kita gunakan. bolehkah pihak dewan membantu saya menerangkan aturan sapaan tersebut | Sdr. Cassira tini, tentang buku mengenai kata sapaan, terdapat buku yang ditulis oleh Dr. Awang Sariyan dan Prof. Emiratus Asmah Hj. Omar yang mengkaji dan memberikan contoh-contoh yang jelas mengenainya. Jadi Sdr. bolehlah mendapatkan buku-buku tersebut di kedai-kedai buku.Terima kasih | Lain-lain | 20.04.2008 |
penggunaan kata ganti diri dan bahasa sapaan mencerminkan kedudukan seseorang itu dalam kekeluargaan serta kedudukanny dalam masyarakat amnya,sejauh manakah anda bersetuju dengan kenyataan yang tersebut di atas? | Kata nama diri dan sapaan digunakan mengikut kedudukan seseorang dalam keluarga dan masyarakat. Ini menunjukkan hierarki kedudukan berdasarkan usia dan susun galur seseorang dalam keluarga atau rajah keluarga ataupun gelaran yang diterima berdasarkan pangkat, sumbangan dan anugerah. Bagi mendapatkan keterangan lanjut berkenaan kata ganti diri dan sapaan , sila rujuk buku Tatabahasa Dewan dan buku-buku tatabahasa bahasa Melayu di pasaran. | Lain-lain | 05.09.2007 |
saya telah beberapa kali mencari perkataan KESANTUNAN BAHASA dalam carian kata.apakah yang dimaksudkan dengan KESANTUNAN BAHASA? | Kesantunan bahasa bermaksud penggunaan bahasa Melayu yang santun, bersopan dan halus serta sesuai dengan peringkat sasaran penerimanya. Kesantunan ini dilihat dari segi pemilihan kata (diksi) yang menunjukkan aspek berbudi bahasa dan pengetahuan yang tinggi dalam bidang bahasa, sapaan yang tepat kepada sasaran, nada suara yang lembut sesuai dengan situasi, menunjukkan rasa hormat kepada orang lain dan aspek-aspek lain yang memperlihatkan nilai-nilai yang baik. Aspek kesantunan termasuk dalam penulisan dan pertuturan. | Makna | 09.01.2008 |
berikan saya konsep dan jenis ayat sapaan di Malaysia (Bahasa Malaysia) | BM mempunyai sapaan yang berbeza daripada bahasa lain dan setiap penuturnya mesti menggunakannya dengan betul dalam konteks yang sesuai. Dalam situasi tidak formal, penutur menggunakan sapaan yang merujuk hubungan akrab dengan lawan tutur. Biasanya pengguna BM menggunakan perkataan yang menunjukkan rasa hormat terhadap lawan tutur mereka. Contoh Saudara/saudari sapaan kepada orang yang baru dikenali Saya Digunakan apabila bertutur dengan orang yang dihormati dan berstatus tinggi. Tuan Orang yang mempunyai kedudukan tinggi daripada penutur. Puan Orang perempuan yang sudah berkahwin dan dipakai bersama nama atau jenis jawatan spt. Puan Pengetua. Yang di-Pertuan Agong Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Perdana Menteri Timbalan Perdana Menteri Menteri Besar Ketua Menteri Yang Amat Berhormat | Tatabahasa | 26.06.2008 |
Assalamualaikum... Saya ingin kepastian dari segi kata sapaan dalam dokumen rasmi. Saya pernah membaca minit mesyuarat sebuah jabatan kerajaan. Oleh sebab pengerusi mesyuarat ada gelaran Dato', kata sapaan dalam minit mesyuarat menggunakan YH. Dato' Pengerusi. Contoh: YH. Dato' Pengerusi memaklumkan bahawa... Saya beranggapan YH merujuk Yang Hormat. Soalan saya, adakah ada dalam bahasa Melayu kata sapaan YH? | Rujukan kehormat bagi yang bergelar Dato', Dato' Seri, Tan Sri dan sebagainya ialah Yang Berbahagia. Rujukan kehormat Yang Dihormati lazimnya digunakan kepada orang-orang yang dihormati seperti guru, ketua kampung, penghulu, pemimpin kecil parti dan sebagainya. | Ejaan | 22.07.2012 |
Adakah bahasa melayu mempunyai kata atau frasa sapaan yang unik apabila menjawab panggilan telefon seperti dalam bahasa Jepun adanya 'moshi moshi' dan bahasa Inggeris adanya 'Hello'? | Bahasa Melayu tidak mempunyai kata atau frasa sapaan yang unik, namun begitu, tuan/puan boleh menggunakan kata ucapan selamat pagi, selamat petang, Assalamualaikum dan sebagainya yang bersesuaian. | Lain-lain | 31.10.2018 |
Saya terbaca peraturan: “Huruf besar digunakan sebagai huruf pertama sapaan dalam surat rasmi walaupun tidak diikuti nama orang. Contohnya: Yang Berhormat, Yang Arif, Tuan dan Puan.” Saya menambah ayat contoh: Sukacita dimaklumkan bahawa surat Tuan yang bertarikh 7 Mei 2012 sudah mendapat perhatian kami. (T dalam Tuan huruf besar.) Soalan: 1. Adakan peraturan ini sudah tercatat dalam mana-mana buku karangan tokoh bahasa Melayu, khususnya terbitan DBP? 2. Apakah pendirian KNDBP tentang peraturan ini? Terima kasih. | Yang berhormat dan Yang Arif ialah sapaan khusus dan ditulis dengan huruf besar. Kamus Dewan telah menyenaraikan beberapa sapaan khusus untuk orang yang bergelar dan kesemua sapaan tersebut ditulis dengan hururf besar. Hal ini berbeza untuk sapaan tuan/puan, apabila ditulis dalam ayat huruf kecil yang digunakan. Dalam hal ini kami merujuk Kamus Dewan dan penulisan sapaan seperti yang tersebut telah lama diamalkan. | Tatabahasa | 09.05.2012 |