Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bahasa yg digunakan oleh suku-suku kaum di Sabah dan Sarawak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahasa sukuan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam tuan, bolehkah kita menggunakan bahasa sukuan yang terdapat dalam kamus dewan untuk penulisan seperti dalam karangan PMR atau SPM.Adakah kita perlu menggunakan tanda pengikat kata atau tidak.

Bahasa sukuan yang terdapat dalam Kamus Dewan boleh digunakan dalam penulisan. Walau bagaimanapun, persoalan sama ada boleh digunakan untuk peperiksaan PMR dan SPM perlu dikemukakan kepada Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk kepastian.

Lain-lain25.04.2011
Salam. Apa maknanya ' Pencacai' ? Daripada bahasa sukuan apa perkataan ini? Terima kasih.Tidak ada maklumat tentang perkataan pencacai dalam pangkalan data kami. Berkemungkinan perkataan tersebut merupakan dialek dan hanya dituturkan dalam kelompok tertentu.Makna23.05.2012
Bagi kata sukuan, kalau makan tengah hari ialah 'merarau,' kalau minum pagi ialah 'kudapan'. Saya ingin tahu, apa pula dipanggil kalau minum petang dan makan malam ? Perkataan merarau dan kudapan ini datangnya daripada bahasa sukuan apa? Terima kasih. Musa Rashim

Perkataan merarau ialah kata daripada bahasa sukuan di Sarawak. Mengikut kamus Dewan Edisi Keempat perkataan kudapan digunakan untuk minum pagi, minum petang dan selepas makan malam dan merupakan kata dalam bahasa Melayu.  

Istilah09.05.2008
Apakah maksud 'berkeredut'? Saya nak tahu tetapi saya tidak boleh cari makna kata itu.Keredut merupakan bahasa sukuan Melanau Mukah yang membawa maksud renyuk atau kerut.Makna03.01.2016
apakah maksud babas, sogit dan kepanasan yang terdapat dalam undang-undang Mahkamah Anak Negeri Sabah?

Menurut bahasa sukuan, babas bermaksud putih (warna bulu ayam) atau ayam yang bulunya berwarna-warni. Sogit pula sejenis denda adat yang dikenakan terhadap seseorang untuk memulihkan keharmonian kampun, manakala istilah kepanasan tiada dalam rujukan kami.

Makna19.07.2010
Saya ingin bertanya mengenai perkataan yang sama erti dengan 'makan malam' dalam bahasa serumpun melayuBahasa sukuan Sarawak menggunakan gabi untuk makan malamLain-lain23.09.2006
makanan untuk pagi kita panggil sarapan, kalau makanan untuk malam , apakah kita panggil ? terima kasihMakan pada waktu malam biasanya disebut Makan Malam, walau bagaimanapun dalam bahasa sukuan Sarawak menggunakan perkataan Gabi untuk makan malam.Istilah25.01.2010
SAYA MAEUT ROSMAS BELAJAR BAHASA MELAYU SAYA INGIN BERTANYA TENTANG APAKAH MELIUN?Meliun merupakan bahasa sukuan daripada bahasa Melanau Mukah yang bermaksud "juta".
Makna28.10.2015
SAYA MAEUT ROSMAS BELAJAR BAHASA MELAYU SAYA INGIN BERTANYA TENTANG APAKAH MELIUN? tERIMA kASIHMeliun merupakan bahasa sukuan daripada bahasa Melanau Mukah yang bermaksud "juta".
Makna28.10.2015
Saya Toulors Faruza saya belajar bahasa Melayu saya ingin bertanya tentang Apakah makna Meliun?Meliun merupakan bahasa sukuan daripada bahasa Melanau Mukah yang bermaksud "juta".
Makna28.10.2015
123

Kembali ke atas