Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sumber (kata nama)
1. Bersinonim dengan mata air: perigi, sumur, telaga, ocak-ocak,

2. Bersinonim dengan asal: punca, mula, punat, benih,

Kata Terbitan : bersumber,

Peribahasa

Laksana bunga dedap,
     sungguh merah berbau tidak.

Bermaksud :

Orang yang elok dan tampan tetapi tidak berbudi bahasa.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah perbezaan antara nahu penterjemahan dengan penterjemahan?

Penterjemahan ialah perihal atau kerja menterjemahkan sesuatu bahasa daripada bahasa sumber kepada bahasa sasaran. Untuk mengetahui tentang nahu atau tatabahasa terjemahan, saudara perlu memahami teori, teknik dan kaedah menterjemah sesuatu teks itu dengan merujuk buku berkenaan penterjemahan.

Tatabahasa07.02.2010
istilah Perpustakaan dalam bahasa Greek dan RomanUntuk makluman saudara DBP menyusun istilah daripada bahasa sumber (Inggeris) dan mencari padanannya dalam bahasa Melayu. Untuk mencari istilah dalam bahasa-bahasa lain sila rujuk buku istilah yang berkaitan.Istilah15.04.2010
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PENTERJEMAHAN DALAM BAHASA MELAYUPenterjemahan dalam bahasa Melayu ialah proses pemindahan maklumat daripada bahasa sumber kepada bahasa penerima.Makna08.03.2009
salam, adakah padanan dengan perkataan "posesi" dalam bahasa melayu standard"?Tidak ada perkataan posesi (dalam bahasa sumber) dalam pangkalan data kami. Sila hubungi kami semula dan nyatakan dengan jelas berserta contoh penggunaan perkataan tersebut untuk memudahkan kami mencari padanannya/penmggunaannya dalam bahasa Melayu.Istilah15.03.2012
1. Apakah maksud menterjemah? 2. Bahasa sumber adalah? 3. Menurut Abdullah hussain (1970), perkataan kamus berasal daripada apa? 4. Secara keseluruhan edisi terkini kamus dewan memuatkan berapa jumlah kata?, kata majmuk berapa?, terbitan?, tunggal? 5. Siapakah yang menyusun kamus eka yang pertama? 6. Perkataan dansa, nahkoda, seluar, serunai, baju dan mohor berasal dari mana? 7. Maksud transkripsi 8. Menurut Hartimurti (1974), kitab pengetahuan bahasa tidak dapat dianggap sebagai kamus murni melainkan dianggap sebagai kamus jenis apa? 9. Kamus dewan edisi terkini diterbitkan bila, berapa jumlah entri? 10. Penyusun kamus boleh menggunakan pelbagai bahan rujukan seperti kamus sedia ada, daftar istilah dan sebagainya untuk mencari maksud sesuatu perkataan. Proses ini adalah? 7.

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat terjemahan bermaksud hasil daripada menterjemah. Terjemah bermaksud memindah daripada satu bahasa kepada bahasa lain.

Transkripsi bermaksud skrip atau teks yang penuh atau lengkap berdasarkan catatan trengkas atau rakaman.

Kamus Dewan Edisi terkini diterbitkan pada tahun 2005. untuk maklumat lanjut saudara boleh menghubungi Bahagian Perkamusan, Tingkat 23, Menara DBP.  

Makna30.01.2008
Di halaman 1087 Kamus Dewan Edisi Keempat ada masukan -nyah- yang dikatakan awalan asing yang bermaksud buang atau hapus. Perkataan contoh yang diberikan ialah nyahcas dan nyahwarna. Mohon nyatakan bahasa sumber bagi awalan -nyah- itu. Terima kasih.Awalan "nyah-" ialah padanan bahasa Melayu untuk awalan bahasa Inggeris de- atau dis-. Contohnya, discharge menjadi nyahcas, deceleration menjadi nyahpecutan.Istilah29.12.2012
Selamat sejhatera, tuan/puan. Saya ingin bertanya tentang perkataan "acapella" jika diterjemahkan di dalam bahasa Melayu digelarkan sebagai apa? Akapella atau ada nama lain? Harap pihak DBP boleh menjawab pertanyaan saya. Terima kasih.Berdasarkan data kami a cappella dieja seperti bahasa sumber. Sila rujuk https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=capella&d=28648&#LIHATSINIPenyemakan dan penterjemahan08.08.2020
apakah maksud keamatan moral(moral intensity)Mengikut data kami dalam bidang kebanyakan bidang termasuk psikologi,  intensity diterjemahkan sebagai keamatan namun ada istilah tertentu menggunakan perkataan intensiti. Frasa moral intensity tidak ada dalam pangkalan data kami. DBP mencipta istilah dan memberikan padanan istilah berpandukan maksud istilah dalam bahasa sumber tetapi kami tidak mengubah maksud istilah dalam bahasa sumber tersebut.Istilah01.01.2015
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "tax disk"? Sumber maksud: http://en.wikipedia.org/wiki/Tax_disk Terima kasih.Dalam konteks negara kita tax disc ialah road tax atau padanannya ialah Cukai Jalan. Sila sesuaikan terjemahan tersebut dengan konteks yang diperlukan sama ada bahasa sumber atau bahasa sasaran.Penyemakan dan penterjemahan29.03.2014
Apakah perbezaan antara glossari dan istilah

Glosari ialah senarai istilah yang disusun menurut abjad dalam bahasa sumber dan padanannya dalam bahasa sasaran. Glosari turut mempunyai takrifan secara ringkas (Rujukan: Kamus Dewan Edisi Keempat). 


Istilah pula merupakan perkataan atau rangkai kata yang me­nyatakan sesuatu dengan betul, tepat dan sesuai dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan (Rujukan: Kamus Dewan Edisi Keempat). Lazimnya, kamus istilah mempunyai takrifan yang lebih terperinci berbanding dengan glosari.

Makna07.07.2020
12345678910...

Kembali ke atas