Bagaimanakah bentuk bahasa tulisan? | Bahasa tulisan ialah bahasa yang menggunakan bentuk bahasa baku atau standard, iatu bentuk bahasa yang betul dari segi tatabahasanya, ejaan, gaya dan laras bahasa dan bukan bahasa pasar atau bahasa percakapan. | Lain-lain | 01.03.2008 |
apakah kepelbagaian bentuk bahasa? | Bentuk Bahasa yang dimaksudkan ilah ragam bahasa, iaitu bahasa tulisan, bahasa lisan,bahasa daerah dan bahasa moden. | Tatabahasa | 01.03.2008 |
Yang mana satu betul dari segi bahasa tulisan resmi? a. Dia tergesa-gesa meninggalkan sekolah. b. Dia meninggalkan sekolah dengan tergesa-gesa | Kedua-dua contoh ayat tersebut betul dari segi tatabahasa dan boleh digunakan dalam penulisan rasmi. | Tatabahasa | 17.01.2020 |
Saya perlu maklumat tentang teori medan makna | Teori medan makna- Sesuatu perkataan berkait rapat dengan sesuatu perkataan lain. Untuk membantu, saudara boleh mendapatkan buku hasil tulisan Palmer-(Tajuk:Semantik)-diterjemahkan oleh Abdullah Hassan dan Pengantar Falsafah bahasa tulisan Hashim Musa -2006.Terima kasih. | Lain-lain | 15.09.2006 |
Salam sejahtera untuk tuan/puan sekalian. Berkenaan dengan sejarah tulisan bahasa Melayu, biasanya sejarah bahasa amat sukar untuk saya fahami. Jadi bagaimanakah perkembangan sistem bahasa dan tulisan bahasa Melayu berkembang, bermula dari sistem tulisan Melayu kuno sehinggalah sistem tulisan bahasa Melayu yang kita guna sekarang iaitu tulisan rumi. Huraikan secara terperinci mengenai sistem ejaan, dan sistem tulisan bahasa Melayu. Sekian sahaja dari saya. Terima kasih di atas pertolongan tuan/puan. | Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Bab 1 : Sejarah Ringkas Bahasa Melayu; Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu (DBP); Ismail Hussain (1966), Sejarah Pertumbuhan Bahasa Kebangsaan Kita; Harun Aminurrashid (1966), Kajian Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu. | Lain-lain | 09.07.2008 |
Apakah formula penggunaan kata penegas 'kah' dalam kata tanya? Contoh: yang manakah paling tepat, "Berapa orang pesertakah yang akan menyertai ekspedisi ini?" atau "Berapa orangkah peserta yang akan menyertai ekspedisi ini?" Terima kasih. | Untuk makluman, -kah merupakan partikel bukannya kata penegas. Bagi bentuk bahasa tulisan, partikel -kah harus diletakkan pada kata tanya yang dikedepankan. Ayat tanya yang betul dalam soalan anda harus ditulis sebagai " Berapakah peserta yang akan menyertai ekspedisi ini?". | Tatabahasa | 08.08.2011 |
bahasa iklan. sejauh mana keberkesanannya | Sebagai media komunikasi umum, iklan yang mengandungi bahasa (tulisan) perlulah menggunakan bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu. Bahasa Melayu sebagai bahasa iklan di tempat awam dan khalayak ramai hendaklah memiliki ciri-ciri bahasa Melayu yang berkualiti tinggi dari segi isi dan bentuknya. Untuk melihat keberkesanan penggunaan bahasa Melayu dalam iklan, rujukan dan kajian haruslah dilakukan. Antara kesan yang dapat dilihat melalui penggunaan bahasa Melayu dalam pengiklanan ialah dapat memancarkan citra dan jati diri Malaysia, menyampaikan mesej dan maklumat dengan lebih jelas dan berkesan, melahirkan penulis iklan yang lebih kreatif dalam menggunakan bahasa Melayu dan lain-lain. | Lain-lain | 14.01.2007 |
Ayat di bawah betul? 1.Bangunan itu dibina pada tahun bila? 2.Bangunan itu dibina pada tahun berapa? 3.Bangunan itu dibina bila? | Ketiga-tiga ayat tersebut betul, namun begitu ayat-ayat itu merupakan bentuk bahasa lisan. Bagi bentuk bahasa tulisan, ayat tersebut diberikan penambahbaikan seperti yang berikut: 1. Pada tahun bilakah bangunan itu dibina? 2. Pada tahun berapakah bangunan itu dibina? 3. Bilakah bangunan itu dibina? Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan ayat tanya, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015), halaman 441-448. | Tatabahasa | 22.07.2025 |
Adakah -kah pada akhir ayat dibenarkan dalam bahasa baku? Misalnya, "Benda ini milik siapakah?" | Ayat “Benda ini milik siapakah?” hanya digunakan dalam bahasa Melayu lisan. Dalam bahasa tulisan, partikel –kah sebagai penegas dalam ayat mesti dikedepankan. Contohnya, “Siapakah pemilik benda ini?”. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015), halaman 261, 441 hingga 448. | Tatabahasa | 14.04.2025 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera, sini saya nak bertanyakan soalan, apakah dasar terkini Dewan Bahasa dan Pustaka tetang penggunaan: Tulisan Rencong, Tulisan Pallava, dan Tulisan Kawi. kepada "penulisan dan persuratan berbahasa Melayu". Adakah ketiga-tiga tulisan tersebut masih mempunyai nilai rasmi yang mengikuti standard kegunaan umum DBP seperti tulisan rumi dan jawi? -Minta tolong segera jawab soalan ini, kerana jawapan kepada soalan ini saya akan kemukakan kepada sidang penyelia Wikipedia bahasa Melayu untuk panitia dasar dan garis paduan. Terima kasih | Hanya sedikit maklumat yang berkaitan dengan telusian rencong dalam sumber rujukan kami. EJAAN DAN TULISAN RENCONG, sistem ejaan dan tulisan asli peribumi Asia Tenggara. Tulisan ini masih kontroversi dari segi tempat asal dan namanya. Ada pengkaji yang mengatakan bahawa tulisan ini berasal daripada tulisan India, iaitu daripada tulisan Devanagari atau Pallava yang diubahsuai, sehingga membentuk satu jenis tulisan baharu yang berlainan daripada tulisan yang asal. Terdapat juga pengkaji yang mengatakan bahawa tulisan ini ialah tulisan asli peribumi Asia Tenggara, bukan pinjaman daripada tulisan India. Kini hanya tulisan rumi yang digunakan dalam sistem ejaan bahasa Melayu. Sistem ejaan Jawi masih digunakan, namun penggunaannya tidak meluas dalam persuratan Melayu mutakhir. | Lain-lain | 13.11.2011 |