Dia bukan sahaja rajin bahkan juga/malah/malahan pemurah. Ayat di atas betulkah? kata bukan sahaja... patut dipadankan dengan kata malah/malahan/bahkan juga ? yang mana satu padanannya? patutkah tanda koma diletakkan selepas kata rajin? tolong berikan contoh ayat untuk kata hubung berpasangan 'bukan sahaja... tetapi juga'. terima kasih. | Lazimnya frasa "bukan sahaja" boleh diikuti oleh perkataan malah, malahan dan bahkan dalam ayat tersebut kerana ketiga-tiga perkataan membawa makna yang sama. Tidak perlu tanda koma selepas perkataan rajin dalam ayat tersebut.
| Tatabahasa | 12.06.2012 |
Bolehkan 'BAHKAN' hadir di hadapan ayat? | Kata hubung bahkan, malahan, malah berfungsi sebagai kata hubung gabungan yang menyambungkan dua klausa atau lebih. Oleh itu, kata hubung ini perlu diletakkan di tengah, bukan permulaan ayat. | Tatabahasa | 08.11.2015 |
Salam sejahtera, Dalam penulisan, kerap lagi saya temukan struktur Selain itu, pihak berkuasa juga ....; Di samping itu, pihak sekolah juga ..... Bahkan, pihak NGO juga .... Persoalannya, bolehkah penanda wacana 'selain itu' / 'di samping itu' / 'bahkan' dan penanda wacana 'juga' digunakan serentak kerana saya rasa kelewahan berlaku dalam struktur ini. Sekian. Salam hormat, KAY SEVEN | Frasa 'Selain itu, pihak berkuasa juga ...', 'Di samping itu, pihak sekolah juga ...', 'Bahkan, pihak NGO juga ...' adalah betul. 'Juga' ialah kata penegas yang memberikan penekanan pada frasa tersebut. | Tatabahasa | 23.12.2010 |
Barangan buatan Malaysia murah malahan cantik dan disukai ramai. Adakah ayat ini gramatis ? Bolehkah kata hubung "malahan " digunakan tanpa bukan sahaja? | Barangan buatan Malaysia murah malahan (bahkan) cantik dan disukai ramai. Ayat ini betul kerana malahan membawa maksud bahkan. | Tatabahasa | 19.08.2015 |
(a) Berpandukan Kamus Dewa, "juteru" membawa maksud (i) kebetulan, tepat, kenar benar (ii) malahan, bahkan. Persoalannya, mengapakah kata "justeru" digunakan sebagai penanda wacana untuk mengungkapkan maksud "oleh itu" dalam penulisan? (b) Frasa sendi "di kalangan pelajar" sepatutnya "dalam kalangan pelajar". Persoalannya, frasa sendi yang mana betul sama ada "di khalayak ramai" atau "dalam khalayak ramai"? Sekian, terima kasih. | a)Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kata justeru digunakan untuk membawa maksud i. kebetulan,tepat,kena benar ii. malahan,bahkan. Kata justeru tidak digunakan sebagai penanda wacana untuk membawa maksud oleh itu.b)Frasa yang betul ialah dalam kalangan dan dalam khalayak. | Tatabahasa | 01.07.2008 |
justeru bermaksud 1. kebetulan, tepat, kena benar: kenapa justeru sekarang ini engkau harus pergi? 2. malahan, sebaliknya, bahkan: sekali-kali tidak pernah saya mencaci dia, justeru saya puji dia. Tetapi mengapa ramai yang beranggapan bahawa justeru boleh ditukar ganti dengan oleh itu atau maka? Terima kasih | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat "justeru" bermaksud. 1. kebetulan, tepat, kena benar. 2. Makna kedua ialah malahan, bahkan. Penggunaan "justeru" yang membawa maksud "oleh itu" adalah salah dan tidak boleh digunakan. Anggapan bahawa "justeru" boleh ditukar ganti dengan "oleh itu" mungkin disebabkan individu yang menggunakan perkataan tersebut tidak tahu maksud sebenar perkataan tersebut. | Makna | 07.04.2012 |
Selamat sejahtera. :) 1. Adakah separuh sama dengan setengah? 2. Hampir ________ daripada murid-murid di dalam kelas itu tidak tahu menulis tulisan khat. A. separuh C. sebilangan B. setengah D. sesetengah 3. Adakah bahkan = malah = malahan ? 4. Beliau bukan sahaja pemurah ________ prihatin terhadap rakyat miskin. A.malah B. walaupun C. bahkan Terima kasih | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, separuh bermaksud 1. setengah, seperdua: pantun yg saya nyanyikan itu ~ saya dapat drpd orang Kelantan dan ~ drpd Orang Laut; 2. tidak sepenuhnya, tidak seratus peratus (kira-kira 50%): pertandingan ~ profesional; ~ akhir pusingan atau perlawanan paling hampir sebelum ke peringkat akhir (bkn bola sepak dsb); ~ hati tidak sungguh-sungguh; ~ jalan sekerat jalan; ~ mahir belum cukup mahir atau terlatih sepenuhnya utk melakukan sesuatu pekerjaan khusus: pekerja ~ mahir; ~ masak setengah masak, belum masak betul; ~ mati setengah mati; ~ sedar tidak sedar sepenuhnya; ~ umur setengah umur; manakala setengah pula bermaksud 1. separuh, seperdua: luasnya tanah itu ~ ekar; bekerja ~ hari; 2. tidak sempurna, tidak sepenuh-penuhnya, tidak ... betul; 3. bp kurang waras fikirannya (otaknya, akalnya), agak gila: bercakap merepek-repek tidak tentu hala spt percakapan orang ~; 4. setengah-setengah. | Lain-lain | 31.05.2017 |
Saya agak keliru mengenai penggunaan perkataan justeru. Menurut guru Bahasa Melayu saya, perkataan 'justeru' tidak boleh digunakan dengan diikuti perkataan 'itu'. Akan tetapi mengikut DBP perkara itu boleh dilakukan. Boleh diperjelaskan | "Justeru" sama makna dengan bahkan, malahan dan lazimnya kita tidak berkata malahan itu, bahkan itu. Oleh itu kata justeru telah memadai dan diikuti dengan tanda koma. | Tatabahasa | 19.08.2009 |
Al-Quran bukanlah sekadar naskhah bacaan, bahkan ia merupakan Risalah Agung yang menyeru manusia kepada Allah. Bolehkah penggunaan ia di situ? | Menurut Tatabahasa Dewan, ia ialah kata ganti nama diri ketiga dan kata ganti benda yang dibicarakan. Penggunaan "ia" menggantikan benda/subjek (bukan binatang) yang dibicarakan adalah betul sama seperti penggunaan it dalam bahasa Inggeris yang merujuk benda/subjek yang dibicarakan. Walau bagaimanapun, penggunaan ia yang merujuk Al-Quran tidak begitu sesuai digunakan. "ia" dalam ayat tersebut boleh digantikan dengan kitab. | Tatabahasa | 07.11.2018 |
Salam sejahtera, Sebagai pencinta bahasa Melayu, saya mengambil berat tentang penggunaan tanda baca dalam penulisan, terutamanya tanda koma ( , ). Yang betul yang mana? (a) Hal ini demikian kerana, ... atau Hal ini demikian kerana ... (b) ...bukan sahaja untuk para pelajar, bahkan untuk para guru atau ...bukan sahaja untuk para pelajar bahkan untuk para guru. Adakah tanda koma perlu dalam kedua-dua contoh ini? Dalam ayat (a), jika tanda koma perlu, bagaimana dengan "Jenayah menjadi-jadi kerana ..."? Dalam ayat (b), jika tanda koma perlu, bagaimana dengan"baik untuk para pelajar mahupun untuk para guru"? Soalnya, adakah tanda koma perlu digunakan dalam kata hubung berpasangan? Adakah tanda koma perlu digunakan sesudah kata hubung pancangan keterangan musabab? Sekian. Salam hormat, Kay Seven Bukit Mertajam, Pulau Pinang. | Untuk makluman tuan, kami di DBP berpegang hanya pada buku Tatabahasa Dewan sebagai rujukan. Jika berlainan daripada apa yang ditulis, hal berkenaan di luar bidang kuasa kami. Untuk lebih jelas, mohon rujuk halaman 64. | Tatabahasa | 22.12.2016 |