Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bai/.bai/] | باءيق ٢

Definisi : 1 terhormat dan terpuji (ttg tingkah laku, budi pekerti dsb); tidak jahat: orang ~. 2 dgn sungguh-sungguh; dgn tekun: Belajarlah ~ supaya lulus dlm peperiksaan. 3 hati-hati; ingat-ingat: ~ sewaktu melintas di jalan raya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baik-baik

Puisi
 

Baik-baik menebang jati,
     Biar serpih tumbang jangan;
Baik-baik mencari ganti,
     Biar terlebih kurang jangan.


Lihat selanjutnya...(230)
Peribahasa

Taruh beras dalam padi.

Bermaksud :

Rahsia hendaklah disimpan baik-baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada beras, taruh dalam padi).

 

Lihat selanjutnya...(335)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dengarlah sebaik-baiknya agar anda tidak melepasi peluang keemasan ini. Munsyi, apakah kesalahan dalam ayat ini? TKDengarlah baik-baik agar anda tidak terlepas peluang keemasan ini.Tatabahasa16.07.2012
Apakah maksud: Ada beras taruh dalam padi, Ada ingat taruh dalam hati.

Saudara,

Maksudnya ialah rahsia hendaklah disimpan baik-baik

Lain-lain22.11.2010
Bolehkah tuan tolong terangkan perbezaan penggunaan perkataan"cikgu" dan "guru" dalam ayat. saya agak keliru tentang kedua-dua perkataan tersebut. 1. Cikgu/guru di sekolah saya baik-baik belaka. 2. Ali telah pengsan dan telah dihantar pulang oleh seorang cikgu/guru. 3. Cikgu/ guru memarahi murid -murid yang nakal. Walaupun saya tahu bahawa"ramai " digunakan dalam situasi yang riuh-rendah, meriah, tetapi saya masih keliru dengan penggunaannya dengan "banyak". 1. Banyak orang menghadiri majlis itu. Saya terbaca ayat contoh ini dari sebuah buku rujukan yang menerangkan penggunaan "ramai" dan "banyak". Saya hendak tanya mengapakah ayat tersebut gunakan "Banyak" dan bukan "ramai" bukankah "majlis" merupakan keadaan yang meriah dan riuh-rendah? Bolehkah tuan beri saya beberapa contoh untuk menerangkan penggunaan kedua-dua perkataan tersebut. terima kasih.

 

Saudara,

Perkataan cikgu dan guru membawa maksud yang sama. Yang membezakan kedua-dua perkataan ini adalah dari segi penggunaannya. Perkataan guru lebih umum  penggunaannya, contohnya guru bahasa Melayu. Perkataan cikgu biasanya digunakan sebagai gelaran dan diikuti dengan nama, contohnya, Cikgu Aminah.  

Tatabahasa17.10.2009
Encik Kumar telah menempah tiket kapal terbang ke England untuk mengurus perniagaannya. Perkataan 'mengurus' itu betul atau tidak?? atau perlu menggunakan perkataan 'menguruskan'..Kedua-duanya betul kerana membawa maksud yang sama iaitu;

mengurus =1. menjaga supaya rapi, mengatur, mengemaskan, menyusun: rambutnya jarang diurus baik-baik; 2. = menguruskan me­ngendalikan sesuatu supaya teratur (sempurna dll): dia sudah tua, tidak ada siapa yg ~ kebun getahnya; penduduk kampung yg masih hiduplah yg ~ mayat itu; 3. menjaga baik-baik (supaya selamat, sempurna, dll), memelihara, mengawasi (rumah, kebun, dll): anaknya yg tua telah pergi mengambil kain cucian, sedang isterinya ~ anaknya yg kecil di rumah; anak perempuan juga perlu diberi pelajaran mengenai ilmu ~ rumah tangga; 4. = menguruskan menyelenggarakan supaya berjalan dsb dgn baik (perniagaan, per-dagangan, dll), memimpin dan mengatur (perjalanan sesuatu perbadanan dll), menge-lolakan, menjalankan: suami tidak berhak ~ harta benda isterinya melainkan setelah mendapat izin daripadanya atau diwakilkan kepadanya; permintaannya itu tidak diurus-kan oleh ibu bapanya; pegawai-pegawainya ramai utk ~ hal-hal spt itu; 5. menyiasat atau menyelidiki sesuatu perkara, mengendali-kan sesuatu perkara (supaya sempurna), menyelesaikan (perselisihan dll): hal pem-bunuhan itu sedang diurus oleh polis;
Tatabahasa17.10.2012
Bolehkah perkataan "SENARAI" diikuti dengan kata ganda. Contoh : "Senarai nama murid-murid....". Kekeliruan muncul kerana pada saya, "Senarai" telah menunjukkan banyak. Macam perkataan "Semua". Kita tidak boleh guna bersama kata ganda. Contoh "Semua murid-murid...". Sepatutnya "Semua murid...."Kata ganda merujuk kepada perkataan yang mengalami proses pengulangan pada kata dasarnya, sama ada pengulangan sepenuh (rumah-rumah), (baik-baik) atau sebahagian (lelaki,lauk-pauk). Bagi membantu saudara menjawab persoalan yang dikemukakan ini, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan edisi Baharu atau Buku Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu.Lain-lain25.09.2007
1. AMAT baik sekali / SANGAT baik sekali / SUNGGUH baik sekali......Bolehkah saya menggunakan kata-kata penguat ini bersama-sama dengan SEKALI?? 2. bagaimanakah untuk menggunakan "sementelahan" ?bolehkah saya menggunakannya seperti ini :Sementelahan itu (yang bermaksud 'selain itu' ) Terima kasih... :p

1. Penggunaan kata adjektif dalam ungkapan darjah penghabisan ketiga-tiganya boleh digunakan dengan perkataan "sekali".

2. "Sementelahan" atau "sementelah" bermaksud lebih-lebih lagi, tambahan pula atau apalagi. Contoh ayat: Aku tidak sanggup hendak ke kuala kerana tidak sedap badan sementelahan pula hari hujan.

Tatabahasa17.07.2009
definisi sistemMerujuk Kamus Dewan Edisi Empat, sistem bermaksud 1. cara atau kaedah utk melakukan sesuatu, aturan: menurut ~ tulisan yg dipakai sekarang, kata-kata ulang ditulis dgn cara menggunakan sempang; 2. kumpulan beberapa bahagian (alat dll) yg sama-sama bekerja utk satu tujuan: ~ penghadaman; ~ saraf; 3. kumpulan pendapat (prinsip, teori, dll) yg teratur dan tersusun baik-baik (biasanya dijadikan pegangan), cara atau kaedah yg teratur utk melakukan sesuatu: ~ pendidikan; ~ pemerintahan; Makna05.07.2010
1) Adakah perkataan membuka telinga sesuai digunakan dalam ayat di bawah? - Manisah membuka telinga untuk mendengar perbualan rakannya melalui telefon. 2) Adakah perkataan SANGAT GUNDAH-GULANA SESUAI digunakan dalam ayat di bawah? - Puan Gayah sangat gundah-gulana apabila memikirkan tingkah laku anak lelaki tunggalnya itu. 3) Adakah perkataan GENTING LEBIH TEPAT JIKA DIBANDINGKAN DENGAN PERKATAAN TEGANG dalam tempat kosong di bawah? - Bekalan air dan makanan di kawasan perperangan itu semakin _______________ dari sehari ke sehari.1) Membuka telinga bermaksud mendengar baik-baik. Ayat yang betul ialah  Manisah membuka telinga untuk perbualan rakannya melalui telefon.

2) Menurut Kamus Pelajar, gundah-gulana bermaksud tersangat sedih sehingga badan menjadi lesu. Perkataan gundah-gulana boleh digunakan. Ayat yang betul ialah "Puan Gayah gundah-gulana apabila memikirkan tingkah laku anak lelaki tunggalnya itu."

3)Perkataan genting lebih sesuai digunakan dalam ayat tersebut.  Bekalan air dan makanan di kawasan perperangan itu semakin genting dari sehari ke sehari.
Tatabahasa18.07.2013
untuk mendapat kan pengesahan mengenai perkataan "ditambahbaik". Adkah perkataan ini wujud dalam kamus dewan?
  • tambah baik; bertambah baik

    menjadi semakin baik;
Contoh berimbuhan 'di' (pasif) tidak akan dijadikan contoh di dalam kamus. Entri di atas diambil daripada Kamus Dewan Edisi Ke-4.
Lain-lain14.08.2009
frasa sebaik sahaja atau sebaik saja atau sebaik-baik sahaja atau sebaik-baik saja. yang mana lebih tepat? bolehke frasa sebaik saja digunakan sebagai penanda wacana atau sebaik-baik saja lebih tepat?Frasa yang paling tepat ialah sebaik-baik sahaja.Tatabahasa20.10.2010
12345678910...

Kembali ke atas