sOALAN 1 Baiklah ibu, saya akan memberi kek ini kepada Mak Cik Leha. Soalan 2 Baiklah, ibu. Saya akan memberi kek ini kepada Mak Cik Leha. Soalan 3 Baiklah ibu. Saya akan Memberi kek ini kepada Mak Cik Leha. Yang manakah penggunaan ayat dan tanda baca yang paling betul? | Baiklah ibu, saya akan memberi kek ini kepada Mak Cik Leha.
| Tatabahasa | 09.05.2017 |
1. Ali, tolong susun meja di bawah khemah itu. Jwp a) Baiklah, ayah. Saya akan tolong susun meja di bawah khemah itu. b) Baiklah, ayah. Saya akan tolong menyusun meja di bawah khemah itu. c) Baiklah, ayah. Saya akan tolong susunkan meja di bawah khemah itu. Soalan 1. Ayat yang mana betul ? 2. Bolehkah kata "tolong" hadir dalam jawapan bagi ayat perintah ? Terima kasih. | Ali, tolong susun meja di bawah khemah itu. Jawapannya, Baiklah ayah, saya akan menyusun meja di bawah khemah itu. | Tatabahasa | 28.02.2017 |
Helmi : Narin, minta hantarkan buku ini ke bilik guru. Narin : ________ Respon di bawah sesuai? *Baiklah, Helmi. Saya akan menghantarkan buku ini ke bilik buku. Arun : Anand, tong ambilkan saya kamus itu. Anand : ____ *Baiklah, Arun. Saya akan mengambilkan kamu kamus itu. Minta penjelasan jika tidak sesuai. Terima kasih. | Baiklah, Helmi. Saya akan menghantarkan buku ini ke bilik buku. Baiklah, Arun. Saya akan mengambilkan kamu kamus itu. Kedua-dua ayat ini betul. | Tatabahasa | 01.11.2022 |
Salam sejahtera, Baiklah, ibu. (Adakah ayat ini ayat penyata?) Terima kasih. | Saudara Pheetan, Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat sayu penyataan. Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberikan keterangan tentang sesuatu hal. Ayat jenis ini disebut juga ayat berita atau ayat keterangan. Berdasarkan contoh ayat yang saudara nyatakan, ayat tersebut ialah ayat penyata. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 441. | Tatabahasa | 20.09.2012 |
Ayat1:Baiklah,Ali. Saya akan tunggu kamu. Ayat2:Baiklah,Ali. Saya akan menunggu kamu. Kedua-dua ayat ini betul?Perkataan menunggu dalam ayat ini boleh tulis dalam kata dasar sahaja dalam perbualan? | Ayat “Saya akan menunggu kamu” merupakan ayat yang betul. Perkara ini disebabkan ayat aktif mempunyai kata kerja aktif (menunggu) mesti disusuli dengan kata nama (kamu). Ayat ‘Saya akan tunggu kamu’ merupakan bentuk tidak baku dan hanya digunakan dalam bahasa percakapan. | | Tatabahasa | 06.03.2017 |
Helmi : Narin, minta hantarkan buku ini ke bilik guru. Narin : ________ Respon di bawah sesuai? 1. *Baiklah, Helmi. Saya akan menghantarkan buku ini ke bilik buku. 2. *Baiklah, Helmi. Saya akan hantarkan buku ini ke bilik buku. Yang manakah lebih sesuai? Apakah perbezaannya dari segi tatabahasa, menghantarkan dan hantarkan? Terima kasih. | Berdasarkan contoh dialog tersebut, ayat yang betul ialah "Baiklah, Helmi. Saya akan menghantar buku ini ke bilik guru." 2. "Baiklah, Helmi. Saya akan hantarkan buku ini ke bilik guru". Perkataan "menghantar" dan "hantarkan" diikuti oleh objek benda iaitu buku. | Tatabahasa | 05.11.2022 |
Selamat sejahtera, Guan Hong: Anand,tolong ambilkan saya kamus itu? Anand :Baiklah, Guan Hong.Saya akan tolong ambilkan kamus itu. Baiklah, Guan Hong.Saya akan mengambilkan kamus itu untuk kamu. Ya,Guan Hong. Saya akan mengambilkan kamu kamus itu. (mengambilkan kamus itu untuk kamu / mengambilkan kamu kamus itu) *Minta pencerahan | Penggunaan ayat "Dia mengambilkan kamus itu untuk kamu." dan "Dia mengambilkan kamu kamus itu." adalah betul dari segi tatabahasa. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Buku ini dijadikan rujukan dan pegangan oleh DBP, sekolah dan Kementerian Pendidikan. | Tatabahasa | 25.08.2021 |
Hang Jebat: Baginda menitahkan tuan hamba untuk menyediakan persalinan untuk baginda. Jawapan: Bendahara Tun Ali: Baiklah, tuan hamba. Hamba akan menyediakan persalinan untuk baginda dengan segera. 1. Adakah jawapan tersebut gramatis? 2. Bolehkah "Baiklah" digunakan dalam bahasa istana? Terima kasih | Ayat tersebut betul dan boleh digunakan. | Tatabahasa | 02.07.2019 |
1. Apakah jenis ayat berikut ? (ayat penyata ? ) Baiklah, ibu. 2. Jawapan (a) atau (b) yang betul apabila menggabungkan kedua-dua ayat berikut ? Ali menyertai peraduan melukis. Ah Seng tidak menyertai peraduan melukis. a) Ali menyertai peraduan melukis tetapi Ah Seng tidak. b) Ali menyertai peraduan melukis tetapi Ah Seng tidak menyertai peraduan melukis. TQ. | Baiklah, ibu. (Ayat Penyata) Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat sayu penyataan. Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberikan keterangan tentang sesuatu hal. Ayat jenis ini disebut juga ayat berita atau ayat keterangan. Berdasarkan contoh ayat yang saudara nyatakan, ayat tersebut ialah ayat penyata Ali menyertai peraduan melukis. Ah Seng tidak menyertai peraduan melukis. a) Ali menyertai peraduan melukis tetapi Ah Seng tidak.
| Tatabahasa | 09.10.2012 |
1adakah ayat ini ayat penyata? baiklah, ibu. 2brown dalam bhs melayu perang atau coklat? atau kedua-dua betul? terima kasih. | Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan untuk tujuan melakukan suatu penyataan atau mengemukakan . Ayat keterangan tentang sesuatu perkara. Ayat penyata sering juga disebut ayat keterangan. Contoh ayat ialah: 1. Bapa saya wartawan di utusan Melayu 2. Mereka meninggalkan kota raya itu semalam. Oleh itu, ayat yang diberikan bukan ayat penyata. Dalam pangkalan data DBP, terdapat dua padanan bahasa Melayu untuk "brown", iaitu perang dan coklat. | Tatabahasa | 03.10.2014 |