| Dengarlah sebaik-baiknya agar anda tidak melepasi peluang keemasan ini. Munsyi, apakah kesalahan dalam ayat ini? TK | Dengarlah baik-baik agar anda tidak terlepas peluang keemasan ini. | Tatabahasa | 16.07.2012 |
| Mariah.........gagang telefon sambil..........dengan seorang kawan baiknya A.memaut/bercakap B.meletak/berborak C.menyentuh/bertanya D.mengangkat/berbual | Perkataan yang betul dari segi tatabahasa dan sesuai untuk mengisi tempat kosong tersebut ialah D: mengangkat/berbual, iaitu Mariah mengangkat gagang telefon sambil berbual dengan seorang kawan baiknya. | Tatabahasa | 08.08.2009 |
| Ali berasa sungguh _________ kerana rakan baiknya sanggup menipunya a. terkilan b. tersinggung terima kasih | a. terkilan | Tatabahasa | 12.07.2019 |
| Munsyi Sebaik-baik pemuda itu ada juga melakukan kesilapan. atau Sebaik-baiknya pemuda itu ada juga melakukan kesilapan. TK | Sebaik-baik pemuda itu ada juga melakukan kesilapan. | Tatabahasa | 17.07.2012 |
| 1. Salah satu kata tugas ialah kata pembenda. Tolong jelaskan maksud "kata pembenda" ( seperti lajunya, sakitnya, baiknya ). 2. Apakah definisi lengkap "kata majmuk" ? 3. Adakah "kata" dan "perkataan" merujuk kepada makna yang sama ? | 1. Kata pembenda ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama misalnya lajunya, sakitnya, lantangnya. 2. kata majmuk ialah bentuk yang dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan lazimnya dieja terpisah. Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk maklumat lanjut. 3. Kata dan perkataan merujuk makna yang sama. | Tatabahasa | 09.04.2009 |
| Betulkah ayat di bawah? 1) Kita perlulah membentuk sikap cemerlang di sekolah. 2) Pakatan Harapan memulakan usaha untuk memartabatkan Bahasa Melayu. 3) Allah yang menguasai segalanya. 4) Mesin itu berfungsi dengan baiknya. 5) Kakak Din selamat melahirkan anak keduanya. | 1. Kita perlulah membentuk sikap cemerlang di sekolah - ayat ini tidak betul. 2. Pakatan Harapan memulakan usaha untuk memartabatkan Bahasa Melayu - ayat ini tidak betul. 3. Allah yang menguasai segalanya. Betul. 4. Mesin itu berfungsi dengan baiknya. Betul. 5. Kakak Din selamat melahirkan anak keduanya. Betul. | | Tatabahasa | 07.07.2022 |
| Selamat tengah hari. Sekadar ingin bertanya. Adakah ejaan perkataan "lembab" (lambat berfikir) telah digantikan dengan "lembap"? Jika benar, ada baiknya pihak tuan mengubah entri di dalam DBP tersebut (http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=lembab). Teruskan usaha murni DBP. Terima kasih. Yang benar, Hamdan | Data kami menyenaraikan maklumat daripada pelbagai sumber seperti Kamus Dewan dan Kamus Pelajar. Bagi mendapatkan maklumat yang sahih, kami mencadangkan tuan mengambil maklumat daripada Kamus Pelajar. Merujuk Kamus Pelajar, lembab bermaksud lambat berfikir. Lembap pula membawa banyak maksud, antaranya tidak cekap atau tidak cergas dalam menjalankan tugas dan melaksanakan pekerjaan. Tidak ada maksud yang benar-benar sama bagi kedua-dua perkataan tersebut. | Tatabahasa | 09.12.2014 |
| maksud kritis | Kritis ialah kata Indonesia bermaksud tidak dgn begitu sahaja menerima atau mempersetujui sesuatu (menimbangkan buruk baiknya terlebih dahulu). | Makna | 18.08.2008 |
| Salam Sejahtera. Mohon penerangan penggunaan kata -nya yang betul dalam ayat-ayat di bawah. a) Dia menjaga haiwan kesayangannya dengan baiknya. b) Dia menjaga haiwan kesayangannya dengan baik. Adakah penggunaan -nya selepas kata adjektif betul dalam ayat di bawah? a) Beg plastik itu diikat dengan kemasnya sebelum dibuang. b) Murid menyebut ayat tunggal dengan betulnya. Terima kasih. | Keempat-empat ayat boleh diterima. Untuk ayat 1(a), dan 1(b), kata "-nya" (haiwan kesayangannya)merupakan kata ganti diri orang ketiga yang merujuk kepada "dia". Untuk ayat 1(a), "...dengan baiknya", 2(a) "... dengan kemasnya", 2(b) "... dengan betulnya" merupakan keterangan cara yang mengandungi kata sendi nama dengan diikuti oleh kata adjektif baik, kemas, betul yang menerima kata pembenda -nya. | Tatabahasa | 09.02.2019 |
| Yang mana lebih betul? "Serat Diet" atau "Serat Pemakanan" | "Serat Diet" dan "Serat Pemakanan", kedua-duanya betul tetapi sebaik-baiknya utamakan bahasa Malaysia, justeru yang terbaik ialah "Serat Pemakanan" | Tatabahasa | 10.10.2007 |