Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1. Paraplough Plough 2. Single Furrow Ploughs 3. Sulky Ploughs 4. Turnwrest Ploughs 5. Deep Tillage Subsoiler 6. Shank Subsoiler 7. Terra Weeder. Sekian, didahului dengan ribuan terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1. Paraplough Plough - Bajak Berbilang Bilah 2. Single Furrow Ploughs - Bajak Alur Tunggal 3. Sulky Ploughs - Bajak Berpenarik Haiwan 4. Turnwrest Ploughs - Bajak Bilah Berbalik 5. Deep Tillage Subsoiler - Bajak Subtanah Pemugaran Dalam 6. Shank Subsoiler - Bajak Subtanah Berbatang 7. Terra Weeder - Pencabut Rumpai | Istilah | 01.03.2016 |
membajak padi betul ke ayat tu? emel ada dash ke tak de? generasi Y , G tu kena huruf besar ke? | Salam sejahtera, Membajak berasal daripada kata dasar 'bajak' yang bermaksud alat untuk menghancurkan serta menggemburkan tanah; tenggala. Membajak menggemburkan tanah dgn bajak; menenggala. Penggunaan 'membajak padi' adalah salah dan yang sebetulnya ialah membajak sawah. Ejaan yang betul bagi emel ialah e-mel. Generasi Y - istilah untuk menggambarkan generasi di banyak negara lahir dari zaman 1980-an hingga tahun 2001. Generasi Y juga dikenali sebagai Generasi Milenium. Istilah ini digunakan dalam demografi, sains politik, dan pemasaran. Cara penulisan yang tepat ialah 'Generasi Y' dan 'Generasi G'. (Kedua-dua permulaannya perlu ditulis dengan huruf besar) | Ejaan | 04.11.2012 |
Salam sejahtera, Saya ada pertanyaan mengenai istilah yang tepat untuk digunakan dalam bidang pertanian. Istilah yang mana yang tepat digunakan antara ini: alat membajak, alatan membajak, alat pembajakan, alatan pembajakan, alat pembajak, alatan pembajak? Terima kasih. | Untuk makluman, membajak bermaksud menggemburkan tanah dengan bajak, menenggala atau meluku. Pembajakan merupakan perbuatan membajak atau penenggalaan. Pembajak pula bermaksud alat untuk membajak atau tenggala. Manakala, alat dan alatan membawa maksud yang sama, iaitu peralatan yang digunakan untuk melakukan sesuatu kerja. Sehubungan dengan itu, penggunaan yang betul ialah alat membajak dan alatan membajak. | Makna | 02.06.2020 |
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberi terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1.Skid Steer Loader Attachments 2.Skid Steer Multipurpose Bucket 3.Skid Steer Loader Moldboards 4.All Wheel Drive Skid Steer 5.Radial Lift Skid Steer 6.Skid Steer Loader Trenching Machines Sekian, terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1.Skid Steer Loader Attachments – Alat Tambah Pemuat Kemudi Kelincir 2.Skid Steer Multipurpose Bucket – Timba Multifungsi Kemudi Kelincir 3.Skid Steer Loader Moldboards – Bajak Sepak Pemuat Kemudi Kelincir 4.All Wheel Drive Skid Steer – Kemudi Kelincir Pacuan Semua Roda 5.Radial Lift Skid Steer – Kemudi Kelincir Angkat Radial 6.Skid Steer Loader Trenching Machines – Mesin Pemaritan Pemuat Kemudi Kelincir | Istilah | 30.05.2016 |