Contoh buku atau samada laman web bagi membantu mencari contoh peribahasa kaum Bajau | Missy Sila hubungi Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia , Cawangan Sabah. | Lain-lain | 20.08.2010 |
penggunaan perkataan bunda. apakah maksud perkataan bunda. mengapakah penggunaan perkataan tersebut digunakan jika, maksud perkataan bunda tiada di dalam kamus. | Perkataan bunda bermaksud depan yang berkaitan dengan bentuk muka bumi dan idea berasosiasi dalam bahasa suku kaum Bajau Tuaran. Perkataan ini belum dirakamkan dalam kamus kerana bahasa sukuan ini belum meluas penggunaanya dalam kalangan masyarakat pengguna bahasa. | Istilah | 24.05.2010 |
Tuan, Saya ingin bertanya tentang ungkapan "beriya-iya", seperti "dia beriya-iya benar makan buah epal". Apakah kata akar bagi ungkapan ini? Saya telah mencarinya melalui pelbagai kamus di laman web ini, tetapi tidak jumpa perkataan tersebut. Yang saya jumpa hanyalah perkataan "sonsog" pada kamus sukuan (bahasa Bajau) yang bermaksud beriya-iya. Adakah perkataan ini sebenarnya wujud dalam bahasa Melayu? Kalau wujud, apakah kata akarnya? Mengapakah ia tidak tercatat di dalam kamus? Saya berharap akan mendapat jawapan yang tepat daripada pihak tuan. Sekian. Azlee Ashraf Bin Ruslee Tsu, Mie, Jepun. | Ejaan yang betul ialah beria-ia, daripada kata dasar ia (bermaksud ya, iaitu kata yang membawa makna mengakui, membenarkan, atau bersetuju dengan sesuatu). Kata terbitan beria-ia membawa beberapa maksud antaranya bersungguh-sungguh: dia beria-ia benar mengajak saya ke rumahnya. | Tatabahasa | 14.04.2009 |