Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : baju yg tidak berbelah dada; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sj baju (pakaian) tradisional orang Melayu (dipakai oleh wanita), bertebuk bulat di leher dgn sedikit bukaan di bahagian dada, berlengan panjang, dan berpesak di kiri kanan: dia kelihatan ayu dgn baju ~ merah jambu itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kurung
Kata Terbitan : kurungan, berkurung, mengurung, terkurung, pengurungan,

Puisi
 

Cik Yam duduk di pintu,
     Sambil menjahit baju kurung;
Sahabat diam memang begitu,
     Macam gunting makan di hujung.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ibu menjahitkan kakak baju kurung. atau Ibu menjahitkan baju kurung kakak. Ayat yang mana betul?Ayat yang betul ialah - Ibu menjahitkan kakak baju kurung. Menjahitkan bermaksud menjahit untuk orang lain.Tatabahasa26.07.2010
Boleh saya dapatkan penjelasan mengenai ejaan bagi perkataan seperti: i)tarian joget atau Tarian Joget? ii)baju kurung moden atau Baju Kurung Moden

Perkataan “tarian joget” dan “baju kurung moden” yang dieja dengan huruf kecil merujuk kata nama am, manakala pangkal setiap huruf perkataan “Tarian Joget” dan “Baju Kurung Moden” ditulis dengan huruf besar merujuk tajuk. 

Tatabahasa08.12.2022
Salam sejahtera. Ayat yang mana satu betul? 1. Warna baju kurung pilihan emak adalah biru. 2. Warna pilihan baju kurung emak adalah biru.Ayat yang lebih gramatis ialah Warna baju kurung pilihan emak ialah biru.Tatabahasa17.06.2016
yang mana satu yang betul? Pelajar-pelajar diajarkan cara-cara menjahit baju kurung @ Pelajar-pelajar diajar cara-cara menjahit baju kurungBerdasarkan konteks ayat yang diberikan, ayat pelajar-pelajar diajar cara menjahit baju kurung lebih sesuai digunakan. Bagi membantu saudara mendapatkan penerangan berkaitan perkara ini, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan.Tatabahasa13.08.2007
Adakah ayat berikut ayat tunggal? Kakak memakai baju kurung yang berwarna merah. Terima kasih.Ayat tersebut ialah ayat majmuk. Ayat tersebut terdiri daripada dua ayat, iaitu:
a) Kakak memakai baju kurung
b) Baju kurung berwarna merah.
Lain-lain07.07.2017
1) Kamu hendak memakai baju kurung atau baju kebaya? 2) Kamu mahu memakai baju kurung atau baju kebaya? ayat mana yang betul? minta pencerahan encik/puan. terima kasih.

Kedua-dua ayat tersebut betul. Carian jawapan boleh dibuat melalui laman web PRPM atau klik pautan FAQ (Soalan Lazim) melalui laman web KNDBP

Lain-lain10.10.2022
Ibu (dijahitkan) dua pasang baju kurung (oleh) kakak untuk dipakai pada hari raya (yang) akan datang. Dalam ayat ini ada kesalahan tak?Ayat “Ibu dijahitkan dua pasang baju kurung oleh kakak untuk dipakai pada hari raya akan datang” betul.Lain-lain24.03.2022
Adakah ayat ini betul? Kakak menjahitkan ibu sepasang baju kurung yang sedondon sempena hari jadi ibu yang akan diraikan pada minggu depan.

Shui terima kasih kerana menghubungi KNBDBP

 Ayat yang betul ialah  -  -Kakak menjahitkan  sepasang baju kurung yang sedondon untuk ibu sempena hari jadi ibu yang akan diraikan pada minggu depan.

Tatabahasa12.12.2009
Adakah ayat berikut betul dari segi penggunaan imbuhan men-...-kan bagi kata kerjanya dalam ayat: Ayah menghadiahkan saya seekor kucing @ Ayat menghadiahi saya seekor kucing. Ibu menjahitkan saya sepasang baju kurung @ Ibu menjahit saya sepasang baju kurungFungsi apitan meN-...-kan untuk menandakan kausatif, manakala apitan meN-...-i menandakan lokatif, contohnya; a. Pak Osman menghadiahkan basikal kepada Ahmad. b. Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal. Bagi kata tertentu, perbezaan penggunaan apiatan meN-...-i adalah dari segi objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek tidak bernyawa dan apitan meN-...-i menerima objek bernyawa. Contohnya; a. Ali memberi kucing makanan. b. Ali memberikan makanan kepada kucing. Perkataan memberi dalam ayat (b) sebenarnya terdiri daripada kata dasar beri yang menerima apitan meN-...-i, tetapi telah digugurkan.


Oleh itu, ayat yang betul ialah "Ayah menghadiahi saya seekor kucing".

Bagi ayat kedua, ayat yang betul ialah "Ibu menjahitkan saya sepasang baju kurung." Dalam bahasa Melayu, apitan me-...-kan juga membawa maksud benefaktif atau membuta sesuatu pekerjaan untuk orang lain. Perkataan tersebut dalam bahasa Melayu tidaklah banyak.
Tatabahasa20.04.2013
salam saya ada keraguan tentang kata nama baju kurung, kain sari dan ceongsam di antara tiga kata nama ini yang nama satukah kata nama khas dan apakah huraiannya yang menyatakan kata nama ini sebagai kata nama khas.

Kata nama am merujuk benda atau perkara yang bersifat umum manakala kata nama khas merujuk sesuatu benda yang bersifat khusus. Oleh itu, baju kurung, kain sari dan ceongsam ialah kata nama am.

Tatabahasa01.11.2010
123

Kembali ke atas