Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bajuku


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sila berikan penjelasan tentang penggunaan kata ' dengan '. kerana masih terdapat banyak kemusykilan, terima kasih. Sebagai kata sendi nama, penggunaan perkataan dengan di hadapan kata nama atau frasa nama digunakan untuk membawa maksud seperti berikut:
- Membawa maksud bersama-sama atau berserta, contohnya: Ayah pergi ke pekan dengan ibu
- Membawa maksud cara sesuatu itu dilakukan, contohnya: Kerja ini dapat dilakukan dengan kerjasama semua pihak.
- Membawa maksud memakai atau menggunakan, contohnya: Ani melukis potret itu dengan cat air.
- Menyatakan keadaan perbandingan yang serupa atau sama, contohnya: Warna bajunya sama biru dengan warna bajukuUntuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 280.
Tatabahasa01.06.2018

Kembali ke atas