Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bakeri 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon Bantuan perkataan jawi untuk : 1) PEMBEKAL BAHAN BAHAN BAKERISila tukar kepada: PEMBEKAL BAHAN BAKERIڤمبکل باهن باکري ).Ejaan12.12.2019
boleh terangkan apa maksud bakeri dan konfeksioneri? definisi yang penuh. terima kasihMerujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, bakeri bermakna 1. tempat (kilang) membuat roti (kek, pastri dsb); 2. kedai yg membuat dan menjual roti (kek, pastri dsb). Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat atau layari laman web DBP.Makna16.02.2009
ADAKAH LOGO SEPERTI INI BOLEH DIGUNAKAN? 1. Iklan untuk keperluan  papan premis perniagaan: tukar kepada KAFE DAN BAKERI dan ubah kedudukan perkataan tersebut di bahagian paling atas sebelah kiri.Lain-lain08.08.2017
Saudara, Tolong semak ejaan papan iklan saya yang akan letak di kedai saya. Remark: Bahasa Mandarin adalah terjemahan erti ayat melayu di atas Terima Kasih1. Besarkan saiz huruf: KEDAI BAHAN BAKERI
2. Sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my. Sila daftar akauan bagi pelanggan baharu untuk mendapatkan kata laluan. Klik Daftar iklan dan pilih jenis iklan - papan premis kedai. Rujuk tatacara seteresnya dalam laman web berkenaan.
Tatabahasa06.12.2017
nak check bahasa untuk buat signboard kedai dan approvalUntuk makluman puan, permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pendaftaran) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan.

Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan:  Papan premis kedai/pejabat/syarikat  (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan jumlah bayaran menjadi RM10.00 atau RM30.00 bergantung pada jenis iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format,  klik SIMPAN.

Sebelum muat naik visual iklan, sila buat pembetulan pada visual iklan terlebih dahulu:

1. Betulkan kepada KAFE DAN BAKERI
2. PROFUK MUSLIM boleh diletakkan di bahagian bawah nama perniagaan.
3. DREAMY CREAMY - Adakah nama perniagaan/syarikat ini telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau mempunyai tanda dagang (trademark)? Jika telah berdaftar, sila nyatakan No. SSM atau No. TM pada bahagian Maklumat tentang Iklan dalam borang Maklumat Iklan untuk rujukan kami, dan jika belum berdaftar, sila gunakan nama yang telah berdaftar dengan SSM atau yang mempunyai tanda dagang sahaja. Bagi nama yang mempunyai tanda dagang, sila letak simbol ™ atau ® pada nama tersebut. Sekiranya ingin menggunakan nama yang berbeza, sila gunakan nama dalam bahasa Melayu yang baik dan betul atau buat dwibahasa (Melayu - Inggeris) dengan bahasa Melayu diutamakan dari segi saiz, kedudukan dan warna huruf.
4. Sg. Buloh   (titik pada singkatan Sg.)
5. Dimiliki oleh:  XXX    (rapatkan titik bertindih dengan perkataan"oleh")

Lain-lain24.02.2022

Kembali ke atas