Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[baʔ.ti] | بقتي

Definisi : perbuatan baik utk menyatakan setia (kasih, hormat, dll), jasa: membuat ~ kpd negara;berbakti berbuat bakti (kpd), berjasa: ~ kpd nusa dan bangsa;membaktikan memberikan sesuatu utk tanda bakti, mengabdikan (menghambakan) dlm membuat sesuatu yg berfaedah: ~ harta dan tenaga kpd tanah air;kebaktian perbuatan baik (bakti), rasa setia (kasih, hormat, dll): jikalau demikian, siasialah ~ku;pembaktian perihal membaktikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[baʔ.ti] | بقتي

Definisi : perbuatan yg baik lagi berguna kerana setia atau kasih: Kita hendaklah selalu berbuat ~ kpd Allah, kedua-dua ibu bapa dan kpd sesama manusia. berbakti berbuat bakti; berbuat taat dan setia: Allahyarham Datuk Onn telah ~ kpd nusa dan bangsa. kebaktian hasil drpd berbakti; kesetiaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bakti


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
untuk tajuk back drop samada: MAJLIS MERAIKAN PESARA DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR ataupun MAJLIS MERAIKAN PESARA-PESARA DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR untuk tagline... KASIH DISEMAI...BAKTI DITUAI atau KASIH DISEMAI BAKTI DITUAI yang mana lebih tepat digunakan.

Assalammualaikum WM WBT

 

Tajuk latar pentas yang betul ialah MAJLIS MERAIKAN PESARA DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR.

Ejaan tema yang tepat ialah KASIH DISEMAI BAKTI DITUAI.

Untuk makluman saudara, ejaan yang betul ialah sama ada bukan samada.

Ejaan19.02.2014
Dia terus menabur bakti kepada masyarakat sehingga ke akhir hayatnya. Ungkapan “sehingga ke akhir hayat” betul atau salah? Jika salah, mohon cadangkan ungkapan yang betul. Terima kasih.

Saudara,

Ungkapan yang betul adalah ' Dia terus menabur bakti kepada masyarakat sehingga akhir hayatnya'.

Tatabahasa27.11.2009
Apakah perbezaan antara perkataan ibadah atau ibadat? adakah cara penggunaannya sama ? atau ada perbezaan?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan ibadat dan ibadah merupakan perkataan yang sama. Perkataan ini merupakan kata Arab yang bermaksud bakti (khidmat) kpd Tuhan, perbuatan dan amalan yg dilakukan sbg bakti kpd atau kerana Tuhan (spt sembahyang, berdoa, bersedekah, berbuat baik sesama manusia, dll): dia berdoa supaya semua ~nya diterima Tuhan; ahli ~ orang yg membuat ibadat;Istilah24.02.2010
Apakah peribahasa yg menggambarkan kita dinasihati supaya tidak lupa akan jasa dan bakti yg diterima. Malah cubalah untuk membalasnya.Peribahasa yang hampir ialah "Orang berbudi, kita berbahasa, orang memberi kita merasa.Makna04.07.2013
Tuan, Adakah terjemahan ini betul? (dalam laras bahasa papan iklan) 1. 100 years of commitment. 100 tahun penuh komitmen. 2. 100 years of serving the nation. 100 tahun menyemai bakti. Dari segi tatabahasa, adakah ayat-ayat di atas betul? Terima Kasih.Terjemahan yang diberikan adalah betul dan boleh digunakan.
1. 100 years of commitment - 100 tahun penuh komitmen
2. 100 years of serving the nation - 100 tahun menyemai bakti
Tatabahasa24.10.2012
Pihak MADA ingin menzahirkan sekalung penghargaan buat YBrs. Abdul Rashid Bahri (Ketua Pengarah FAMA merangkap Ahli Lembaga Pengarah MADA) atas segala jasa bakti dan sumbangan sepanjang menjayakan amanah yang digalas. Semoga terus berjaya dan sentiasa berada dalam rahmat-Nya. Terima kasih atas segalanya. betulkah sapaan yang digunakan?

Sapaan YBrs. Abdul Rashid Bahri dalam ayat tersebut adalah betul.


Tatabahasa02.07.2026
Saya guru buku teks SMK Taman Molek Johor Bahru. Saya ingin membuat aduan berkaitan buku yang diterima pada 1 Januari 2015 bertajuk SEJAMBAK BAKTI TINGKATAN 1(F051123) tidak cukup muka surat. Jumlah buku yang bermasalah ini sebanyak 46 buah. Saya berharap pihak tuan dapat mengambil tindakan segera memandangkan jumlah buku yang bermasalah ini melibatkan 46 orang pelajar. Sekian terima kasih.

Untuk maklumat yang berkaitan mohon hubungi Encik Abdul Khalid bin Mohd Diah, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran, Dewan Bahasa dan Pustaka melalui talian 03-89611836, 012-3176678 atau e-mel pp@dbp.gov.my.

Lain-lain14.01.2015
Bolehkah anda terangkan maksud epik melayu dan epik hindu?

Epik ialah karya sastera dan karya-karya lain yang menjadikan bakti kepahlawanan sebagai perkara sesebuah epik/mengangkat keperwiraan wiranya. Epik Melayu memaparkan kepahlawanan wira Melayu seperti hikayat Hang Tuah, manakala epik Hindu berlatarkan cerita keperwiraan wira hindu seperti Hikayat Seri Rama.

Sastera20.01.2011
Perbesaan diantara kegunaan perkataan dianugerahkan dan dianugerahi

Dianugerahkan bermaksud diberikan sesuatu sbg anugerah; YB Dato' Mohamad bin Abdullah dianugerahkan Pingat Jasa Bakti oleh DYMM Sultan Pahang; manakala dianugerahi bermaksud diberi anugerah, Ahmad dianugerahi seorang anak lelaki baru-baruini.

Tatabahasa06.11.2008
Bolehkah anda menasihati saya yang dalam kamus Bahasa Melayu-Bahasa Inggeris di pasaran mempunyai volcabularies yang paling. Pilihan kedua adalah Melay-Cina kamus. Sila berikan ISBN juga. untuk satu Saya sedang mencari supaya saya boleh mengetahui lebih lanjut perkataan Melayu semasa menonton TV. Saya gunakan kamus tiga bahasa Fajar Bakti, tetapi pada masa itu tidak mencukupi. Terima kasih. YeoSelamat ptg.
Maaf ayat tuan tidak lengkap. Pihak kami tidak faham maksud tuan. (Bolehkah anda menasihati saya yang dalam kamus Bahasa Melayu-Bahasa Inggeris di pasaran mempunyai volcabularies yang paling.) Walau bagaimanapun, saya mencadangkan pihak tuan merujuk laman web prpm.dbp.gov.my  Sekian, terima kasih. 
Lain-lain30.05.2016
1234

Kembali ke atas