Salam...saya ingin bertanya berkenaan dengan sebutan baku. Adakah sebutan baku boleh disama ertikan dengan bahasa baku? Maksud saya, adakah ciri-ciri bahasa baku dan sebutan baku adalah sama? Apakah perkaitan antara bahasa baku dengan sebutn baku? Terima Kasih | Sebutan baku ialah sebutan (huruf atau perkataan) yg telah ditentukan atau diterima sbg yg betul atau yg sewajarnya, ataupun disebut juga sebutan standard. Bahasa baku ialah bahasa yg teratur dan mantap pelbagai aspeknya (spt ejaan, bentuk kata, tatabahasa, dll) dan diterima oleh masyarakat sbg norma penggunaan yg betul atau sahih, disebut juga bahasa standard. Untuk maklumat lanjut saudari boleh mendapatkan buku Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, DBP, 1994 untuk mendapatkan maklumat lanjut. Terima kasih. | Tatabahasa | 29.10.2008 |
(a) Berikan definisi sebutan baku dan dasar umum sebutan baku bahasa Melayu. (b) Jelaskan perbezaan sebutan baku dengan sebutan Johor-Riau (biasa) dari segi fonologi. (C) Apakah kebaikan dan keburukan sebutan baku bahasa Melayu. | Sebutan baku ialah sebutan (huruf atau perkataan) yang telah ditentukan atau diterima sebagai yang betul atau yang sewajarnya, ataupun disebut juga sebutan standard. Perbezaan yang nyata antara bahasa baku dan sebutan bahasa Melayu Johor Riau ialah sebutan baku setiap perkataan akan disebut mengikut ejaannya. Paling ketara pada huruf a . Namun bagi bahasa Johor Riau ialah sebutan yang kita gunakan seharian. Contohnya sebutan baku bagi perkataan saya ialah saya manakala dalam sebutan bahasa Johor Riau ialah saye. Untuk maklumat lanjut tentang sebutan baku termasuklah kebaikan dan keburukan sila rujuk kertas kerja/makalah/buku yang berkaitan. | Tatabahasa | 01.07.2010 |
Selamat Pagi. Soalan saya, sedikit masa lalu kita diperkenalkan dengan penggunaan bahasa baku. pada hari ini saya dapati tiada lagi penggunaan bahasa baku. Namun penggunaan bahasa baku masih diamalkan di Singapura. Apa status bahasa baku di Malaysia. Masihkah lagi diamalkan? Jika tidak, mengapa? Mohon penjelasan pihak tuan. | Baku tidak terbatas pada aspek sebutan semata-mata. Komponen yang terdapat dalam bahasa baku termasuklah ejaan, tatabahasa, peristilahan, perbendaharaan kata, gaya atau laras bahasa dan sebutan. Walau bagaimanapun sebutan baku dihentikan pada tahun 2000 (bermula pada 1998) tanpa ada alasan yang kukuh. Proses pengukuhan sedang diusahakan dan DBP tetap berpegang pada sebutan baku kerana salah satu fungsi DBP ialah membakukan sebutan, ejaan dan istilah. Jika semua bahasa ada sebutan baku, maka bahasa Melayu juga harus ada sebutan baku. | Lain-lain | 03.10.2012 |
1. Apakah definisi sebutan baku dan dasar umum sebutan baku bahasa Melayu? 2. Apakah perbezaan sebutan baku dengan sebutan Johor-Riau(biasa) dari segi fonologi? 3. Apakah Kebaikan dan keburukan sebutan baku bahasa Melayu? | 1. Sebutan baku ialah sebutan (huruf atau perkataan) yang telah ditentukan atau diterima sebagai yang betul atau yang sewajarnya, ataupun disebut juga sebutan standard. 2.Sebutan baku Johor-Riau ialah sebutan yang biasa dituturkan oleh penduduk Melayu di Semenanjung Malaysia, terutamanya di sebelah pantai barat Semenanjung, merupakan sebutan bahasa Melayu yang asal yang hingga sekarang masih dituturkan oleh kebanyakan penduduk Malaysia tanpa dipengaruhi oleh dialek negeri masing-masing. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dua jenis sebutan ini, sila rujuk buku-buku yang berkenaan. | Makna | 25.05.2010 |
SALAM Saya ingin mendapatkan maklumat mengenai : 1. definisi sebutan baku 2. dasar umum sebutan baku bahasa melayu 3. perbezaan sebutan baku dengan sebutan Johor Riau (biasa) dari segi fonologi 4. kebaikan dan keburukan sebutan baku bahasa Melayu Terima Kasih | Sebutan baku ialah sebutan (huruf atau perkataan) yang telah ditentukan atau diterima sebagai yang betul atau yang sewajarnya, ataupun disebut juga sebutan standard. Sebutan baku Johor-Riau ialah sebutan yang biasa dituturkan oleh penduduk Melayu di Semenanjung Malaysia, terutamanya di sebelah pantai barat Semenanjung, merupakan sebutan bahasa Melayu yang asal yang hingga sekarang masih dituturkan oleh kebanyakan penduduk Malaysia tanpa dipengaruhi oleh dialek negeri masing-masing. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka. | Tatabahasa | 15.06.2010 |
Saya ingin tahu mengenai isu bahasa baku dan kesukaran sebutan baku Bahasa Melayu dilaksanakan di negara ini. Bagaimana sejarah perlaksanaannya, penyediaan pedoman umum sebutan baku, peranan agensi awam dan kesungguhan pelaksanaannya. Diharap pihak tuan dapat memberi maklumat berkenaan. Sekian, terima Kasih. | Soalan saudara berbentuk tugasan yang memerlukan pembacaan dan kajian yang mendalam. Untuk makluman, soalan saudara adalah di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa. Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, semakan penggunaan perkataan dan istilah, semakan bahasa/tatabahasa bahasa Melayu dan sebagainya. Walau bagaimanapun, kami memberikan sedikit penerangan mengenai sebutan baku untuk kefahaman awal saudara. Sebutan baku ialah sebutan (huruf atau perkataan) yang telah ditentukan atau diterima sebagai yang betul atau yang sewajarnya, ataupun disebut juga sebutan standard. Bahasa baku ialah bahasa yang teratur dan mantap pelbagai aspeknya (seperti ejaan, bentuk kata, tatabahasa, dll) dan diterima oleh masyarakat sebagai norma penggunaan yang betul atau sahih, disebut juga bahasa standard. Untuk maklumat lanjut saudari boleh mendapatkan buku Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, DBP, 1994 untuk mendapatkan maklumat lanjut. Terima kasih. | Tatabahasa | 14.07.2013 |
1. DEFINISI SEBUTAN BAKU BAHASA MELAYU. 2. PERBEZAAN SEBUTAN BAKU DENGAN JOHOR-RIAU DARI SEGI FONOLOGI. 3. KEBAIKAN DAN KEBURUKAN SEBUTAN BAKU BAHASA MELAYU | 1. Sebutan baku ialah sebutan (huruf atau perkataan) yang telah ditentukan atau diterima sebagai yang betul atau yang sewajarnya, ataupun disebut juga sebutan standard. 2.Sebutan baku Johor-Riau ialah sebutan yang biasa dituturkan oleh penduduk Melayu di Semenanjung Malaysia, terutamanya di sebelah pantai barat Semenanjung, merupakan sebutan bahasa Melayu yang asal yang hingga sekarang masih dituturkan oleh kebanyakan penduduk Malaysia tanpa dipengaruhi oleh dialek negeri masing-masing. 3. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dua jenis sebutan ini, sila rujuk buku-buku yang berkenaan. | Lain-lain | 17.06.2010 |
mengapakah dalam proses pembelajaran dan komunikasi harian, bahasa melayu baku tidak dipraktikkan? | Sebutan baku yang merupakan sebahagian daripada Bahasa Baku, sudah lama diperkenalkan. Masalah sikap pengguna bahasa sendiri yang menjadi punca mengapa bahsa baku tidak digunakan. | Lain-lain | 17.08.2006 |
Apakah perbezaan diantara bahasa baku dengan bahasa Johor -Riau apakah kebaikan dan keburukan penggunaan bahasa baku | Sdr. Sumayah Bahasa baku bermaksud sistem bahasa yang digunakan seragam dan mengikut rumus-rumus dan peraturan bahasa yang ditetapkan dan digunakan dalam suasana rasmi. komponen yang terdapat dalam bahasa baku ialah ejaan, tatabahasa, peristilahan, perbendaharaan kata, gaya atau laras bahasa dan sebutan. Manakala bahasa johor riau pula ialah bahasa yang kita gunakan pada masa ini yang tidak menyebut sesuatu perkataan mengikut sebutannya. Contohnya sebutan perkataan saya disebut saya bagi sebutan bahasa baku manakala dalam bahasa Johor Riau disebut saye. | Tatabahasa | 31.05.2010 |
Assalamualaikum, saya ingin mendapatkan penjelasan dari DBP tentang tiga perkara yang bersangkutan dengan sebutan / bahasa baku. Pertama, apakah yang dimaksudkan dengan baku sebenarnya dalam kontek bahasa? Kedua, sejauh manakah penggunaan sebutan / bahasa baku dalam kehidupan seharian masyarakat Malaysia? Ketiga, apakah pendirian rasmi Kerajaan Malaysia dalam isu baku ini kerana terdapat banyak keputusan / tindakan yang bercanggah dan tidak konsisten yang mengelirukan pengguna / rakyat dewasa ini. Justeru, pandangan muktamad serta pendirian DBP amat diharapkan dan sekiranya terdapat langkah atau usaha ke arah menguatkuasakannya semula, pohon diberi penjelasan juga. Terima kasih. | Bahasa baku bermaksud sistem bahasa yang digunakan seragam dan mengikut rumus-rumus dan peraturan bahasa yang ditetapkan dan digunakan dalam suasana rasmi. Komponen yang terdapat dalam bahasa baku ialah ejaan, tatabahasa, peristilahan, perbendaharaan kata, gaya atau laras bahasa dan sebutan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sejauh manakah penggunaan bahasa baku dalam kehidupan rakyat Malaysia dan pendirian kerajaan Malaysia berhubung hal ini, sila rujuk buku-buku berkenaan, makalah atau pusat rujukan berkaitan. | Lain-lain | 29.07.2010 |