Saya menghadapi masalah dalam memperbetul ayat-ayat ini jika ayat-ayat ini salah. 1- Hal ini dilihat dari segi penyalahgunaan perkataan tertentu. (dari segi) 2- Pasukan bomba dari Balai Bomba Daerah Dungun samapai dalam masa 10 minit. (dari Balai) 3- Kita boleh membantu kedua-dua ibu bapa dengan meringankan bebanan tugas mereka. (boleh membantu) | Encik Nor Nizam, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Saya menghadapi masalah dalam memperbetul ayat-ayat ini jika ayat-ayat ini salah. 1- Hal ini dilihat dari segi penyalahgunaan perkataan tertentu. (dari segi) 2- Pasukan bomba dari Balai Bomba Daerah Dungun samapai dalam masa 10 minit. (dari Balai) 3- Kita boleh membantu kedua-dua ibu bapa dengan meringankan bebanan tugas mereka. (boleh membantu) ketiga-tiga soalan yang ditanyakan adalah betul. | Tatabahasa | 17.03.2009 |
Salam tuan/puan, Harap tuan/puan sudi meluangkan masa untuk mengkategorikan kata nama yang saya berikan sebagai contoh di bawah sama ada kata nama am tak hidup institusi (KNATHI) atau kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit (KNATHBIK). Jika KNATHI, tuan/puan boleh tandakan (I) atau jika KNATHBIK) tandakan (B). rumah padang sekolah bank mahkamah gereja masjid tokong kuil perpustakaan muzium istana plaza tol pasar malam tanjung teluk terowong tandas makmal taman dapur langit balai bomba balai polis kompleks sukan pejabat tanah pejabat imigresen universiti pejabat pos kilang roti kedai buku stesen minyak kafe siber Terima kasih yang tidak terhingga. | Pengenalpastian sama ada kata nama am tak hidup institusi (KNATHI) atau kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit (KNATHBIK) dibuat melalui kehadiran kata sendi nama sebelum kata nama tersebut. KNATHI dikenal pasti melalui kehadiran kata sendi nama (KSN) kepada dan daripada sebelum KNATHI, manakala KNATHBIK didahului oleh KSN ke dan dari. Rujuk Tatabahasa Dewan halaman 99-100. | Tatabahasa | 19.11.2014 |
minta pembetulan karangan surat ini. Tuan, PERMOHONAN PENDAFTARAN TASKA Adalah dengan hormatnya saya menarik perhatian perkara diatas. 2. Merujuk kepada surat tuan bertarikh pada 21 September 2010 dlm PKMD. Pk. 01/800/02/2/Jilid 14 memaklumkan untuk mendaftarkan TASKA. 3. Sukacita saya maklumkan seperti berikut :- 3.1. Surat tuan, Kepada Pengarah, Jabatan Perancang Bandaraya, Majlis Bandaraya Ipoh bertarikh 14 Julai 2010 dlm PKMD.PK. 01/800/02/2/ sehingga kehari ini belum lagi mendapat jawabpan. Walau bagaimana pun pihak Majlis Bandaraya Ipoh telah pun menghantar pegawai membuat lawatan serta meninjau kedudukan TASKA tersebut pada 22 September 2010. 3.2. Surat tuan, Kepada Pegawai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh bertarikh 14 Julai 2010 dlm PKMD.PK. 01/800/02/2 sehingga kehari ini belum lagi mendapat sebarang jawabpan. 4. Dengan ini saya akan membuat permohonan pendaftaran TASKA tersebut setelah mendapat maklum balas serta kelulusan daripada semua jabatan yang berkaitan dengan kadar yang segera. Sekian, terima kasih. Saya yang benar, | Encik Abdul Rahim, Tuan, PERMOHONAN PENDAFTARAN TASKA Dengan segala hormatnya surat tuan bertarikh 21 September 2010 dlm PKMD. Pk. 01/800/02/2/Jilid 14, memaklumkan untuk mendaftarkan TASKA dirujuk. 2. Sukacita saya maklumkan seperti yang berikut :- 2.1 Surat tuan, Kepada Pengarah, Jabatan Perancang Bandaraya, Majlis Bandaraya Ipoh bertarikh 14 Julai 2010 dlm PKMD.PK. 01/800/02/2/ sehingga kehari ini belum lagi mendapat jawapan. 2.2 Surat tuan, Kepada Pegawai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh bertarikh 14 Julai 2010 dlm PKMD.PK. 01/800/02/2 sehingga kehari ini belum lagi mendapat sebarang jawapan 3. Walau bagaimana pun pihak Majlis Bandaraya Ipoh telah pun menghantar pegawai membuat lawatan serta meninjau kedudukan TASKA tersebut pada 22 September 2010 4. Untuk makluman tuan saya akan membuat permohonan pendaftaran TASKA tersebut setelah mendapat maklum balas serta kelulusan daripada semua jabatan yang berkaitan dengan kadar yang segera. Sekian, terima kasih. Saya yang benar, . | Lain-lain | 01.10.2010 |