Salam sejahtera, Soalan: Menukarkan ayat i bawah dari ayat aktif kepada ayat pasif. Baginda menganugerahi pahlawan itu bintang kehormat dalam satu istiadat yang berlangsung di Balirung Seri, Istana Alam Shah, Klang. Jawapan 1: pahlawan itu dianugerahi oleh baginda bintang kehormat dalam satu istiadat yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang. Jawapan2: Pahlawan itu dianugerahi bintang kehormat oleh baginda dalam satu istiadat yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang. Persoalan saya, berdasarkan jawapan di atas, manakah yang dianggap sebagai jawapan yang betul dan gramatis? Terima kasih | Jawapan yang betul ialah jawapan no.2. | Tatabahasa | 28.07.2010 |
Salam sejahtera, Soalan berbunyi: Menukarkan ayat di bawah dari ayat aktif kepada ayat pasif. Baginda menganugerahi pahlawan itu bintang kehormat dalam satu istiadat yang berlangsung di Balirung Seri, Istana Alam Shah, Klang. Jawapan 1: pahlawan itu dianugerahi oleh baginda bintang kehormat dalam satu istiadat yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang. Jawapan2: Pahlawan itu dianugerahi bintang kehormat oleh baginda dalam satu istiadat yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang. Persoalan saya, berdasarkan jawapan di atas, manakah yang dianggap sebagai jawapan yang betul dan gramatis? Terima kasih | Jawapan yang betul ialah jawapan no.2. | Tatabahasa | 28.07.2010 |
balairong seri merupakan nama khas atau nama am? bagaimana ejaan yang tepat? adakah Balairong Seri atau balairong seri? apakah perbezaan kata nama am dengan kata nama khas? | Ejaan yang betul ialah balairung seri. Perkataan ini ialah kata nama am. Kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar. Contoh kata nama khas ialah seperti Amelia, Raja Zakuan, Jibrail, Kancil, Melayu, Singapura, Piala Thomas, Dewan Bahasa dan Pustaka, Honda, dan lain-lain. Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara, atau konsep yang umum sifatnya. Kata nama am boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu hidup atau tak hidup, manusia atau bukan manusia, institusi atau bukan institusi, konkrit atau abstrak, dan berbilang atau tak berbilang. Contoh kata nama am ialah seperti pegawai, penyanyi, bayi, bidadari, semut, rumput, pejabat, sawah, dunia, laut, senyuman, rancangan, keburukan, roh, hawa, ajaran, dan lain-lain. | Ejaan | 06.04.2011 |
Boleh sila semak ayat serta ejaan di bawah betul atau tidak... terima kasih. ISTIADAT PELANTIKAN DAN PERTABALAN DYMM TUNKU AMPUAN BESAR NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS TUANKU AISHAH ROHANI BINTI ALMARHUM TENGKU BESAR MAHMUD PADA 14HB APRIL 2009 BERSAMAAN 18HB RABIULAKHIR 1430H DI-BALAIRONG SERI, ISTANA BESAR SERI MENANTI | Teks yang betul adalah seperti yang berikut : ISTIADAT PELANTIKAN DAN PERTABALAN DYMM TUNKU AMPUAN BESAR NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS, TUANKU AISHAH ROHANI BINTI ALMARHUM TENGKU BESAR MAHMUD PADA 14 APRIL 2009 BERSAMAAN DENGAN 18 RABIULAKHIR 1430H DI BALAIRUNG SERI, ISTANA BESAR, SERI MENANTI. | Tatabahasa | 01.04.2009 |