| Salam sejahtera, Saya ingin bertanya perbezaan antara PERDAGANGAN dengan PEMERDAGANGAN. Saya telah merujuk Kamus Dewan untuk mencari maksud PEMERDAGANGAN tetapi tidak ada. Soalan kedua ialah maksud peribahasa "Seperti balak hanyut" dan "Seperti balak terendam". Peribahasa ini juga tidak terkandung dalam KD. Terima kasih. | Saudara, Kedua-dua istilah ini boleh digunakan bergantung pada konteks penggunaan. Pemerdagangan ialah terjemahan bahasa Melayu bagi padanan bahasa Inggeris 'Commerlization'. Perdagangan ialah terjemahan bahasa Melayu perkataan bahasa Inggeris 'trade' yang bermaksud perihal berdagang, urusan berniaga, perniagaan (biasanya antara negara). Untuk menjawab soalan kedua diharap dapat memberikan contoh penggunaan 'peribahasa' ini. | Makna | 15.06.2010 |
| Assalamualaikum, Merujuk kepada jawapan yang tuan berikan terhadap pertanyaan saya bagi maksud "engineered timber", "engineered wood" dan "mass timber." Bolehkah saya simpulkan seperti di bawah? i) "Engineered timber" = balak tereka bentuk ii) "Mass engineered timber" = balak besar tereka bentuk iii) "Engineered wood" = kayu tereka bentuk Sekain, terima kasih. | Cadangan kami: i. engineered timber - kayu balak tereka bentuk ii. engineered wood - kayu tereka bentuk iii. mass timber (mass engineered timber) - kayu besar tereka bentuk | Istilah | 24.01.2019 |
| Assalamualaikum tuan, Saya ingin dapatkan terjemahan untuk "engineered timber", "engineered wood" dan "mass timber." Sekian, terima kasih. | Padanan "engineered" dalam Bahasa Melayu ialah tereka bentuk. Melalui carian di internet "engineered timber" khusus kepada kayu daripada sumber balak, manakala "engineered wood" boleh terhasil daripada pelbagai jenis kayu termasuk balak. "Mass timber" (mass engineered timber) ialah produk kayu yang distruktur dengan lebih baik. Belum ada padangan ketiga-tiga perkataan ini dalam sumber rujukan kami. Cadangan kami, "engineered timber - kayu balak tereka bentuk", "engineered wood - kayu tereka bentuk" dan "mass timber (mass engineered timber) - kayu besar tereka bentuk", sekiranya sesuai dengan konteks penggunaannya | Penyemakan dan penterjemahan | 21.01.2019 |
| Salam sejahtera. Bolehkah saya tahu istilah yang sesuai bagi perkataan "timberland", yang merujuk kawasan hutan yang diuruskan bagi sumber kayu balak. Terima kasih | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "timberland" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, berdasarkan maksud yang diberikan, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah kawasan kayu balak. | Istilah | 18.04.2014 |
| Terdapat perbezaan definisi "kayu jaras", di dalam Kamus DBP - kayu balak yg bergaris pusat kecil (kurang drpd 150 mm) dan boleh digunakan sebagai tiang rumah, tiang elektrik, atau jambatan; (Kamus Dewan Edisi Keempat) manakala di dalam Seksyen 2 Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313) - “kayu jaras” ertinya mana-mana bahagian yang dipotong daripada pokok, dan yang mempunyai garis pusat kurang daripada tiga puluh sentimeter pada sebelah hujungnya yang besar, yang tidak disediakan selanjutnya untuk digunakan selain membuang kulit dan dahan yang menganjur. Terdapat perbezaan saiz diameter. Mohon semakan pihak tuan, terima kasih. | Salam sejahtera, Berdasarkan takrifan kayu jaras dalam Kamus Dewan Perdana, terbitan DBP pada tahun 2020 dan juga dalam istilah bidang Perhutanan, dinyatakan bahawa kayu jaras ialah kayu balak bergaris pusat kecil yang kurang daripada 150 mm. Disarankan saudara merujuk pakar di Jabatan Perhutanan untuk mendapatkan pengesahan, dan pada masa sama pihak kami juga akan membuat semakan. | Makna | 11.09.2025 |
| Adakah perkataan pencapjarian? Contoh ayat seperti berikut: "Yang pertama menggunakan pencapjarian DNA untuk pengesanan balak pada tahun 2009" | Boleh dibentuk perkataan tersebut daripada kata dasar cap jari menerima apitan peN-...-an menjadi pengecapjarian (bukan pencapjarian), iaitu perihal /proses mengecap jari. Walau bagaimanapun tidak ada contoh penggunaan perkataan tersebut dalam pangkalan data kami. | Tatabahasa | 19.07.2012 |
| hendak tahu tentang pola keselarasan vokal | Terdapat 18 pola keselarasan vokal, iaitu: 1. a-a (asah, balak) 2.a-i (alih, balik) 3. a-u (asuh, datuk) 4. e pepet - a (emas,kelam) 5.e pepet -i (lebih, betik) 6. e pepet - u (telur, tempuh) 7. e taling - a (elak, dewan) 8. e taling - e taling (leceh, gelek) 9. e taling - o (esok, telor) 10. i - a (ingat, kilang) 11. i - i (intip, sisih) 12. i - u (riuh, tidur) 13. O - a (otak, borang) 14. O - e taling (oleh, boleh) 15. O - o (obor, borong) 16. u - a (ubat, tumpang) 17. u - i (usik, kuih) 18. u - u (untuk, tunduk) Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu. | Tatabahasa | 24.05.2010 |
| Ejaan Hartanah atau Harta Tanah? | Harta tanah bermaksud (Eko) tanah dan apa-apa sahaja yang terdapat di atasnya (seperti bangunan, tanaman, balak, atau galian); Hartanah juga bermaksud harta tanah. Oleh itu, kedua-dua perkataan hartanah dan harta tanah ini diterima dan terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://prpm.dbp.gov.my
| Lain-lain | 08.08.2022 |
| di hutan atau di dalam hutan? ataupun kedua-dua diterima? | Kedua-dua frasa di hutan dan di dalam hutan betul dan boleh digunakan Contohnya "Pengembara itu sesat di dalam hutan" dan "Pokok balak banyak terdapat di hutan simpan. | Tatabahasa | 25.10.2017 |
| Assalamualaikum... saya nak tanya tentang pola keselarasan vokal. terdapat 18 bentuk pola keselarasan vokal. Bolehkah tolong senaraikan kesemua pola keselarasan tersebut beserta dengan contohnya sekali. Sekian,terima kasih | 1. a-u (asah, balak) 2.a-i (alih, balik) 3. a-u (asuh, datuk) 4. e pepet - a (emas,kelam) 5.e pepet -i (lebih, betik) 6. e pepet - u (telur, tempuh) 7. e taling - a (elak, dewan) 8. e taling - e taling (leceh, gelek) 9. e taling - o (esok, telor) 10. i - a (ingat, kilang) 11. i - i (intip, sisih) 12. i - u (riuh, tidur) 13. O - a (otak, borang) 14. O - e taling (oleh, boleh) 15. O - o (obor, borong) 16. u - a (ubat, tumpang) 17. u - i (usik, kuih) 18. u - u (untuk, tunduk) Maklumat lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu. | Istilah | 07.04.2009 |