Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bahan berat spt plumbum atau besi jongkong yg dibawa dlm kapal utk memperbaik kestabilan kapal terutamanya yg tidak membawa kargo, tolak bara, pengimbang kapal, pemberat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata balas II


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bantuan untuk memperbetulkan dari segi susun bahasa contoh seperti di bawah:- untuk maklum balas 1) Dengan segala hormatnya saya menarik perhatian tuan/puan mengenai perkara tersebut di atas. untuk jawab maklum balas 2) Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada minit bebas @ surat no. rujukan ....., bertarikh ...... seperti perkara di atas. 3) Dukacita dimaklumkan bahawa bahagian ini tiada wakil untuk sertai jemputan tersebut. 4) Saya ini memahami maksud penggunaan "Minit bebas", "Minit ceraian" dan "minit curaian". 5) Saya amat lemah dari segi penggunaan tatabahasa untuk mengarang sesuatu surat atau apa2 dalam bentuk ayat. Jadi, adakah buku yang sesuai untuk dijadikan bahan rujukan saya. Saya harap mohon bantuan dari tuan/puan. terima kasihi. Dengan segala hormatnya saya ingin menarik perhatian tuan/puan mengenai perkara di atas atau Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas. ii. Dengan segala hormatnya saya merujuk surat tuan bertarikh ... yang berkaitan perkara di atas. iii. Dimaklumkan bahawa bahagian kami tiada menghantar wakil untuk menyertai majlis ini. iv. Minit ceraian ialah cabutan minit daripada minit induk; minit curai ialah laporan ringkas yang disediakan oleh pegawai yang kembali menghadiri seminar atau kursus untuk dikemukakan kepada ketua jabatan sebelum minit lengkap atau laporan lengkap diterima daripada penganjur.Lain-lain19.05.2010
Salam Tuan/Puan, Bolehkah saya dapatkan terjemahan istilah Bahasa Inggeris berikut (dalam konteks metodologi kajian dan statistik): i. unidimensionality ii. normality test iii. corrected item total correlation iv. convergent validity v. disriminant validity Maklum balas dan kerjasama Tuan/Puan adalah amat dihargai. Sekian, terima kasih.

Walaikumussalam.

Cadangan terjemahan yang sesuai ialah:

i.       Unidimensionality = keekadimensian

ii.      Normality test = ujian kenormalan

iii.     Corrected item-total correlation = korelasi item-jumlah dibetulkan

iv.    Convergent validity = keesahan konvergen
v. Discriminant validity = keesahan diskriminan

Terima kasih.

Istilah16.01.2017
Assalamualaikum. Pada 4hb Mei 2017, saya mengajukan soalan mengenai satu istilah bahasa Arab. Pihak DBP memaklumkan bahawa soalan saya telah dihantar kepada pakar bahasa Arab dan akan menghantar jawapan sebaik menerima maklum balas. Pada 23hb Ogos 2017, saya membuat susulan. Malangnya emel balas pihak DBP tidak didaftarkan ke peti masuk emel saya. Maaflah. Hari ini saya majukan soalan saya sekali lagi. Apakah istilah bahasa Melayu yang setara dengan istilah bahasa Arab ini: (اِسْمُ الْعَلَمِ)? Adakah: (i) isim al-alami, (ii) isim al-alam, (iii) isim alami, (iv) isim alam, (v) kata nama al-alami, (vi) kata nama al-alam, (vii) kata nama alami, (viii) kata nama alam, (ix) kata nama semula jadi, atau (x) suatu istilah lain yang selain daripada yang disenaraikan di atas? Terima kasih.Tiada maklumat tentang istilah berkenaan dalam pangkalan data kami. DBP tidak menerbitkan kamus/istilah nahu dan saraf bahasa Arab, maka agak sukar untuk kami mendapatkan jawapan tentang istilah yang berkenaan daripada pihak yang berwenang.Tatabahasa13.01.2018
Merujuk kepada maklum balas pihak tuan bertarikh 4 Oktober 2017, bersama-sama ini disertakan cadangan dalam Bahasa Melayu bagi istilah Bahasa Inggeris yang berikut untuk perhatian tuan selanjutnya. i) suppressor variable : pemboleh ubah penekan (dalam konteks statistik, pemboleh ubah ini berfungsi untuk menekan (suppress) varians yang tidak berkaitan dalam pemboleh ubah tidak bersandar. Hasilnya, suatu perhubungan sifar atau menghampiri sifar dapat dilihat antara pemboleh ubah penekan dengan pemboleh ubah bersandar. Selain itu, pemboleh ubah penekan turut mempunyai hubungan linear dengan satu atau lebih pemboleh ubah tidak bersandar. Pemboleh ubah penekan ini turut tergolong dalam kelompok pemboleh ubah tidak bersandar dalam model regresi linear pelbagai. ii) reciprocal suppression : tekanan timbal-balik iii) inconsistent mediation : pengantaraan tidak konsisten iv) bias-corrected confidence interval : selang keyakinan pesongan-dibetulkan v) negative suppression: tekanan negatif Adalah diharapkan agar pihak tuan dapat membantu dalam terjemahan istilah tersebut. Bantuan dan kerjasama pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.Disampaikan maklumat yang dilampirkan untuk makluman dan perhatian tuan selanjutnya. Terima kasih.Istilah06.10.2017
Assalamualaykum Tuan/Puan, Merujuk kepada maklum balas email Tuan/Puan yang lepas, berikut saya sertakan cadangan istilah berkenaan dalam bahasa melayu: Spiritual Intelligence: Kecerdasan Spiritual/ Kecerdasan Rohani Compassion Fatigue: Kelelahan Belas Kasihan/Kelelahan Ihsan Compassion Satisfaction: Kepuasan Belas Kasihan/ Kepuasan Ihsan Secondary Traumatic Stress: Tekanan Traumatik Sekunder Burnout: Kelesuan Healthcare Provider: Pihak Penjagaan Kesihatan Terima kasih atas bantuan dan keprihatinan pihak Tuan/Puan. Wassalam. ArifWaalaikumussalam...
Cadangan terjemahan yang sesuai bagi:
 i. Spiritual Intelligence ialah Kecerdasan Spiritual
ii. Compassion Fatigue islsh Lesu Belas Kasihan
iii. Compassion Satisfaction ialah Lesu Kepuasan
iV. Secondary Traumatic Stress ialah Tekanan Trauma Sekunder
v. Burnout ialah Terbakar
vi. Healthcare Provider ialah Penyediaan Penjagaan Kesihatan
Makna05.12.2017
SOALAN 1 seseorang yang mempunyai gelaran Profesor Dr. dan memegang jawatan dalam sesebuah jabatan, sekiranya penama perlu menandatangani surat adakah boleh diletakkan singakat gelaran seperti berikut atau sebaliknya: i. PROF. DR....... ii. PROFESOR DR...... SOALAN 2 dan di dalam surat rasmi untuk ayat bolehkah digunakan seperti berikut atau sebaliknya i. kerjasama dari pihak YBhg. Prof. Dr. ii. kerjasama dari pihak YBhg. Profesor Dr. Terima kasih. kerjasama dan maklum balas dari pihak YBhg. Profesor Dr. atau YBhg. Prof. Dr....1. Bentuk penulisan yang lazim ditemukan ialah Prof. Dr., walau bagaimanapun bukanlah satu kesalahan sekiranya  ejaan penuh Profesor Dr. digunakan.
2. Contoh penggunaan dalam surat: "Atas perhatian dan kerjasama daripada pihak YBhg. Prof. Dr., kami dahulukan ucapan terima kasih." atau "Atas perhatian dan kerjasama daripada pihak YBhg. Profoser Dr., kami dahulukan ucapan terima kasih."
Tatabahasa18.10.2019
Assalamualaikum. Apakah istilah bahasa Melayu yang setara dengan istilah bahasa Arab ini: (اِسْمُ الْعَلَمِ)? Adakah: (i) isim al-alami, (ii) isim al-alam, (iii) isim alami, (iv) isim alam, (v) kata nama al-alami, (vi) kata nama al-alam, (vii) kata nama alami, (viii) kata nama alam, (ix) kata nama semula jadi, atau (x) suatu istilah lain yang selain daripada yang disenaraikan di atas? Terima kasih.Soalan puan telah dihantar kepada pakar bahasa Arab untuk mendapatkan jawapan yang tepat.  Pihak DBP akan menghantar jawapan soalan puan ini sebaik menerima maklum balas daripada pakar.  Terima kasih.Makna04.05.2017
istilah kejuruteraan bagi- a) Condensate Filter b) Hydrogen Bullet c) Off Gas d) Accumulator e) solvent Feedstock f) Circulation g) Circulating h) Return Line Filter i) Top Circulating Reflux j) Colh front Cooler selain itu pengesahan bagi preheater sama ada prapemanas ataupun pemanas awal Terima kasih atas maklum balas yang bakal diberikan.

Puan,

Padanan istilah adalah seperti yang berikut:

i. turas peluwap ii. peluru hidrogen iii. tutup gas iv. penumpuk v. pelarut suapan vii. peredaran viii. edaran ix. turas garis balik x. refluks edaran atas  xi. perenggan dingin/sejuk xii. prapemanas

Istilah27.08.2010
Salam sejahtera. Saya pelajar UPSI telah diberi tajuk kajian iaitu "pemantauan dan pengauditan bahasa DBP".. Apakah peranan DBP dalam pemantauan dan pengauditan bahasa tersebut? Harap dapat membantu. Terima kasih

         Program Audit Bahasa Melayu dalam Perkhidmatan Awam dilaksanakan sebagai susulan daripada arahan YAB Timbalan Perdana Menteri untuk memantau pelaksanaan Pekeliling Bil. 9 Tahun 2011, Panduan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam bagi menegaskan pelaksanaan penggunaan bahasa kebangsaan.  Audit Bahasa Melayu dalam Perkhidmatan Awam ini bertujuan untuk membuat penilaian tentang tahap dan mutu bahasa Melayu yang digunakan bagi maksud urusan rasmi dalam negara, urusan rasmi antarabangsa, pengiklanan kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam, perkhidmatan kaunter, maklum balas aduan dalam akhbar dan isu media massa serta paparan dan peragaan. Program ini dilaksanakan dengan melihat dua aspek utama, iaitu:

 

(i)      Tahap penggunaan bahasa kebangsaan dalam perkhidmatan awam, dan

(ii)     Mutu bahasa kebangsaan  yang digunakan.


DBP melakukan pemantauan penggunaan bahasa kebangsaan di tempat awam, sektor awam, sektor swasta dan aduan pengguna. Pemantauan dilaksanakan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan yang mencakupi papan iklan premis perniagaan, papan iklan luar, gegantung, kain rentang,  penamaan bangunan dan jalan, pusat beli-belah dan lain-lain.

 
Dewan Bahasa dan Pustaka akan mengeluarkan surat teguran kepada pihak yang melakukan kesalahan bahasa supaya kesalahan tersebut dibaiki atau surat penghargaan kepada pihak yang mengutamakan penggunaan bahasa kebangsaan serta yang baik dan betul.

 

Lain-lain30.10.2016
Aswb, Ingin saya tahu fungsi tanda baca [( )] dan penggunaannya secara praktikal hari ini. Apakah masih perlu pelajar tahu tentang tanda baca ini sedangkan bentuk yang sedemikian lebih sering mereka temui dalam masalah matematik. Sekian. Terima kasih.

Berdasarkan rujukan kami, tanda baca ( ) digunakan untuk tujuan tertentu seperti yang berikut:

(a) Mengapit singkatan, akronim, keterangan atau penjelasan tambahan.                                                            Contoh ayat, Latihan itu akan diadakan di PULAPOL (Pusat Latihan Polis).

(b) Mengapit keterangan atau penjelasan sumber bahan. Contoh ayat, Berbagai-bagai jenis ayat dalam bahasa Melayu dapat dipelajari daripada buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et al., 1994)                                                                                    

(c) Mengapit angka atau abjad yang menunjukkan bilangan. Contoh ayat, Saksi memberi keterangan dalam tiga peringkat, iaitu: (i) Pemeriksaan utama, (ii) pemeriksaan balas, dan (iii) pemeriksaan semula.

(d) Mengapit matrik yang tidak lebih daripada dua baris. 

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Gaya Dewan Edisi Ketiga.                                                                                                       

 

Lain-lain16.02.2010

Kembali ke atas