Apakah penjodoh bilangan bagi baldi? biji atau buah | Penjodoh bilangan untuk baldi ialah "buah" | Tatabahasa | 10.04.2016 |
Adakah betul secara istilahnya menggunakan perkataan 'mengaut' didalam konteks ayat ini. Saya mengaut air sungai dengan baldi . saya berpendapat mencedok tidak tepat jika digunakan dengan kata nama baldi kerana cedok adalah untuk kuantiti yang sedikit seperti sendok atau cetung. Mohon jawapan dan nasihat. | Lazimnya perbuatan mengaut dilakukan dengan tangan (mengumpulkan dengan tangan), seperti mengaut pasir di pantai. Oleh itu, kata mengaut tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 20.09.2011 |
1.Apakah penjodoh bilangan yg sesuai untuk songkok, kopiah, pasu, dan baldi? 2. Apakah bahasa istana untuk 'rombongan'? | Saudara Razkam, Sebagai makluman tidak semua benda memilki penjodoh bilangan. Namun untuk 'songkok, kopiah, pasu, dan baldi' penjodoh bilangan yang digunakan ialah buah. Untuk pertanyaan kedua, tiada maklumat bahasa istana untuk perkataan rombongan dalam sistem kami. Mohon maaf atas kesulitan tersebut. | Tatabahasa | 13.09.2012 |
1.saya menenangkan hati mangsa kebakaran supaya bersabar. 2. sebuah rumah dijilat api yang marak 3. sesetengah orang membawa baldi yang berisi air untuk memadamkan api yang marak. ayat-ayat ini betul tak ? | 1. Saya menenangkan mangsa kebakaran supaya bersabar. 2. Sebuah rumah dijilat api yang marak 3 Sesetengah orang membawa baldi yang berisi air untuk memadamkan api yang marak. | Lain-lain | 20.07.2017 |
Salam. Apa padanan terjemahan paling sesuai untuk "bucket" KFC? Timba, baldi atau bakul? Ada cadangan lebih baik? | Kebiasaaanya, "bucket" KFC ditulis secara italik, bucket KFC. | Makna | 14.07.2020 |
Adakah ayat ini betul. Puan Nadiah Bahiyah MENJIRUS air dari dalam baldi untuk menyiram pokok bunga di halaman rumah Sekian, terima kasih. | Puan Nadiah Bahiyah menjirus pokok bunga di halaman rumah. (Ayat betul) Puan Nadiah Bahiyah menyiram pokok bunga di halaman rumah. (Ayat Betul) Menjirus- merujuk kepada menyiram dengan air (Kamus Dewan Edisi Keempat) | Tatabahasa | 13.08.2012 |
Nek Miah sedang ___air hujan menitik dari atap rumahnya yang bocor menggunakan baldi. B menadah C menampung (munsyi, apakah jawaban yang sesuai, TK.) | Menadah. | Tatabahasa | 07.03.2013 |
Salam.Apakah kata bilangan untuk orang sekiranya dalam satu gambar, terdapat dua orang mengandar baldi susu getah yang berasingan? Kedua atau kedua dua. Sekian | Frasa yang betul ialah "kedua-dua orang..." | Tatabahasa | 10.10.2013 |
Encik Saya nak tanya sama ada ayat di bawah betul dari segi tatabahasa. Saya mengangkat baldi yang berisi air. | Ayat di atas betul tatabahasanya. | Tokoh | 26.05.2015 |
Salam Satu Malaysia, Berikan penjodoh bilangan bagi benda berikut a)pasu bunga b)jam tangan c) karipap d) ubi kentang e)ubi kayu f)lampu panjang g)mentol h)batu i)baldi j)pelampung Sekian, terima kasih. | 1. Sebuah pasu bunga. 2. Seutas jam tangan 3. Sebiji karipap 4. Bergantung pada keadaan. 5. Bergantung pada keadaan. 6. Sebatang lampu 7. Sebiji mentol 8. Sebiji batu 9. Sebuah baldi 10. Tiada penjodoh bilangan khusus untuk pelampung | Lain-lain | 10.02.2017 |