Penari balet "ialah / adalah" antara subjek yang paling digemarinya. Apakah kata pameri yang sesuai untuk ayat di atas? Terima kasih. | Tarian balet adalah antara subjek yang paling digemarinya. - kata pemeri adalah hadir di hadapan kata sendi (antara). | Tatabahasa | 19.05.2011 |
Salam. Saya merupakan pelajar universiti yang sedang membuat kajian tentang etimologi atau kajian tentang asal usul perkataan gimnastik, ragbi dan balet. Seperti yang kita sedia maklum, ejaan ketiga-tiga perkataan ini adalah dipinjam daripada bahasa Inggeris. Soalan saya ialah bagaimanakah saya boleh mendapat bahan-bahan/ bukti daripada DBP tentang bilakah ketiga-tiga perkataan yang telah saya senaraikan sebentar tadi wujud/ didaftar / mula digunakan di Malaysia. Sekian, terima kasih. | Perkataan gimnastik, ragbi dan balet terakam seawall penerbitan Kamus Dewan Edisi Pertama yang diterbitkan pada tahun 1970. | Tatabahasa | 16.03.2015 |
maksud teater dan jenis-jenisnya | 1. Teater adalah persembahan kesenian yang dilakonkan di hadapan penonton secara langsung menggunakan kombinasi pertuturan, gerak isyarat, gerak lakon, muzik, tarian, bunyi-bunyian dan sebagainya. 2. Antara jenis-jenis teater ialah opera, balet, pantomin, wayang kulit, arena dan pementasan. Sekian dan salam. | Lain-lain | 28.03.2009 |