Salam sejahtera Saya ada kemusykilan tentang ayat ini: Bandingkan harga semula atau bandingkan semula harga. Yang mana lebih menepati aspek tatabahasa dan apakah sebabnya. Terima kasih, Azura | Kedua-duanya boleh digunakan. | Tatabahasa | 11.11.2009 |
Bandingkan harga barangan yang sama di / dalam laman web yang lain. Apakah kata sendi yang betul untuk ayat di atas? Terima kasih. | Kata sendi nama yang betul ialah dalam. Ayat yang betul ialah "Bandingkan harga barangan dalam laman we yang lain." | Tatabahasa | 24.09.2013 |
apa itu bahasa kebangsaan?sila jelaskan dan bandingkan bahasa kebangsaan dengan bahasa melayu. Terima kasih. | Bahasa kebangsaan ialah bahasa rasmi negara. Bahasa kebangsaan negara kita ialah bahasa Melayu. Penggunaan Bahasa kebangsaan adalah sebagai bahasa rasmi, bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan umum serta bahasa pengantar dan bahasa ilmiah di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi. Perkaitannya dengan bahasa Melayu dinyatakan dalam Akta Bahasa Kebangsaan dan Akta Pendidikan, iaitu bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Persekutuan Malaysia. | Lain-lain | 28.01.2007 |
nyatakan sistem pemerintahan dan pentadbiran kerajaan agraria dan maritim? nyatakan ciri-ciri kerajaan agraria dan maritim? bandingkan ciri-ciri kerajaan agraria dan mariti. nyatakan pelabuhan kerajaan funan. nyatakan dua contoh kerajaan agraria. nyatakan dua contoh kerajaan maritim. terangkan mengenai kerajaan srivijaya. | Soalan yang dikemukakan tidak berkaitan dengan permasalahan bahasa. Sila rujuk buku-buku bidang Sejarah berkenaan dengan Sejarah Awal AsiaTenggara. | Lain-lain | 25.03.2008 |
apakah maksud 'ikut resmi padi,makin berisi,makin teduh'? | Makna peribahasa "Bawa resmi padi, makin berisi makin tunduk" ialah makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat makin merendah diri. (Bandingkan dengan: Seperti buah padi, makin berisi makin rendah; jangan seperti lalang, makin lama makin tinggi | Makna | 06.08.2007 |
Dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 796), kata 'ianya' dimasukkan/dirakamkan kerana kata ini hadir dalam penggunaan masyarakat penutur bahasa Melayu, khususnya dalam karya-karya klasik. Sila lihat contoh penggunaan kata 'ianya' yang diberikan dalam kamus ini. Bandingkan juga contoh penggunaan bagi kata 'ia'. Dalam kamus dewan perdana, contoh "ianya" juga merangkumi penggunaan ayat moden yang menyatakan itu ialah kata ganti diri bukan manusia walaupun sudah terang-terangan pakar bahasa menyatakan ianya ialah betuk bahasa yang salah, mohon pencerahan. Menteri itu mencadangkan ianya diseragamkan dengan kaedah penilaian barangan import. | 1. Pemasukan kata ianya berserta takrif dan contoh perkataan adalah bertujuan perakaman penggunaan kata tersebut. 2.Tatabahasa Dewan (DBP, 2008: 104) tidak menyenaraikan ianya sebagai kata ganti nama diri orang ketiga. Namun buku ini menyatakan kata ganti nama diri orang ketiga -nya boleh juga berfungsi sebagai penekan dan pembenda. 3. Nahu Melayu Mutakhir (DBP, 2009:91) menyatakan bahawa ianya merupakan ganti nama diri bukan manusia (kata nama abstrak) yang digunakan dalam teks-teks lama. Menurut buku ini lagi, kata ianya muncul semula dalam tahun 1960-an. 4. Analisis korpus terkini mendapati bahawa penggunaan kata ianya terdapat dalam teks moden yang ilmiah walaupun pengajaran di sekolah telah menyatakan bentuk ini adalah salah. Hasil analisis mendapati bahawa makna bagi kata ianya adalah seperti yang terkandung dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020:796). | Makna | 26.08.2022 |
Salam sejahtera Tuan/Puan, Saya inginkan kepastian sama ada penggunaan "Waktu Pelawat" pada papan tanda yang saya lampirkan adalah betul atau tidak dari segi bahasa, sama ada relevan untuk terus digunakan atau tidak untuk meringkaskan mesej yang hendak disampaikan. Adakah yang betul adalah "Waktu Melawat"? Saya bandingkan dengan penggunaan "Buku Pelawat" pada Buku Pelawat, kalau "Waktu Pelawat" perlu ditukar kepada "Waktu Melawat", maka "Buku Pelawat" pun perlu ditukarkan kepada "Buku Melawat"? Mohon bimbingan, terima kasih. | Teks yang betul ialah 'Waktu Melawat' atau boleh juga 'Waktu untuk Pelawat' iaitu tempoh masa yang diperuntukkan bagi perbuatan melawat. 'Buku Melawat' adalah salah kerana bukan buku yang melakukan perbuatan 'melawat' sebaliknya 'pelawat'. Maka 'Buku Pelawat' adalah tepat untuk buku yang mencatatkan lawatan 'Pelawat'. | Tatabahasa | 23.02.2017 |
Orang ramai ...... pergi ke pasar tani itu pada setiap hari minggu. Antara 'berpusu-pusu' dan 'berbondong-bondong' yang mana paling sesuai dijadikan jawapan untuk soalan di atas. | Secara umumnya kedua-duanya boleh digunakan disebabkan mempunyai makna yang sama, ataupun disebut sebagai sinonim. Kedua-duanya mempunyai konotasi yg sama. Kalau kita bandingkan antara frasa berbondong-bondong dan berpusu-pusu , kedua-duanya menggambarkan keadaan yang sama, iaitu tentang keadaan orang yang terlalu ramai. Kedua-duanya sesuai bagi konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 08.08.2012 |
Dalam PRPRM, "ianya" dikatakan ialah bentuk penggunaan kata ganti nama diri yang salah tetapi dalam KAMUS DEWAN PERDANA ada masukan tersebut yang menyatakan sebaliknya. Bukankah itu mengelirukan? | Dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 796), kata 'ianya' dimasukkan/dirakamkan kerana kata ini hadir dalam penggunaan masyarakat penutur bahasa Melayu, khususnya dalam karya-karya klasik. Sila lihat contoh penggunaan kata 'ianya' yang diberikan dalam kamus ini. Bandingkan juga contoh penggunaan bagi kata 'ia'. Perakaman makna dalam kamus umum seperti Kamus Dewan Perdana adalah berdasarkan penganalisisan data korpus yang menggambarkan pemakaian kata pengguna bahasa Melayu berbeza daripada perakaman makna dalam kamus pelajar yang bertujuan memberikan panduan dalam pengajaran dan pendidikan. Kamus merupakan alat perakam dan penyimpanan data sesuatu bahasa, berbeza dengan buku tatabahasa yang memberikan rumus dan panduan penggunaan bagi sesuatu kata. | Lain-lain | 30.06.2022 |
selepas menyaksikan persembahan sambutan Maal Hijrah orang ramai ____ keluar dari Stadium Bukit Jalil. soalan saya ialah jika pilihan jawapan ada berbondong-bondong dan berpusu-pusu, yang manakah harus dipilih sedangkan kedua-dua jawapan mempunyai maksud yang sama iaitu berduyun-duyun? yang manakah lebih tepat dan mengapa??? | Secara umumnya kedua-duanya boleh digunakan disebabkan mempunyai makna yang sama, ataupun disebut sebagai sinonim. Kedua-duanya mempunyai konotasi yg sama. Sebagai contoh lain: Kelihatan kereta di atas jalan raya itu bertali arus sejak petang tadi. Frasa bertali arus digunakan bagi menggambarkan keadaan kenderaan yang banyak dalam keadaan bergerak.Kalau kita bandingkan antara frasa berbondong-bondong, berpusu-pusu dan bertali arus, semuanya menggambarkan keadaan yang sama, iaitu tentang keadaan orang yang terlalu ramai dan bilangan kenderaan yg banyak. Tidak salah menggunakan frasa berbondong-bondong dan berpusu-pusu tersebut. T.kasih. | Makna | 06.08.2008 |