Lelaki itu menanyakan beg yang dibawa oleh Banduan atau Lelaki itu bertanyakan beg yang dibawa oleh Banduan. | Bertanyakan bermaksud bertanya berkenaan sesuatu, manakala menanyakan bermaksud bertanya berkenaan sesuatu kepada. Lihat contoh ayat ini untuk melihat perbezaan penggunaan kedua-dua kata tersebut, "Ayah bertanyakan keadaan kesihatan Pak Long melalui anaknya" dan "Ani menanyakan doktor tentang keseriusan penyakit ibunya". Ayat yang betul: Lelaki itu menanyakan beg yang dibawa oleh Banduan | Tatabahasa | 06.09.2018 |
Tujuan pembinaan sekolah agama ini adalah untuk membimbing sebelum banduan dibebaskan. Adakah ayat ini gramatis? | Tujuan pembinaan sekolah agama ini untuk membimbing banduan sebelum dibebaskan. | Tatabahasa | 28.10.2018 |
apa dimaksudkan dengan perkataan 'PAROL' | "Parol" ialah istilah undang-undang yang bermaksud 1. pembebasan seseorang banduan sebelum habis tempoh menjalani hukuman penjara kerana berkelakuan baik dan sebagainya; 2. tempoh seseorang banduan menjalani pembebasan bersyarat itu. | Istilah | 05.03.2009 |
Ayat-ayat di bawah betul atau salah?Kalau salah harap jelaskan apa kesalahannya. 1)Pulau Tioman terindah di dunia. 2) Para banduan wanita itu akan dipindahkan ke Penjara Kajang. Terima kasih | Ayat pertama ayat tergantung, sepatutnya Pulau Tioman merupakan pulau yang terindah di dunia. Ayat kedua betul. | Tatabahasa | 08.07.2014 |
Tuan / Puan, Mohon semak terjemahan Bahasa Inggeris untuk istilah-istilah di bawah: 1. Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) - local National Registration Department (NRD) branches 2. Bahagian Pejabat Rekod dan Penerimaan - Records and Admissions Office Division 3. Unit Kebajikan Penjara Institusi - Prison Institution Welfare Unit 4. Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan berdekatan - Department of Social Welfare at district level 5. Unit Kebajikan Penjara Peringkat Ibu Pejabat Penjara Malaysia - Prison Welfare Unit at headquarters 6. Hari Jabatan Penjara Malaysia- Malaysia Prisons Department Day 7. Banduan Akhir (BA)- prisoners on death row 8. Sayembara Genta Puisi - Poetry Contest ("Sayembara Genta Puisi") Terima Kasih | Untuk makluman tuan/puan, kami tidak menyemak terjemahan Bahasa Inggeris. Namun begitu, kami mencadangkan terjemahan yang berikut: 1. Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) - National Registration Department (State Branch) 2. Bahagian Pejabat Rekod dan Penerimaan - Records and Admissions Division 3. Unit Kebajikan Institusi Penjara - Prison Welfare Unit 4. Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan berdekatan - nearby District Social Welfare Office 5. Unit Kebajikan Penjara Peringkat Ibu Pejabat Penjara Malaysia - Prison Welfare Unit for Malaysia Prisons Department Headquarters 6. Hari Jabatan Penjara Malaysia- Malaysia Prisons Department Day 7. Banduan Akhir (BA)- inmates on death row 8. Sayembara Genta Puisi - Poetry Contest ("Sayembara Genta Puisi") Sekian. Terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 06.06.2017 |
Bolehkah Kata Hubung Pancangan digunakan pada hadapan ayat? Sekiranya boleh, berikan contoh penggunaan kata hubung tersebut. Terima kasih. | Kata hubung pancangan menyambungkan satu ayat induk dengan satu atau lebih ayat kecil. Kata hubung pancangan terbahagi kepada tiga jenis iaitu; kata hubung pancangan relatif, kata hubung pancangan komplemen dan kata hubung pancangan keterangan. Kata hubung pancangan komplemen menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu kata hubung pancangan komplemen berfungsi menghubungkan satu klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada satu klausa utama. Dua kata komplemen yang sering digunakan ialah bahawa dan untuk. Contoh ayat ialah "guru itu menyatakan bahawa muridnya sangat rajin". "Untuk memaksa dia hadir adalah tidak wajar" dan "untuk banduan itu melepaskan diri sungguh mustahil". Kata hubung pancangan keterangan pula berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada satu klausa utama. Kata keterangan yang biasa digunakan ialah kerana, hingga, kalau, agar, jika, sungguhpun, supaya, menjadi, untuk, apabila. Contoh ayat ialah "Kalau musuh menyerang, kami akan melawan". "Nira dikumpulkan untuk dibuat manisan dan tuak". | Tatabahasa | 23.08.2013 |
Bagaimana untuk membezakan penggunaan kata hubung pancangan komplemen 'untuk' dan kata hubung 'untuk' pancangan keterangan | Kata hubung ialah perkataan yang bertugas untuk menghubungkan atau menyambungkan dua ayat tunggal atau lebih daripada dua ayat tunggal. Ayat yang terhasil daripada penyambungan dua ayat atau lebih daripada dua ayat dinamakan ayat majmuk. Kata hubung pancangan menyambungkan satu ayat induk dengan satu atau lebih ayat kecil. Kata hubung pancangan terbahagi kepada tiga jenis iaitu; kata hubung pancangan relatif, kata hubung pancangan komplemen dan kata hubung pancangan keterangan. Kata hubung pancangan komplemen menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu kata hubung pancangan komplemen berfungsi menghubungkan satu klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada satu klausa utama. Dua kata komplemen yang sering digunakan ialah bahawa dan untuk. Contoh ayat ialah "guru itu menyatakan bahawa muridnya sangat rajin". "Untuk memaksa dia hadir adalah tidak wajar" dan "untuk banduan itu melepaskan diri sungguh mustahil". Kata hubung pancangan keterangan pula berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada satu klausa utama. Kata keterangan yang biasa digunakan ialah kerana, hingga, kalau, agar, jika, sungguhpun, supaya, menjadi, untuk, apabila. Contoh ayat ialah "Kalau musuh menyerang, kami akan melawan". "Nira dikumpulkan untuk dibuat manisan dan tuak". | Tatabahasa | 11.08.2008 |
"untuk" merupakan kata sendi nama atau kata hubung? Tolong jelaskan dan berikan contoh. Terima kasih tuan. | Selain berfungsi sebagai kata sendi nama, perkataan untuk juga berfungsi sebagai kata hubung pancangan komplemen. Kata komplemen ini berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa utama. Kata sendi nama untuk digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama dengan fungsi tertentu seperti yang berikut: a) menunjukkan kegunaan untuk sesuatu. Dalam penggunaanya yang demikian, kata sendi nama untuk dapat bervariasi dengan kata sendi nama bagi. Contoh: Asrama untuk/bagi penuntut Sabah sedang dibina, derma untuk/bagi anal-anak yatim akan dipungut. b) menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. Dalam penggunaan yang demikian, untuk tidak boleh bertukar ganti dengan bagi. Contoh: Hadiah itu untukmu (bukan: Hadiah itu bagimu), ayah membeli kereta untuk ibu (bukan: ayah membeli kereta bagi ibu) Perkataan "untuk" sebagai kata hubung pancangan komplemen seperti dalam ayat berikut; a. Untuk memaksa dia hadir adalah tidak wajar. b. Untuk banduan itu melepaskan diri sungguh mustahil. | Tatabahasa | 04.11.2013 |
Perkataan "untuk" merupakan kategori Kata Hubung atau kategori Kata Sendi Nama? Terima kasih. | Selain berfungsi sebagai kata sendi nama, perkataan untuk juga berfungsi sebagai kata hubung pancangan komplemen. Kata komplemen ini berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa utama. Kata sendi nama untuk digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama dengan fungsi tertentu seperti yang berikut: a) menunjukkan kegunaan untuk sesuatu. Dalam penggunaanya yang demikian, kata sendi nama untuk dapat bervariasi dengan kata sendi nama bagi. Contoh: Asrama untuk/bagi penuntut Sabah sedang dibina, derma untuk/bagi anal-anak yatim akan dipungut. b) menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. Dalam penggunaan yang demikian, untuk tidak boleh bertukar ganti dengan bagi. Contoh: Hadiah itu untukmu (bukan: Hadiah itu bagimu), ayah membeli kereta untuk ibu (bukan: ayah membeli kereta bagi ibu) Perkataan "untuk" sebagai kata hubung pancangan komplemen seperti dalam ayat berikut; a. Untuk memaksa dia hadir adalah tidak wajar. b. Untuk banduan itu melepaskan diri sungguh mustahil. | Tatabahasa | 09.02.2018 |